Isnin, 19 Disember 2011
Koleksi Buku #1 (Siri The Famous Five)
Tempat best #1 (Kea Farm Cameron Highland)
Ahad, 11 Disember 2011
Plan hari ni...
Sabtu, 10 Disember 2011
Cerita hujung minggu #5
p/s: adeh gambar cerita ni tak dapat nak upload lak sebab kes rumah kena pecah masuk tu...semua gambar ada dalam hardisk laptop yang dah kena curi...waaa...nak balik laptop aku...gambar kawen pun ada dalam tu tau....
Khamis, 8 Disember 2011
SBPA...pro & con...
Selasa, 22 November 2011
Second Anniversary...
Selasa, 15 November 2011
Minggu Exam
Jumaat, 4 November 2011
Sekadar bebelan...
entry kali ni aku tulis isi dulu sebab tak tau nak bagi tajuk apa...abis tulis karang baru pikir balik...muahaha...
Sabtu, 29 Oktober 2011
Cerita Hujung Minggu #5
cerita hujung minggu kali ni dah agak lama terperap sebenarnya...tak berkesempatan nak tulis...lagipun gambar baru je transfer dalam laptop...kira nak basi gak la tapi tak basi lagi ok...hehe
Selasa, 25 Oktober 2011
Cerita hujung minggu #4
Isnin, 24 Oktober 2011
Positif ke?
Rabu, 19 Oktober 2011
Rabu, 12 Oktober 2011
Next target...
Olympus PEN-E PL1
Selasa, 11 Oktober 2011
Koleksi buku
aku sejak lagi kecil lagi minat sangat baca buku...hobi ni bermula masa aku sekolah rendah lagi...masa darjah 1 cikgu ajar cara nak pinjam buku dari perpustakaan dan sejak dari saat tu setiap minggu mesti aku masuk perpustakaan untuk pinjam buku...masa tu aku minat sangat buku cerita rakyat macam hikayat hang tuah dan hang jebat, lagenda mahsuri, sang kelembai dll...dengan peningkatan usia, buku cerita yang tebal jadi pilihan sebab yang tipis sehari je dah habis baca...so mula darjah 3 aku pinjam buku cerita yang tebal-tebal...masa ni minat sangat baca buku tulisan enid blyton, siri hardy boys, nancy drew...semua buku cerita penyiasatan dari luar yang dah diterjemahkan dalam bahasa melayu...memang khatam aku semua siri buku cerita tu...
Keputusan muktamad...
lepas fikir punya fikir aku dapat dah keputusan muktamad...aku pilih DH...hehe
Jumaat, 7 Oktober 2011
Cerita Hujung Minggu #3 dan Tanaman dari Cameron Highland
Hujung minggu lepas aku dengan my bie pergi lagi ke Cameron Highland (CH)...kitorang pergi pun lepas aku habis kursus induksi...nak lepaskan stress berkursus 2 minggu...hehe...
Posted by sila1209 at 3:01 PTG 0 comments
Labels: General idea, Me n my life, Others, Tempat Menarik
Rabu, 5 Oktober 2011
aku dalam dilema lagi
semalam petang lepas habis kerja aku dapat panggilan telefon dari mak aku...sebenarnya mak aku dah call dah masa aku tengah ngajar dalam kelas, aku angkat bagitau dalam kelas dan mak aku kata dia akan call balik nanti...macam ada cerita hangat je nak bagitau sebab mak aku jarang call aku siang hari kalau tak ada cerita hangat atau penting...
rupa-rupanya memang ada berita penting..mak aku kata ada surat urusan kerajaan untuk aku..macam biasa la mak, kalau surat-surat penting macam tu dia akan buka dan baca dulu...takut terlepas apa-apa yang penting katanya...aku pun memang pesan kalau ada surat nampak penting je minta mak baca je...al-maklumlah bekerja jauh diperantauan...mak bagitau kandungan surat tu merupakan surat panggilan lapor diri bagi jawatan jurutera elektrik j41 di Kem. Kerjaraya Malaysia...kira under JKR la ni...dah tak pasal-pasal aku menghadapi dilema lagi sekali...nak terima ke tak...
