BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Memaparkan catatan dengan label umrah trip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umrah trip. Papar semua catatan

Isnin, 30 Disember 2013

Umrah with family #6

Hari kelima

Selepas solat subuh kami pun menbuat umrah pertama kami...Naomi didukung oleh papanya dengan carrier...sepanjang tawaf dan saie Naomi hanya tidur sahaja dan tak menangis/merengek...cuaca pagi hari masih belum panas dan keletihan perjalanan semalam membuatkan dia tertidur sahaja...

Naomi melihat bukit Safa...

Naomi di atas bukit Marwa...

Dihadapan pintu masuk Masjidilharam...gambar last papa semasa masih ada rambut...

Menara jam...
setelah selesai umrah pertama papa pun bertahalul dengan bercukur licin rambutnya...hehe...Naomi makin pelik tengok rupa baru papanya...hehe...

Selepas solat zuhur kami bertolak untuk ziarah ke beberapa tempat...cuaca yang agak panas serta kekangan waktu menjadikan ziarah ini agak singkat...lagipun sebelum pulang kami perlu bermiqat di Jahranah untuk umrah kedua...

Waktu kami lebih banyak dihabiskan di masjid sekiranya tidak keluar berziarah...semasa menunggu masuk waktu Isya Naomi jumpa kawan baru semasa di masjid...tak faham pun sepatah haram yang dia cakapkan..komunikasi kami lebih kepada isyarat daripada bahasa pertuturan...hehe...

Naomi dengan kawan barunya...elok lak dia main sama...
Nota kaki: hari ni memang agak penat bagi kami yang tak biasa lagi berjalan jauh untuk saie...perlu stamina yang tinggi untuk berumrah nampaknya...

Umrah with family #5

Hari keempat

Pagi merupakan acara bebas...jadi lepas solat subuh dan sarapan di hotel kami bertiga berjalan-jalan di kawasan sekitar masjid dan hotel...melihat gelagat para peniaga sambil membeli sedikit buah tangan untuk keluarga di kampung...kat sini bila masuk waktu sahaja semua peniaga mula menutup gerai-gerai mereka dan bergegas ke masjid...satu suasana yang tak mungkin dapat dilihat di negara sendiri...bila azan berkumandang masing-masing berjalan pantas menuju masjid...lelaki, perempuan tak terkecuali kanak-kanak...

Masuk waktu zuhur kami bersolat kali terakhir di Masjid Nabawi...rasa sayu mula bertamu di hati bila detik perpisahan semakin hampir...lepas makan tengahari dan bersiap, kami bergegas menaiki bas untuk menuju ke Makkah Al-Mukaramah pula...siap berpakaian ihram kerana akan berniat ihram di Bir Ali...kami merupakan antara orang yang lewat menaiki bas...al-maklumlah ada anak kecil yang perlu diuruskan...hehe...agak malu juga masa naik bas tu...

papa berpakaian ihram...Naomi tengok pelik je...hehe
Perjalanan mengambil masa lebih dari 7 jam...kami sampai agak lewat dari jadual yang sepatutnya...mujur Naomi berubah tinggah laku semasa di sini...semuanya dipermudahkan...bila sampai sahaja di Mekah terasa amat hidup sekali suasananya...walaupun jam dah menunjukkan hampir pukul 3 pagi...macam baru lepas waktu isyak saja suasananya...meriah dengan orang pergi dan balik masjid...bandar yang tidak pernah tidur...selepas check in hotel kami berehat sebentar di bilik bagi melepaskan lelah perjalanan...sementara menunggu waktu subuh yang dah semakin menjengah...azan subuh kami pun berjalan menuju Masjidilharam...pengalaman yang tak mungkin dilupakan bilamana pertama kali melihat Kaabah di depan mata...terasa kerdil diri ini dikelilingi lautan manusia...

