BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Khamis, 22 September 2011

Rasuah & integriti

Malam ni tajuk ceramah untuk kursus induksi ialah pengurusan integriti...tajuk yang nampak agak bosan tapi jadi menarik bila penceramah berikan bermacam contoh kes-kes yang pernah berlaku...jangan disangka rasuah hanya melibatkan duit dan hadiah je...macam-macam benda boleh jadi sumber rasuah...sampai wanita dan seks pun boleh jadi gak...

Rasuah ni boleh terjadi dimana sahaja dan bila-bila masa...kadang-kadang tanpa sedar kita terlibat dengan gejala rasuah...rasuah boleh bermula dari rumah kita sendiri bila mana kita menjanjikan pelbagai ganjaran kepada anak atau adik kita sekiranya mereka dapat melakukan sesuatu yang memberi faedah kepada kita...secara tak langsung kita sendiri telah mendidik dan membiasakan diri generasi baru dengan unsur-unsur rasuah...mungkin kita tidak sedar tindakan kita hari ini akan menyebabkan generasi baru ini merasakan bahawa perbuatan memberi ganjaran itu sesuatu yang tidak salah...dan berkemungkinan juga apabila mereka dewasa, mereka akan melakukan perkara yang sama dalam pekerjaan dan kehidupan seharian mereka...

Rasuah merupakan virus yang amat bahaya kerana ia merupakan pembunuh senyap yang boleh menghancurkan sesebuah organisasi atau negara...disebabkan rasuah juga boleh menjadikan negara huru hara, jenayah berleluasa, kemiskinan bertambah, dan macam-macam lagi...dalam islam sendiri telah diajarkan supaya memberi nafkah anak dan isteri dari sumber yang halal bagi memastikan kesejahteraan umat akan datang...jika generasi baru sentiasa disuap dengan rezeki dari sumber rasuah, mana mungkin hati boleh jadi bersih...maka lahirlah generasi baru yang rosak akhlaknya...

Oleh itu amalkanlah nilai integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian...jujur dan amanah dalam bekerja serta ingatkan sentiasa dalam diri bahawa apa sahaja yang kita makan akan menjadi darah daging kita...jika halal sumbernya maka sucilah hati kita jika tidak bersih sumbernya maka kotorlah hati kita...

Nota kaki: ops dah masuk pagi rupanya...jom tidur besok nak bangun awal bersenam...kasi buang sikit kolestrol sebab makanan semua sedap-sedap kat hotel ni...mana la tak makan banyak...LOL...

0 comments:

Catat Ulasan