aku post kat fb minta pendapat kawan-kawan, rata-rata sokong untuk aku terima...yela tawaran yang tak semua orang boleh dapat...jawatan tetap lak tu...lagi la syok kan...hehe...hati aku mula-mula rasa malas nak terima sebab penat dah jadi macam orang nomad selama hampir 2tahun ni...semenjak kawin la senang...sebab aku dah 4 kali bertukar kerja...mula-mula jadi FS kat SRJK(T) CHAAH...pastu RA di UiTM...lepas tu PTD di MITI dan sekarang DH di POLIMAS...kalau aku terima tawaran ni confirm aku kena pindah lagi...huhu...
sungguh aku dalam dilema yang berpanjangan...diam-diam aku termenung memikirkannya...lepas sorang, sorang lagi kawan aku tanya pendapat diorang...ada yang rata-rata kebanyakannya positif...tapi pilihan ditangan aku...antara nak atau tak nak je...aku takut menyesal je kalau tersilap pilih...rasanya pilihan kali ni pilihan paling besar aku kena buat...bukan untuk aku jer...tapi untuk suami aku gak...setiap kali aku bertukar kerja dia tetap sudi ikut kemana saja aku pindah...terharu rasa sebab banyak kali menyusahkan dia...tq my bie atas keprihatinan dan ketoleransian bie selama ni...sayang bie banyak-banyak...
nak tulis panjang-panjang pun keputusan aku tak buat lagi...nak kena tanya ngan ketua jabatan aka pengarah gak ni either dia nak lepaskan aku atau tak...seram sejuk lak dibuatnya sebab aku baru je mohon nak tukar ke poli kulim...haish...terasa diri banyak songeh lak...apa je keputusan aku akan mencorakan masa depan aku dan keluarga aku...so tunggguuuuu.....
nota kaki: aku bertukar-tukar kerja banyak kali ni sebab nak kerja tetap dan menjamin je...da kalau jawatan kontrak dapat offer jawatan tetap tak kan nak tolak lak kan...hehe....
Ahad, 25 September 2011
Pengucapan awam
Salah satu penilaian dalam kursus induksi yang wajib kena ambil ialah pengucapan awam...fuh walaupun kerja ngajar dan bercakap kat depan students tiap-tiap hari tapi bila nak kena berucap dan dinilai ni memang la berdebar-debar rasanya...sesi pengucapan awam aku ialah pada petang semalam...alhamdulillah dapat juga selesaikan dengan jayanya bila dapat respond dari audien...tak sangka lak dah lepas dah...
Tajuk pengucapan awam aku tu mungkin membantu sedikit sebanyak mengurangkan debaran didada...biasalah bila kita bercakap berkenaan sesuatu yang kita tahu dan audien tak tahu, boleh menambah lagi keyakinan kita ni...audien akan lebih ambil perhatian...
Tajuk pengucapan awam aku ialah asal usul...dengan menggunakan nama kampung yang agak unik dimana tempat aku membesar, aku cuba selitkan sedikit lawak yang pernah aku dengar semasa zaman persekolahan dulu...menjadi gak lawak aku tu...hehe...tapi seronok kan kalau kita berucap berkenaan perkara yang unik dan jarang orang tahu...aku mulakan dengan sejarah bagaimana kampung aku DESA TEMU JODOH mendapat nama...memang aku rasa istimewa bilamana ke mana saja aku pergi yang memerlukan ditunjukkan ic orang pasti akan bertanya berkenaan nama kampung aku ni...kadang-kadang ada yang tak percaya lagi...cerita lanjut berkenaan asal usul nama kampung aku tu nanti akan diceritakan dalam entri yang lain...panjang sangat ceritanya nanti...
Lepas habis cerita pasal kampung aku sambung lak dengan asal usul CHAAH...CHAAH ni pekan dimana letaknya DESA TEMU JODOH...yang ni pun akan diceritakan dalam entri yang lain...lepas habis pasal pekan aku pergi ke daerah lak...daerah SEGAMAT...daerah yang pernah dilanda banjir yg teruk pada tahun 2006...masa ni kampung aku pun terlibat sama...memang jadi pulau kampung aku...syukur rumah mak ayah terletak agak tinggi kawasannya...tiada kenderaan yang boleh lepas untuk ke pekan berhampiran...terpaksa survive dengan stok makanan yang agak terhad...mujur gas tak habis masa tu...kalau tak macam mana la nak masak...
