Seringkali kita baca kat fb berkaitan dengan isu-isu hangat yang di'share'kan di 'wall' rakan-rakan...kadang-kadang berkaitan agama, isu politik, bola, artis dan macam-macam lagi...tak kurang juga yang berniaga dan mengeluarkan testimoni-testimoni pengguna terdahulu...dalam ada yang berguna ada juga yang mendatangkan keburukan...terutamanya berita atau isu yang belum tentu kesahihannya...kalau kita 'share' secara tak langsung kita menyebar berita palsu atau fitnah...jadi ejen fitnah dab sama-sama 'share' dosa...
Nampak macam remeh kan...tapi fikir-fikirkan lah...jangan nanti kat 'sana' kita dipersoalkan dengan benda yang kita tak sedar kita dah buat salah...kena merangkak nak minta maaf dari orang yang kita fitnah secara tak sengaja...kalau zaman mak-mak, nenek-nenek kita dulu orang menyampaikan cerita dari mulut ke mulut tapi sekarang dihujung jari je...tak sampai 5 minit sesuatu cerita tu satu Malaysia boleh tau...jadi berhati-hati lah sebelum 'share' apa sahaja yang kita baca...daripada kita 'share' cerita yang belum tentu kesahihannya kan lebih elok adainya kita 'share' ilmu yang berguna yang kita baca...dan jangan lupa pastikan apa yang kita 'share' tu betul-betul sahih...sama-sama lah kita ingat mengingatkan sesama kita...
Nota kaki: kalau dulu perumpamaan yang digunakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'...mungkin kena tukar dah sekarang ni 'kerana tekan 'share' manusia binasa'...
Selasa, 2 Disember 2014
Ejen penyebar fitnah
Selasa, 4 Februari 2014
Agoda vs Hotel Seri Malaysia
Ni nak cerita pasal plan kitorang yang tak jadi nak check in Hotel Seri Malaysia...cuti raya cina ni konon-konon nak bawak naomi mandi kolam la...survey punya servey hotel yang terdekat ada kolam renang kanak-kanak kat Hotel Seri Malaysia Sungai Petani...
Kitorang dah biasa booking hotel guna agoda je...senang dan dapat harga murah sikit compare dengan by call atau walk in...semua online je...bayar debit/kredit kad...setel...tak pernah lagi jadi masalah bila nak check in bilik penuh...padahal kitorang dah bayar full tu...bukan booking kosong je...pergi hatyai dengan krabi pun guna agoda je booking...hotel 3 star je kot...ok je tak ada masalah...
Nak dijadikan cerita cek kat agoda ada bilik kosong lagi...so booking la untuk satu malam...lepas my bie balik kerja nak terus check in...my bie kena ot hari sabtu...sampai pun dah malam...
Konon ingat sampai boleh lah melepak atas katil kan...yela da dekat pukul10 dah masa tu...naomi pun dah ngantuk...sekali penyambut tetamu tu kata bilik full lak...my bie je yang cakap sebab aku dok melayan naomi yang dah start merengek...dia kata sebab ada tetamu yang extend stay...pastu dah tau bilik full pesal tak maklumkan pada agoda supaya close booking...tak ke menyusahkan orang je...kalau datang lagi jauh nak kena cari hotel lain lak malam-malam hari tu...
Aku tak tau salah siapa sebenarnya...yang pasti bukan salah kitorang lah sebab dah terang dan nyata kat agoda kata ada bilik lain...so ada masalah komunikasi la antara agoda dengan pihak hotel...akhirnya kitorang terpaksa balik ke jitra semula malam tu gak...jenuh...mujur tak jauh mana...tapi rugi masa dan duit minyak+ngv je...hampeh betul...sakit hati pun ada...dah tak pasal-pasal nak kena email kat kewangan hotel nak minta refund balik...ntah bila dapat tak tau la...abis semua plan tak jadi...
nota kaki: buat pihak hotel, eloklah jangan buat orang camni lagi...kalau dah full tutup je la mana-mana online booking tu sebab lepas tu aku cek balik kat agoda still tulis status available lagi...tak pun kalau tak nak terima tetamu yang boooking onlinr tak yah lah wujudkan perkhidmatan tu...terima je walk in ngan by call punya tetamu...tak ada la jadi lagi kes macam aku ni...rasa teriniaya tau tak...macam apa je kena balik semula masa tu...