Nota kaki: termasuk lak sikit cerita hari ke 5...hehe

Umrah with family #4

Hari ketiga
Disebabkan semalam kami lewat pulang ke hotel, pagi subuh satu bilik tak sedar untuk solat di masjid nabawi...betapa ruginya terlepas walau satu waktu untuk solat disana kerana pahala yang dijanjikan beribu kali ganda...lepas solat dibilik hotel dan bersarapan kami pun bertolak untuk ziarah beberapa masjid dan bukit uhud...
Tempat pertama yang kami tuju adalah masjid quba...kami bersolat sunat disana kerana dijanjikan pahala satu kali umrah...
Di perkarangan Masjid Quba...orang sangat ramai...cuaca pun boleh tahan panas...
Naomi dengan mama dalam bas ke Ladang Kurma...kat sini la first time dalam hidup naomi naik bas...hehe...
selepas itu kami bertolak ke ladang kurma...terasa macam balik kampung lak bila tengok ladang kurma seperti ladang kelapa sawit...banyak gak kami borong kurma disini...terutamanya kurma nabi dan kurma muda...1st time makan kurma muda rasa sedap sangat...macam makan buah-buahan segar...disebabkan kurma muda ni tak tahan lama kami beli sekadar untuk makan disana sahaja...hampir 300riyal gak habis hanya untuk kurma...
 Dibawah pohon kurma...macam pokok kelapa sawit kan...
Kemudian kami ke bukit uhud...cuaca agak panas melebihi 40 darjah celcius...pipi naomi jadi merah disebabkan panas..bibir pun kering...aku memang dah get ready veselin dan losyen untuk sapu...buat masa ni naomi masih bertahan...sihat dan aktif...cuma batuk dan selesema tak baik lagi...

Naomi dengan papa...payung pun orang bagi pinjam sebab cuaca makin panas...
Bukit Uhud...saksi Perang Uhud...
Selepas pergi bukit uhud kami dibawa melihat masjid qiblatain (masjid dua kiblat) dan masjid 7...kami tak berhenti sekadar melihat dari luar disebabkan mengejar masa supaya kami sempat solat zuhur di masjid nabawi...

Kami sekali lagi berjalan beramai-ramai satu family disekitar kawasan hotel...masuk dari satu kedai ke kedai yang lain...tawar menawar harga...harga barang disini agak murah berbanding malaysia lebih-lebih lagi jubah dan selendang...jubah dengan material yang sama di malaysia berharga rm 100 lebih boleh didapati dengan harga serendah 50riyal dan mungkin lebih murah jika pandai tawar menawar...

Waktu maghrib dan isyak kami bersolat di masjid nabawi...malam lepas makan kami ada taklimat tapi aku tak turut serta sebab naomi dah tidur kepenatan di bilik...dapat gak basuh baju...hehe...

malam terakhir di Masjid Nabawi...kami pasti akan rindukan kamu Ya Rasul Allah...semoga kami berkesempatan lagi untuk ke sini...
Nota kaki: besok kami akan bertolak ke mekah untuk umrah pada sebelah petang...post yang lama terperap dalam draf gak ni...

Rabu, 25 Disember 2013

Umrah with family #1

Syukur alhamdulillah rezeki kami untuk pergi ke tanah suci tiba agak awal dari disangka...terima kasih banyak-banyak yang teramat sangat pada my mil sebab sudi support kami bertiga...rezeki naomi juga belum berumur setahun dah dapat menjejaki bumi para anbia ini...memang satu pengalaman yang paling indah bagi kami...Insya'Allah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki akan kami jejaki lagi tanah suci ini...
Perjalanan pergi terasa amat panjang bila naomi mula resah gelisah semasa dalam penerbangan...bermula dari KLIA ke Muscat selama kira-kira 6 jam...transit selama kira-kira 2 jam di Muscat...terbang semula dari Muscat ke Jeddah kira-kira 2 jam sebelum perjalanan disambung dengan menaiki bas ke Madinah selama kira-kira 6 jam...naik kematu punggung...cabaran pertama menunaikan umrah telah berjaya dilepasi...Alhamdulillah...
Satu cabaran dalam kemanisan apabila pergi umrah dengan membawa si kecil yang belum mengerti apa-apa...penat tapi rasa amat berbaloi...dengan cuaca yang kadang kala melebihi 40 darjah celcius...paling tinggi 48 darjah celcius...panas dan kering...pipi naomi jadi merah dan kering...bibir pun sama...tak terkecuali mama dan juga papanya...jadi amat penting untuk bawa bersama pelembab bibir dan losyen untuk mengelakkan kulit dan bibir kering...
Semua pengalaman berharga ni akan aku kongsikan dalam entry yang akan datang...terlalu banyak yang ingin diceritakan...


