BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Khamis, 12 Januari 2012

SBPA tangguh lak...rasionalnya?

tadi masa tengok berita kat tv3 pukul 8 malam, berita utama yang diperkatakan adalah pasal SBPA ditangguhkan sementara waktu untuk semakan semula dan perbincangan lebih lanjut berikutan ketidakpuasan hati para penjawat awam...dah la 2 hari lepas umum gaji bulan januari yang sepatutnya diterima 16 januari ni masih lagi guna SSM, baki akan dapat 31 januari...tapi bila dapat tau SBPA ditangguhkan ni, agaknya la kan bila lah nak merasa gaji baru tu kan...baru je nak berangan-angan merasa gaji baru hujung bulan ni...lepas dapat berita ni tak tau lah bila nak merasa gaji baru tu...huhu...

kalau ikutkan memang banyak suara-suara bisikan penjawat awam yang kebanyakkannya tak puas hati dengan kadar kenaikan yang diberikan...lebih-lebih lagi staf sokongan...kenaikan tak sampai 7-13 peratus pun...kalau ikutkan gaji aku pun kenaikan dia tak sampai 7 peratus...tapi disebabkan suara yang terlalu kecik, tak ada siapa yang nak dengar...terpaksa terima dengan hati yang cuba dilapangkan (tak mau merungut dah...nak jadi insan yang bersyukur sentiasa)...ye la kan...orang kecik je...orang besar bukan nak dengar pun...tapi bila tau macam ni ok gak la kan...harap-harap lepas disemak dan dibincang semula struktur gaji SBPA tu akan berubah seperti yang diharapkan...sebenarnya ramai tak puas hati pasal gaji je sebenarnya...ngeee...dengan kos sara hidup yang makin meningkat memang seharusnya la orang tak puas hati kan...termasuk aku...haha

rasionalnya bila aku fikirkan dari sudut yang lebih positif mana-mana pun aku terima je...dah namanya pun makan gaji...kita buat kerja, orang bayar gaji...yang penting cuba bekerja seikhlas yang mungkin semata-mata kerana Allah...sucikan hati, bersihkan diri...semoga rezeki yang aku terima ni diberkati...tak nak la bising-bising sangat kan pasal benda ni...rezeki dari Allah bukan dari PM atau kerajaan yang memerintah...diorang tu hanya medium penghantaran je...kalau dah janji DIA banyak ni rezeki kita cuba ikhlaskan hati terima dengan hati yang terbuka...insya'Allah pasti akan cukup semuanya...aku tak nak lah guna pepatah "sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup" kan...so nak tukar sikit pepatah aku ni..."sedangkan tukang sapu pun mampu sara anak bini, apatah lagi kita yang ada kerja tetap gaji masuk bulan-bulan"...hidup ni yang tentukan Dia...kita hanya usaha je...kalau dah rezeki kita tak kemana...

nota kaki: aku selalu guna pepatah aku tu kalau rasa macam nak merungut pasal duit...peringatan untuk diri sendiri gak...bersangka baiklah dalam hidup...semoga kita semua dirahmati Allah...amin...

0 comments:

Catat Ulasan