Khamis, 26 Disember 2013
Bila tangan rajin nak menaip...Minda lak bagi idea mencurah-curah...
Tajuk entri kemain panjang berjela-jela lagi...ni la akibatnya bila lama tak menulis...rasa rindu yang amat...berangan nak tulis buku...tapi tak tercapai lagi impianku itu...cuba tulis buku ilmiah dulu la...doakan la berhasil...ni impian tau bukan angan-angan...
Sejak akhir-akhir ni macam-macam perancangan terfikir nak dilaksana...tapi tak tau bila nak berjalannya...plan dah ada...mula sikit dah pun...tapi rasa sangkut lak...rasa nak carry forward ke tahun depan je...hujung tahun ni nak tenangkan minda dulu...hehe...
Dalam dok malas-malas ni, isu semasa tetap diambil peduli...paling panas sekarang ni pasal harga barang naik...tol nak naik...gst nak buat dah...macam-macam lah kalau nak tulis jadi senarai panjang lak...kalah senarai shopping barang dapur aku...nak kata aku setuju tak lah...tapi yang tak sedapnya bila satu-satu isu tu dibangkit kat mana-mana laman sosial mulalah dok maki sana hamun sini...lepas sorang maki sorang lagi hamun...macam tak ada perkataan lagi elok dan lagi manis lak yang boleh ditulis...tak tau la pergi mana dah sikap tatatusila orang malaysia ni...rasa masing-masing pergi sekolah...belajar akhlak, moral semua tu...tapi sayang sekadar belajar tapi tak dipraktikkan...
Rasa tak enak dibaca oleh golongan.muda dan kanak-kanak...patutnya yang dewasa jadi contoh...tak puas hati suarakan dengan betul...bukan guna perkataan dot dot dot...malu je kalau anak-anak baca...macam ketam mengajar anaknya berjalan betul...suruh anak cakap beradap sopan...tapi diri sendiri tak ada ketatasusilaan...
Rasanya eloklah fikir dulu sebelum komen tu...tak guna pun maki-maki camtu...buat tambah dosa je...nak minta maaf dengan manusia ni susah tau...salah dengan tuhan boleh minta ampun bila-bila...salah dengan orang kena cari sampai jumpa...tak ke naya camtu...
nota kaki: peringatan untuk diri sendiri gak ni...lebih baik berfikir sebelum berkata-kata...kelak mendatangkan bencana...
Selasa, 4 Disember 2012
Teruna dipinang dara
Ok tujuan aku tulis entry ni sekadar nak berkongsi pendapat berkenaan isu ni...bagi aku tak salah kalau si dara nak mengambil langkah pertama...sedangkan Rasulullah saw dulu pun dipinang oleh Siti Khadijah...cuma ada caranya...
Perempuan sering dikaitkan dengan sifat pemalu...maka cara paling mudah untuk meminang si teruna adalah melalui orang tengah...orang tengah tu pastikan seorang yang jujur dan boleh dipercayai...takut nanti minta tolong sampaikan hasrat hati jadi cerita panas yang dijaja ke sana ke sini...selain dari tu si dara juga boleh menggunakan bahasa kiasan untuk menggambarkan maksud hati...jika malu secara berdepan boleh gunakan perantara sama ada melalui sms, email dan sebagainya...
Tapi dalam hal-hal hantaran, mas kahwin dan lain-lain seeloknyalah dari pihak lelaki...macam tak sepatutnya mas kahwin yang merupakan pemberian daripada suami kepada isteri pun mesti disediakan oleh si dara...rasionalnya di sini si dara hanya pemula langkah pertama tapi yang selebihnya perlukan tindakan si teruna...