Masjid Nabawi dibawah cahaya bulan...ingin aku kunjungi lagi..


Nota kaki: seronok sangat sebab dapat 2 kali masuk dan solat di Raudah...5 kali buat umrah...post ni dah lama duduk dalam draf...baru berkesempatan nak publish...

Jumaat, 7 Jun 2013

Umrah with family #3

Hari kedua

Semua jemaah perlu membiasakan diri dengan perubahan masa...beza masa disini dengan di Malaysia lebih kurang 5 jam lewat...disebabkan kami sampai di Madinah sudah hampir masuk waktu subuh, maka jadual terpaksa dirombak semula...lawatan ke masjid nabawi dan raudah yang dijadualkan pada awal pagi sebelum subuh ditunda kepada selepas waktu zuhur...Alhamdulillah dipermudahkan Allah kami untuk masuk ke raudah melawat makam Rasulullah swt dan bersolat di sana...azam kami untuk pergi lagi selepas waktu isyak diperkenankan walaupun perlu menunggu agak lama...naomi aku tinggal dengan my bie...my bie yang bawa naomi solat dan masuk ke raudah...terasa kesayuan hati ini takala berada di raudah...gembira dan sedih bercampur baur...moga kami diberi kesempatan lagi untuk ke sana semula...

Hari kedua ditamatkan dengan aktiviti membasuh baju...hehe...balik dari masjid nabawi dengan keadaan lapar tak makan tu...demi masuk ke raudah...semoga pengorbanan kami ini diredhai olehNya...

Nota kaki: selepas asar kami sempat berjalan-jalan disekitar kawasan masjid...tengok dan beli barang-barang kat situ...

posted from Bloggeroid

Umrah with family #2

Hari pertama

Perjalanan yang panjang dan hari yang panjang pernah aku lalui...disebabkan kami bermusafir ke sebelah barat maka kami seperti mengejar siang...siang yang biasa dilalui hanya 12 jam bertambah menjadi kira-kira 16 jam...badan dah kata malam tapi keadaan sekeliling masih terang...

Perjalanan bermula dari KLIA - Muscat selama 6 jam dengan pesawat Oman Air...dalam kapal terbang naomi mula meragam...nak main...aku pun biar je dia main kat ruang kaki aku...masuk bawah kerusi je la kerja dia...





Makanan sepanjang penerbangan memang best...tak sempat lapar dah makan lagi...6 jam tu kerjanya makan, tengok movie, tidur...haha...









Naomi pun dapat makanan gak...penat main...perut pun kenyang dia tidur macam mama dia ni tilam yang paling empuk sekali...baru la rilex sikit bila dia dah tidur...tapi tak boleh bergerak kemana la...

Sampai muscat terpaksa lepak kat airport je...2 jam tu tengok orang lalu lalang je la...naomi mula ngamuk minta lepaskan...nak bebas main atas lantai...

Perjalanan dari muscat ke jeddah lak 6 jam...dapat sekali makan tapi mata dan badan dah tak larat jadi makanan tu masuk dalam beg je la...sampai jeddah nak check out dari airport ambil masa yang sangat lama...my mil kata dugaan je semua ni...yela niat nak pergi tempat baik kan...banyak la dugaannya...hampir 2 jam urusan nak check out je...lepas solat terus naik bas untuk ke madinah...4 jam lebih kurang dalam bas semua tidur kepenatan...berhenti sebentar kat rnr untuk makan malam sebab waktu kat sana baru lepas isyak...tapi kalau kat malaysia dah masuk awal pagi dah...makan pun sikit je...my bie tak makan langsung...sampai madinah dah hampir waktu subuh...kat sana waktu subuh pukul 4 pagi...lepas check in hotel terus bersiap untuk solat subuh di masjid nabawi...lepas solat dan breakfast masing-masing tidur kepenatan kat bilik...

Nota kaki: kami duduk 4 orang sebilik...disebabkan naomi pun dapat katil maka my bie pindah masuk duduk sebilik dengan aku...hehe..

posted from Bloggeroid