Tapi peristiwa tu jadi kenangan manis untuk sepupu aku yang dijadualkan bernikah semasa banjir besar tu...dia terpaksa balik rumah dengan menaiki lori sebab tiada kenderaan ringan yang boleh lepas mengharungi banjir yang melimpah atas jalanraya...memang boleh jadi cerita pada anak cucu nanti....LOL...last sekali aku cerita pula berkenaan asal usul nama negeri kelahiranku JOHOR...memang kadang-kadang aku ni bersikap kenegerian gak...tapi sekadar untuk merasa berbangga bila berjumpa teman senegeri...bukan sampai tak nak berkawan dengan orang dari negeri lain ya...
Nota kaki:kadang-kadang rasa geram gak bila orang ingat aku main-main bila diberitahu pasal nama kampung aku...tapi bila ditanya pasti aku akan tersenyum dulu sebelum menjawab...:-)
Khamis, 22 September 2011
Rasuah & integriti
Malam ni tajuk ceramah untuk kursus induksi ialah pengurusan integriti...tajuk yang nampak agak bosan tapi jadi menarik bila penceramah berikan bermacam contoh kes-kes yang pernah berlaku...jangan disangka rasuah hanya melibatkan duit dan hadiah je...macam-macam benda boleh jadi sumber rasuah...sampai wanita dan seks pun boleh jadi gak...
Rasuah ni boleh terjadi dimana sahaja dan bila-bila masa...kadang-kadang tanpa sedar kita terlibat dengan gejala rasuah...rasuah boleh bermula dari rumah kita sendiri bila mana kita menjanjikan pelbagai ganjaran kepada anak atau adik kita sekiranya mereka dapat melakukan sesuatu yang memberi faedah kepada kita...secara tak langsung kita sendiri telah mendidik dan membiasakan diri generasi baru dengan unsur-unsur rasuah...mungkin kita tidak sedar tindakan kita hari ini akan menyebabkan generasi baru ini merasakan bahawa perbuatan memberi ganjaran itu sesuatu yang tidak salah...dan berkemungkinan juga apabila mereka dewasa, mereka akan melakukan perkara yang sama dalam pekerjaan dan kehidupan seharian mereka...
Rasuah merupakan virus yang amat bahaya kerana ia merupakan pembunuh senyap yang boleh menghancurkan sesebuah organisasi atau negara...disebabkan rasuah juga boleh menjadikan negara huru hara, jenayah berleluasa, kemiskinan bertambah, dan macam-macam lagi...dalam islam sendiri telah diajarkan supaya memberi nafkah anak dan isteri dari sumber yang halal bagi memastikan kesejahteraan umat akan datang...jika generasi baru sentiasa disuap dengan rezeki dari sumber rasuah, mana mungkin hati boleh jadi bersih...maka lahirlah generasi baru yang rosak akhlaknya...
Oleh itu amalkanlah nilai integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian...jujur dan amanah dalam bekerja serta ingatkan sentiasa dalam diri bahawa apa sahaja yang kita makan akan menjadi darah daging kita...jika halal sumbernya maka sucilah hati kita jika tidak bersih sumbernya maka kotorlah hati kita...
Nota kaki: ops dah masuk pagi rupanya...jom tidur besok nak bangun awal bersenam...kasi buang sikit kolestrol sebab makanan semua sedap-sedap kat hotel ni...mana la tak makan banyak...LOL...
Rabu, 21 September 2011
My mum besday
Hari ni besday mak aku...sempat wish time dah tengahari tadi je...almaklumlah kursus full pagi sampai malam...hadiah dah bagi in advance dah time balik raya hari tu...
Selamat Hari Lahir Mak!!!
Semoga mak panjang umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan...semoga mak dan ayah kekal bahagia hingga akhir hayat...;p
nota kaki:bulan ni je ramai family aku sambut besday...dengan aku sekali tu...my bro,my mum,my mil,my bil...ramai kan...hehe...doa aku semoga kami semua dikurniakan kesihatan dariNYA...
Selasa, 13 September 2011
macam-macam hal daa...
sejak akhir-akhir ni rasa tetiap hari ada je berita yang tak sedap didengar...bukan nak complain ke apa...tapi susah nak cakap la...karang silap tulis kena saman lak kan...dari isu sejarah ke isu cukai kerajaan...dari kisah dalam kain sampai kisah panas yang lain...haish...naik boring lak nak tengok berita...