Nota kaki: bila dikenang-kenang kembali dulu aku pun pemula langkah pertama...sekadar bagi sms kiasan dengan harapan si dia faham...kalau nak ikutkan malu memang malu...tapi bukan dia depan mata pun kira lantak aje...alhamdulillah dah jadi my bie da pun...hehe
posted from Bloggeroid
Khamis, 6 September 2012
Rumah kena pecah masuk #4
Selasa, 7 Ogos 2012
Pay slip bonus dah keluar
Rabu, 25 Julai 2012
Imbuhan Raya 2012 vs Bonus 2012
baru kejap tadi pengumuman bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam Malaysia...syukur Alhamdulillah, rezeki semuanya dari Allah...
nota kaki: jauh la langkah beraya tahun ni nampaknya...hehe...
Sabtu, 21 Julai 2012
Imbuhan Raya 2012
Isnin, 23 April 2012
Slip gaji bulan April 2012...;)
Ahad, 1 April 2012
Pekeliling baru SSM 2012
Rasa semua penjawat awam memang tertunggu-tunggu pekeliling baru ni keluar...kat sini aku nak share link untuk pekeliling pemindahan gaji yang dah dikeluarkan oleh JPA baru-baru ni...
Khamis, 8 Mac 2012
SBPA dibatalkan
Isnin, 27 Februari 2012
Pro & Con Nadir Bumi Lynas
Khamis, 12 Januari 2012
SBPA tangguh lak...rasionalnya?
Khamis, 8 Disember 2011
SBPA...pro & con...
Selasa, 13 September 2011
macam-macam hal daa...
sejak akhir-akhir ni rasa tetiap hari ada je berita yang tak sedap didengar...bukan nak complain ke apa...tapi susah nak cakap la...karang silap tulis kena saman lak kan...dari isu sejarah ke isu cukai kerajaan...dari kisah dalam kain sampai kisah panas yang lain...haish...naik boring lak nak tengok berita...
Rabu, 24 Ogos 2011
Penipuan melalui email
Subject:ASSALAMUALAIKUM KESAYANGANSAYA
From:norhasniza binti (binti132@msn.com)
To:
Date:Tu, 23 Aug 2011 11:40:55
Assalamualaikum
Nama saya Norhasnizabinti MohdAmin, dariMalaysia tapi tinggal diLondon. Umur saya 25tahun. Sayasudah 18tahuntinggaldi London bersama ibubapasaya tapi mereka sudah meninggaldunia. Sayatahu jikaanda dapat emel saya dananda akan rasa terkejut. Tujuansaya hantarkanemel inikepada anda kerana sayasedang mencari rakan kongsi niagadan sayahendakberlabur di dalam bidangresort, minyak kelapa sawit, stesenminyakatauperniagaan tentang emas.
Saya hendak berlaburdi Malaysiakerana sayabekerja dengan syarikatminyak bernama Giant Oil and GasCompany diUS, memilikianak ketua Libya, SaifAl-Islam Gaddafi dengan rakankongsi niaga diUS. Tapisekarang kerajaan UShendak menutup syarikat di US danjuga berkaitanLondon.Saya berhubung dengananda kerana saya tidak ada saudaramara atauadik-beradikdi Malaysia,selagipun ayah saya adalah anak yatim dan ibusaya dariIndonesia.Sila tolongsaya dalam pelaburan ini semacam ALLAH lindungisesiapayang perludi bantu danjaga. Saya akan menunggu balasan emel anda.
Terima kasih
Norhasniza bte Mohd Amin
Subject:Dear Beloved
From:Mr Omar Hasan (mr.omarhasan@shqiptar.eu)
To:
Date:Tu, 23 Aug 2011 07:43:53
Dear Beloved,
As you read this, I dont want you to feel sorry for me, because, I believe everyone will die someday. My name is Omar Hasan a merchant in Dubai, in the U.A.E.I have been diagnosed with Esophageal cancer. It has defiled all forms of medical treatment, and right now I have only about a few months to live, according to medical experts. I have not particularly lived my life so well, as I never really cared or anyone (not even myself) but my business.
Now that God has called me, I have willed and given most of my property and assets to my immediate and extended family members as well as a few close friends. I want Allah to be merciful to me and accept my soul so, I have decided to give also to charity organizations, as I want this to be one of the last good deeds I do on earth. So far, I have distributed money to some charity organizations in the U.A.E, Algeria and Malaysia. Now that my health has deteriorated so badly, I cannot do this myself anymore. I once asked members of my family to close one of my accounts and distribute the money which I have there to charity Organization in Bulgaria and Pakistan , they refused and kept the money to themselves. Hence, I do not trust them anymore, as they seem not to be contended with what I have left for them.
