BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Selasa, 4 Disember 2012

Teruna dipinang dara

Pagi tadi dalam perjalanan datang PSIS dengan my SIL, dengar radio hot fm...tajuk hot chat pagi ni memang betul-betul hot...teruna dipinang dara...ada yang bersetuju tapi ada juga yang tak bersetuju...tapi yang paling menariknya tiba-tiba hot fm bertukar jadi agen pencari jodoh lak bilamana sani meng'offer' diri untuk dipinang dan nurul pun datang untuk meminang...apapun doa aku semoga mereka berdua bertemu jodoh dan bahagia hingga ke syurga...:-)

Ok tujuan aku tulis entry ni sekadar nak berkongsi pendapat berkenaan isu ni...bagi aku tak salah kalau si dara nak mengambil langkah pertama...sedangkan Rasulullah saw dulu pun dipinang oleh Siti Khadijah...cuma ada caranya...

Perempuan sering dikaitkan dengan sifat pemalu...maka cara paling mudah untuk meminang si teruna adalah melalui orang tengah...orang tengah tu pastikan seorang yang jujur dan boleh dipercayai...takut nanti minta tolong sampaikan hasrat hati jadi cerita panas yang dijaja ke sana ke sini...selain dari tu si dara juga boleh menggunakan bahasa kiasan untuk menggambarkan maksud hati...jika malu secara berdepan boleh gunakan perantara sama ada melalui sms, email dan sebagainya...

Tapi dalam hal-hal hantaran, mas kahwin dan lain-lain seeloknyalah dari pihak lelaki...macam tak sepatutnya mas kahwin yang merupakan pemberian daripada suami kepada isteri pun mesti disediakan oleh si dara...rasionalnya di sini si dara hanya pemula langkah pertama tapi yang selebihnya perlukan tindakan si teruna...

Nota kaki: bila dikenang-kenang kembali dulu aku pun pemula langkah pertama...sekadar bagi sms kiasan dengan harapan si dia faham...kalau nak ikutkan malu memang malu...tapi bukan dia depan mata pun kira lantak aje...alhamdulillah dah jadi my bie da pun...hehe

posted from Bloggeroid

0 comments:

Catat Ulasan