BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Ahad, 25 September 2011

Pengucapan awam

Salah satu penilaian dalam kursus induksi yang wajib kena ambil ialah pengucapan awam...fuh walaupun kerja ngajar dan bercakap kat depan students tiap-tiap hari tapi bila nak kena berucap dan dinilai ni memang la berdebar-debar rasanya...sesi pengucapan awam aku ialah pada petang semalam...alhamdulillah dapat juga selesaikan dengan jayanya bila dapat respond dari audien...tak sangka lak dah lepas dah...

Tajuk pengucapan awam aku tu mungkin membantu sedikit sebanyak mengurangkan debaran didada...biasalah bila kita bercakap berkenaan sesuatu yang kita tahu dan audien tak tahu, boleh menambah lagi keyakinan kita ni...audien akan lebih ambil perhatian...

Tajuk pengucapan awam aku ialah asal usul...dengan menggunakan nama kampung yang agak unik dimana tempat aku membesar, aku cuba selitkan sedikit lawak yang pernah aku dengar semasa zaman persekolahan dulu...menjadi gak lawak aku tu...hehe...tapi seronok kan kalau kita berucap berkenaan perkara yang unik dan jarang orang tahu...aku mulakan dengan sejarah bagaimana kampung aku DESA TEMU JODOH mendapat nama...memang aku rasa istimewa bilamana ke mana saja aku pergi yang memerlukan ditunjukkan ic orang pasti akan bertanya berkenaan nama kampung aku ni...kadang-kadang ada yang tak percaya lagi...cerita lanjut berkenaan asal usul nama kampung aku tu nanti akan diceritakan dalam entri yang lain...panjang sangat ceritanya nanti...

Lepas habis cerita pasal kampung aku sambung lak dengan asal usul CHAAH...CHAAH ni pekan dimana letaknya DESA TEMU JODOH...yang ni pun akan diceritakan dalam entri yang lain...lepas habis pasal pekan aku pergi ke daerah lak...daerah SEGAMAT...daerah yang pernah dilanda banjir yg teruk pada tahun 2006...masa ni kampung aku pun terlibat sama...memang jadi pulau kampung aku...syukur rumah mak ayah terletak agak tinggi kawasannya...tiada kenderaan yang boleh lepas untuk ke pekan berhampiran...terpaksa survive dengan stok makanan yang agak terhad...mujur gas tak habis masa tu...kalau tak macam mana la nak masak...

Tapi peristiwa tu jadi kenangan manis untuk sepupu aku yang dijadualkan bernikah semasa banjir besar tu...dia terpaksa balik rumah dengan menaiki lori sebab tiada kenderaan ringan yang boleh lepas mengharungi banjir yang melimpah atas jalanraya...memang boleh jadi cerita pada anak cucu nanti....LOL...last sekali aku cerita pula berkenaan asal usul nama negeri kelahiranku JOHOR...memang kadang-kadang aku ni bersikap kenegerian gak...tapi sekadar untuk merasa berbangga bila berjumpa teman senegeri...bukan sampai tak nak berkawan dengan orang dari negeri lain ya...

Nota kaki:kadang-kadang rasa geram gak bila orang ingat aku main-main bila diberitahu pasal nama kampung aku...tapi bila ditanya pasti aku akan tersenyum dulu sebelum menjawab...:-)

Khamis, 22 September 2011

Rasuah & integriti

Malam ni tajuk ceramah untuk kursus induksi ialah pengurusan integriti...tajuk yang nampak agak bosan tapi jadi menarik bila penceramah berikan bermacam contoh kes-kes yang pernah berlaku...jangan disangka rasuah hanya melibatkan duit dan hadiah je...macam-macam benda boleh jadi sumber rasuah...sampai wanita dan seks pun boleh jadi gak...

Rasuah ni boleh terjadi dimana sahaja dan bila-bila masa...kadang-kadang tanpa sedar kita terlibat dengan gejala rasuah...rasuah boleh bermula dari rumah kita sendiri bila mana kita menjanjikan pelbagai ganjaran kepada anak atau adik kita sekiranya mereka dapat melakukan sesuatu yang memberi faedah kepada kita...secara tak langsung kita sendiri telah mendidik dan membiasakan diri generasi baru dengan unsur-unsur rasuah...mungkin kita tidak sedar tindakan kita hari ini akan menyebabkan generasi baru ini merasakan bahawa perbuatan memberi ganjaran itu sesuatu yang tidak salah...dan berkemungkinan juga apabila mereka dewasa, mereka akan melakukan perkara yang sama dalam pekerjaan dan kehidupan seharian mereka...

Rasuah merupakan virus yang amat bahaya kerana ia merupakan pembunuh senyap yang boleh menghancurkan sesebuah organisasi atau negara...disebabkan rasuah juga boleh menjadikan negara huru hara, jenayah berleluasa, kemiskinan bertambah, dan macam-macam lagi...dalam islam sendiri telah diajarkan supaya memberi nafkah anak dan isteri dari sumber yang halal bagi memastikan kesejahteraan umat akan datang...jika generasi baru sentiasa disuap dengan rezeki dari sumber rasuah, mana mungkin hati boleh jadi bersih...maka lahirlah generasi baru yang rosak akhlaknya...