Besday aku!!!
Ngeeee...nak bagitau ni...semalam merupakan hari ulangtahun kelahiran aku yang ke dot dot dot...thanks sangat-sangat kepada mereka-mereka yang wish...terharu rasanya...alhamdulillah sempat gak aku balas satu-satu ucapan semua orang....hehe...
Ahad, 11 September 2011
Kursus Induksi Umum & Khusus
hari ni aku baru je terima surat untuk menghadiri kursus induksi 19-29 september ni...dekat Shah Alam lak tu...hai mengimbau balik la zaman jadi student dulu...hehe...
Rabu, 24 Ogos 2011
Penipuan melalui email
Subject:ASSALAMUALAIKUM KESAYANGANSAYA
From:norhasniza binti (binti132@msn.com)
To:
Date:Tu, 23 Aug 2011 11:40:55
Assalamualaikum
Nama saya Norhasnizabinti MohdAmin, dariMalaysia tapi tinggal diLondon. Umur saya 25tahun. Sayasudah 18tahuntinggaldi London bersama ibubapasaya tapi mereka sudah meninggaldunia. Sayatahu jikaanda dapat emel saya dananda akan rasa terkejut. Tujuansaya hantarkanemel inikepada anda kerana sayasedang mencari rakan kongsi niagadan sayahendakberlabur di dalam bidangresort, minyak kelapa sawit, stesenminyakatauperniagaan tentang emas.
Saya hendak berlaburdi Malaysiakerana sayabekerja dengan syarikatminyak bernama Giant Oil and GasCompany diUS, memilikianak ketua Libya, SaifAl-Islam Gaddafi dengan rakankongsi niaga diUS. Tapisekarang kerajaan UShendak menutup syarikat di US danjuga berkaitanLondon.Saya berhubung dengananda kerana saya tidak ada saudaramara atauadik-beradikdi Malaysia,selagipun ayah saya adalah anak yatim dan ibusaya dariIndonesia.Sila tolongsaya dalam pelaburan ini semacam ALLAH lindungisesiapayang perludi bantu danjaga. Saya akan menunggu balasan emel anda.
Terima kasih
Norhasniza bte Mohd Amin
Subject:Dear Beloved
From:Mr Omar Hasan (mr.omarhasan@shqiptar.eu)
To:
Date:Tu, 23 Aug 2011 07:43:53
Dear Beloved,
As you read this, I dont want you to feel sorry for me, because, I believe everyone will die someday. My name is Omar Hasan a merchant in Dubai, in the U.A.E.I have been diagnosed with Esophageal cancer. It has defiled all forms of medical treatment, and right now I have only about a few months to live, according to medical experts. I have not particularly lived my life so well, as I never really cared or anyone (not even myself) but my business.
Now that God has called me, I have willed and given most of my property and assets to my immediate and extended family members as well as a few close friends. I want Allah to be merciful to me and accept my soul so, I have decided to give also to charity organizations, as I want this to be one of the last good deeds I do on earth. So far, I have distributed money to some charity organizations in the U.A.E, Algeria and Malaysia. Now that my health has deteriorated so badly, I cannot do this myself anymore. I once asked members of my family to close one of my accounts and distribute the money which I have there to charity Organization in Bulgaria and Pakistan , they refused and kept the money to themselves. Hence, I do not trust them anymore, as they seem not to be contended with what I have left for them.
The last of my money which no one knows of is the huge cash deposit of Thirty Five million dollars $35,000,000,00 that I have with a financial Security Firm abroad. I will want you to help me collect this deposit and dispatched it to charity organizations. I have set aside 35% for your time and service. Please reply me with honesty as soon as you receive this mail.
email kedua ni lagi la aku sakit hati...orang gila mana lah nak kasi duit senang-senang je kat kita kan...macam aku ni bodoh sangat jer nak percaya semua ni...tak faham betul...haish...
nota kaki: nasihat aku untuk korang semua, jangan percaya la dengan email-email daripada orang-orang yang tak dikenali ni...jangan biarkan hidup anda diselubungi penyesalan yang berpanjangan (baca dengan nada rancangan misteri nusantara...hahaha)...