hari ni kebanyakan staf kerajaan sebuk la study pasal pekeliling baru tu kan...termasuklah aku...tapi aku tak la baca in detail...hanya sepintas lalu je nak melihat dimana perubahan yang dijanjikan sangat tu...rasanya tak banyak beza sangat pun...tukar nama skim je...pastu ubah gred...kalo sekarang gred 41 jadi 1-1...contoh J41 jadilah J1-1...pastu umur persaraan tambah jadi 60 tahun (keje sampai tua la nampkanyer...warghhh)...senarai elaun tak ada perubahan pun...tak tahu lakan kalau nilainya berubah ikut kos sara hidup semasa...rasanya dah tak releven dah COLA ikut kawasan tu...kat pekan kecil barang-barang lagi mahal sebab kena tanggung kos pengangkutan pemborong...
elaun tetap perumahan lak...jangan kata lah...dengan harga rumah yang makin meningkat saban tahun...rasanya amat tak memadai dengan jumlah yang diberikan...agak-agak masih ada lagikah sewa rumah ataupun ansuran bulanan perumahan pada kadar rm200-300?...rasanya agak mustahil...sepatutnya sekiranya kerajaan perlu lebih prihatin untuk mengawal harga rumah yang semakin meningkat...bukannya menambah lagi kadar pinjaman perumahan yang boleh dibuat...rasanya keputusan seperti itulah yang akan menyebabkan harga rumah makin mahal...makin bertambahlah bilangan golongan muda yang muflis...
dalam cerita yang tak best pasal skim baru ni pasti gak ramai yang menyokong skim baru ni...sebab utama bila kadar gaji akan naik...naik berapa tu aku tak pasti sebab dalam pekeliling SBPA ni lampiran c iaitu berkenaan gaji tak dilampirkan sekali...ni yang menyebabkan aku agak malas nak baca lagi detail...so kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la usha2 kat website jpa ni...
aku nak cerita panjang-panjang pun tak reti sangat sebab banyak benda lagi aku tak paham...so kalau korang rajin nak memahamkan apa yang ada dalam tu boleh la ceritakan kat aku balik ye...hehehe....selamat membaca...
nota kaki: apa-apa skim pun yang wujud nak tak nak kena terima gak...syukur ada gak kerja tetap dari orang lain yang tak dapat kerja tetap lagi kan...apa-apa pun selagi ada kudrat selagi tu la aku akan kerja...anggaplah tulisan aku kat atas ni sekadar pandangan peribadi sahaja...bukan berniat nak sakitkan hati sesiapa pun...peace...
0 comments:
Catat Ulasan