Oleh itu amalkanlah nilai integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian...jujur dan amanah dalam bekerja serta ingatkan sentiasa dalam diri bahawa apa sahaja yang kita makan akan menjadi darah daging kita...jika halal sumbernya maka sucilah hati kita jika tidak bersih sumbernya maka kotorlah hati kita...

Nota kaki: ops dah masuk pagi rupanya...jom tidur besok nak bangun awal bersenam...kasi buang sikit kolestrol sebab makanan semua sedap-sedap kat hotel ni...mana la tak makan banyak...LOL...

Rabu, 21 September 2011

My mum besday

Hari ni besday mak aku...sempat wish time dah tengahari tadi je...almaklumlah kursus full pagi sampai malam...hadiah dah bagi in advance dah time balik raya hari tu...

Selamat Hari Lahir Mak!!!
Semoga mak panjang umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan...semoga mak dan ayah kekal bahagia hingga akhir hayat...;p

nota kaki:bulan ni je ramai family aku sambut besday...dengan aku sekali tu...my bro,my mum,my mil,my bil...ramai kan...hehe...doa aku semoga kami semua dikurniakan kesihatan dariNYA...

Selasa, 13 September 2011

macam-macam hal daa...

sejak akhir-akhir ni rasa tetiap hari ada je berita yang tak sedap didengar...bukan nak complain ke apa...tapi susah nak cakap la...karang silap tulis kena saman lak kan...dari isu sejarah ke isu cukai kerajaan...dari kisah dalam kain sampai kisah panas yang lain...haish...naik boring lak nak tengok berita...


doa aku harap negara tanah tumpah darahku ni dapat menghadapi cabaran masa kini...jangan sebab nila setitik habis susu sebelanga...jangan sebab segelintir tangan-tangan rakus negara ni huru hara...minta dijauhkan la ya...tak kan kita nak jadi macam negara-negara luar yang sentiasa bergolak...perang saudara...karang tak pasal-pasal pihak luar campur tangan...jangan diulang kesilapan generasi terdahulu...menyerahkan kuasa pada pihak yang berkepentingan...fikir nak penuhkan tembolok sendiri jer...orang lain diinjak-injak, dipijak-pijak...ingatlah tanggungjawab yang dah diberi...jalankan dengan penuh amanah...diakhirat nanti pasti dipersoalkan semula...senang didunia tak menjanjikan kebahagiaan disana nanti...

nota kaki: awal bulan buat kira-kira bajet untuk sebulan mesti tak cukup...tapi alhamdulillah rasa tak pernah lagi tengah bulan tak cukup duit...sampai gaji seterusnya masih lagi ada baki...kadang-kadang hairan gak...mungkin ni la seperti yang Allah janjikan...rezeki yang halal pasti cukup walau sikit macam mana pun nilainya didunia...tapi disisi Dia nilainya teramat tinggi...:)

Besday aku!!!

Ngeeee...nak bagitau ni...semalam merupakan hari ulangtahun kelahiran aku yang ke dot dot dot...thanks sangat-sangat kepada mereka-mereka yang wish...terharu rasanya...alhamdulillah sempat gak aku balas satu-satu ucapan semua orang....hehe...


semalam my bie cuti...so macam-macam la agenda dia...tak sangka lak...petang lepas aku kerja kitorang pergi makan kek kat secret recipe...sorang satu slice...jadilah...tu pun aku amik masa yang lama nak abiskan...lepas makan kek kitorang pergi dating lak kat darulaman lake side...da nak gelap baru balik rumah...malam my bie tolong deko-deko rumah lak...stail baru gitu...i like...

layan gambar la pulak ya....zasss...

kek ni aku yang punya...hahaha

ni my bie punya....

siap dapat free coffee dengan tea lagi...

yummy2...aku punya slice beso lak daa...

syukur alhamdulillah sebab sehingga hari ni aku masih lagi dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan...terima kasih gak untuk doa keluarga, kawan-kawan dan semua yang mengenali diri ni...sayang korang semua...love u too my bie...

nota kaki: entry pasal raya tak post gak lagi...haish...

Ahad, 11 September 2011

Kursus Induksi Umum & Khusus

hari ni aku baru je terima surat untuk menghadiri kursus induksi 19-29 september ni...dekat Shah Alam lak tu...hai mengimbau balik la zaman jadi student dulu...hehe...


so untuk 2 minggu tu confirm la aku sangat busy dan tak akan sempat nak post apa-apa entry nampaknya...entry pasal raya pun tak tulis lagi kan...rasa nak cerita pasal pengalaman beraya mengelilingi semenanjung malaysia...lengkap putaran 360 darjah...LOL...