Seringkali kita baca kat fb berkaitan dengan isu-isu hangat yang di'share'kan di 'wall' rakan-rakan...kadang-kadang berkaitan agama, isu politik, bola, artis dan macam-macam lagi...tak kurang juga yang berniaga dan mengeluarkan testimoni-testimoni pengguna terdahulu...dalam ada yang berguna ada juga yang mendatangkan keburukan...terutamanya berita atau isu yang belum tentu kesahihannya...kalau kita 'share' secara tak langsung kita menyebar berita palsu atau fitnah...jadi ejen fitnah dab sama-sama 'share' dosa...
Nampak macam remeh kan...tapi fikir-fikirkan lah...jangan nanti kat 'sana' kita dipersoalkan dengan benda yang kita tak sedar kita dah buat salah...kena merangkak nak minta maaf dari orang yang kita fitnah secara tak sengaja...kalau zaman mak-mak, nenek-nenek kita dulu orang menyampaikan cerita dari mulut ke mulut tapi sekarang dihujung jari je...tak sampai 5 minit sesuatu cerita tu satu Malaysia boleh tau...jadi berhati-hati lah sebelum 'share' apa sahaja yang kita baca...daripada kita 'share' cerita yang belum tentu kesahihannya kan lebih elok adainya kita 'share' ilmu yang berguna yang kita baca...dan jangan lupa pastikan apa yang kita 'share' tu betul-betul sahih...sama-sama lah kita ingat mengingatkan sesama kita...
Nota kaki: kalau dulu perumpamaan yang digunakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'...mungkin kena tukar dah sekarang ni 'kerana tekan 'share' manusia binasa'...
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
5 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan