Mesti semua penjawat awam tersenyum sampai ke telinga lepas tengok slip gaji bulan ni kan...mula dari hari Jumaat baru ni slip gaji dah boleh di akses di website e-penyata...bila dah ramai-ramai serbu website tu confirm la akan jadi susah gila nak akses website tu...nak login apatah lagi...nampaknya ANM kena fikirkan sesuatu untuk atasi masalah ni...macam mana nak bagi website tetap mudah di akses walaupun berpuluh ribu orang yang serbu...kalau tak memang makan sumpah seranah orang je la kan...keh3...
moga murah laagi rezeki kami lepas ni...
Bagi aku lak, memang sejak seminggu kebelakangan ni rajin login website tu...hehe...dengan harapan dah keluar la slip gaji...nak tau gak berapa tunggakan yang aku dapat kan...haha...so kebetulan masa aku akses hari jumaat tu orang tak berapa ramai lagi yang tau...dapat la gak login walaupun tunggu agak lama...nak login lama, nak download slip gaji tu confirm la lagi lama...tapi duit punya pasal sabar je la menunggu...
Alhamdulillah ada la sedikit rezeki untuk baby Kimi Jr. ni...nak kata banyak sangat tak ada lah...tapi syukur boleh buat bayar apa yang patut...harap-harap lepas ni dapat tunggakan KGT lak ya...haha...
nota kaki: kalau permohonan tukar aku berjaya kali ni banyak gak nak guna duit untuk pindah lagi nampaknya...rasa macam dah jadi aktiviti tahunan untuk aku lak berpindah lepas setahun bermastautin kat satu-satu tempat...hehe...
3 comments:
tukar ke mana pula?
pindah PSIS sabak bernam...puas dah ddk kedah ni...hehe
blh pow ni...:p
Catat Ulasan