The last of my money which no one knows of is the huge cash deposit of Thirty Five million dollars $35,000,000,00 that I have with a financial Security Firm abroad. I will want you to help me collect this deposit and dispatched it to charity organizations. I have set aside 35% for your time and service. Please reply me with honesty as soon as you receive this mail.
email kedua ni lagi la aku sakit hati...orang gila mana lah nak kasi duit senang-senang je kat kita kan...macam aku ni bodoh sangat jer nak percaya semua ni...tak faham betul...haish...
nota kaki: nasihat aku untuk korang semua, jangan percaya la dengan email-email daripada orang-orang yang tak dikenali ni...jangan biarkan hidup anda diselubungi penyesalan yang berpanjangan (baca dengan nada rancangan misteri nusantara...hahaha)...
Selasa, 16 Ogos 2011
bonus oh bonus..
sekarang ni tengah hangat isu bonus kepada para kakitangan awam...aku pun salah sorang la yang dapat bonus tu...tapi yang tak best nye aku tak dapat full...kena cut..dapat untuk 9 bulan je...sob3...bajet lari la camni...plan kena rombak balik...hehe
Selasa, 9 Ogos 2011
rezeki bulan puasa
Alhamdulillah...bulan puasa tahun ni banyak berita baik yang aku dapat...syukur...kalau pun bukan untuk aku tapi untuk family aku, kawan-kawan aku, orang-orang disekeliling aku gak...rasa seronok kan bila orang disekeliling kita happy jer...
semalam dapat berita pasal bonus...pastu bulan puasa kali ni aku dah berjaya turunkan berat badan aku sebanyak 2kg...hehe...sikit-sikit lama-lama jadi bukit...ye tak?...aku tak ada la diet untuk turunkan berat ni...hanya kurangkan pengambilan kuantiti nasi je tiap-tiap hari..
dalam pada dengar macam-macam berita baik, ada gak la aku dengar berita yang tak best didengar...isu paling menarik perhatian aku ialah pasal saman menyaman...parents saman cikgu...cikgu saman parents...tunang saman bekas tunang...suami saman bini dan macam-macam jenis saman lagi la...haish...manusia sekarang memang nampak duit je kan...
kadang-kadang bila difikirkan kembali dah macam tak ada kepercayaan kepada qada dan qadar Allah dah...segala yang berlaku dah ditentukan...jodoh kalau dah tak ada lagi sejam nak nikah pun boleh tak jadi gak...sebab tu dalam islam dah diajarkan konsep wahsatiah...bersederhana dalam kehidupan...bersederhana dalam berbelanja...bersederhana dalam bekerja...bersederhana dalam segala macam aspek kehidupan sama ada didunia mahupun akhirat...membazir tu bukan amalan yang baik...aku rasa kalau kita sentiasa bersederhana tak akan ada kes saman menyaman ni...tak ada yang akan rasa kerugian yang besar bila buat majlis pertunangan yang gilang gemilang....tak akan ada parents yang akan saman guru kalau guru sentiasa bersederhana dalam menghukum murid...
walau apa pun yang terjadi kesalahan tak perlulah diletakan dibahu sebelah pihak jer...kaji dan dalamilah diri masing-masing...sedarilah tiada manusia yang sempurna...percaya dan berpegang teguhlah kepada qada dan qadar Allah...salah satu daripada rukun iman tu...apa guna belajar agama islam jika tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian...
pesanan ni bukan untuk pembaca je bahkan pada diri aku juga...jadikan peringatan dan jangan cepat melatah...tak bermakna makin tinggi taraf pendidikan kita bermakna kita tidak perlu belajar lagi...setiap detik dalam hidup kita merupakan pelajaran yang amat bermakna bagi meneruskan kehidupan yang mendatang...
nota kaki: wahsatiah...aku sentiasa cuba untuk terus mengamalkannya...kadang-kadang hasutan nafsu memang sukar dikawal...marah-marah dan meradang...haish...semoga aku mampu untuk jadi yang lebih baik dari semalam...amin...
