ni entry kategori baru dah ni...disebabkan aku tengah free sekarang ni, maka dapatlah menaip secara ringkas mengenai tempat-tempat yang pernah aku pergi...
berkenaan dengan Kea Farm ni...memang tempat favorite la kalau pergi CH...sebab kat sini ada dijual bermacam jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan etc...harga pun boleh tahan murah...kalau pergi time cuti sekolah memang sesak la tempat ni...parking tak ada...hehe...so pastikan mental dan fizikal anda bersedia untuk menapak jauh dari kereta ke Kea Farm ni...jaga-jaga jangan sampai kena saman parking lak ya...hehe
ok lokasi Kea Farm ni boleh kata dah nak dekat atas puncak gak la...selepas Brinchang...dekat je dengan Hotel Equatorial...boleh kata sebelah menyebelah lah...kalau menginap kat hotel ni boleh lah pergi jalan kaki je...Hotel Equatorial ni merupakan hotel yang berada di kawasan paling tinggi kat CH ni...
rasanya tu je la maklumat yang aku boleh share berkenaan Kea Farm ni...maaf sangat-sangat sebab aku memang tak ada snap gambar lak setiap kali pergi situ...sebok memborong jer...tak sempat nak snap gambar...hehe
nota kaki: sayur dia memang fresh la...kalau jagung tu manis-manis sangat...tips kalau nak pergi memborong dengan harga yang amat murah pergi la masa bukan hari hujung minggu dan cuti umum sebab orang tak ramai dan kebanyakan peniaga akan jual ikut harga paling murah punya...penah aku dapat strawberi pek besar 3 bungkus, pek kecik 5 bungkus dengan harga rm20 je...sebab dah agak petang dan hari hujan...memang puas melahap strawberi la masa tu...hehe
0 comments:
Catat Ulasan