p/s: kalau ada terkasar dan tersilap bahasa mohon ditegur dan salam kemaafan kuhulur...bukan sengaja diatas kekhilafan diri ini...;p
Khamis, 23 Jun 2011
3 bulan tanpa gaji
Teruk betul la...semalam kemain la aku ingat gaji aku masuk hari ni cam orang lain...tapi hampeh...harapan je la...masuk okerja tadi awal-awal lagi aku dah cek akaun CIMB aku...mengecewakan...slip gaji ada...tapi gaji tak ada...pe kes...aku tak suka nak marah-marah dalam blog...tapi kes gaji tak dapat ni memang aku marah sangat sebab kawan yang lapor diri pada masa yang sama, hari yang sama dengan aku dah dapat gaji lagi bulan lepas dah...pesal aku tak dapat lak???...
3 bulan ni aku terpaksa survive pinjam ngan adik beradik je nak tampung hidup...mujur ada adik beradik yang memahami, yang boleh tolong, tak berkira langsung...syukur...tapi aku malu gak sebab masuk ni dah 3 bulan pinjam tapi tak bayar-bayar lagi...kalo kereta dah kena tarik balik dah dengan pihak bank...boleh tak korang yang buat gaji tu faham perasaan aku ni...aku ada kereta yang nak kena bayar tiap-tiap bulan...minyak yang nak kena isi untuk pergi kerja...perut yang lapar nak minta makanan...untuk apa aku kerja kalau gaji tak dapat-dapat???...sukarelawan pun ada elaun tau tak!!!!
nota kaki: macam-macam alasan la yang korang bagi bila aku tanya kenapa gaji tak masuk lagi...KERAJAAN dah nak bankrup ke sampai gaji aku yang seciput tu pun tak boleh bayar nak compare dengan gaji pak-pak menteri yang berkali-kali ganda dari aku tu????
Posted by sila1209 at 9:04 PG 2 comments
Labels: DH41 n life, General idea, Isu Semasa, Me n my life
Selasa, 31 Mei 2011
Antara Arak Halal & Arak Haram
Alahai tajuk je dah lain macam je bunyinya kan...bingung kejap...arak boleh ada yang halal boleh ada yang haram eh?...
Semalam semua umat islam di Malaysia mungkin ada terbaca dan terdengar berita wujudnya arak halal ataupun bir halal ni...waa...alu baru tau weh..mak ai tak mengikuti perkembangan semasa langsung...yang aku tak faham camne la Kerajaan boleh halalkan penjualan bir ni...kalau dah namanya arak bukan ke haram...lain kali kena cek betul-betul..jangan dah terantuk baru nak terngadah...kan ke aniaya orang namanya...

sumber gambar: pakcik 'google'
Bila dinilai kembali sejak 2, 3 tahun kebelakangan ni macam-macam kes makanan/minuman tak halal aku dah dengar...pasal ayam tak sembelihlah, pasal makanan dalam tin ada enzim baa alif baa yaa lah dan macam-macam lagi...ni semalam pasal arak halal lak...hai macam-macam...belum cerita pasal kilang/premis kotor, tak ikut piawaian yang dah ditetapkan, gaji pekerja bukan islam dan lain-lain yang menambah lagi keraguan umat islam kat Malaysia ni...sampai dah rasa macam duduk kat oversea lak...nak makan kat luar pun ragu-ragu...nak beli ayam dan daging mentah pun risau...
Isunya kat sini orang-orang yang berkenaan kena la amik berat berkenaan soal halal haram ni...dah banyak sangat yang haram dari yang halal kat Malaysia ni...bukan ke agama rasmi Negara ni Islam...so tunjukanlah melalui kepimpinan dan pemerintahan...nak komen panjang-panjang pun kena saman lak nanti...dah lah gaji tak dapat lagi ni...camne nak bayar saman lak...wahaha...
p/s: masak dan makan sendiri kat rumah kot lagi selamat...tapi pastikan la sumber bahan mentah dan duit yang digunakan tu halal..baru hidup berkat kan...peace...

