BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Selasa, 15 November 2011

Minggu Exam

Minggu ni merupakan minggu exam bagi pelajar Politeknik...tak lupa gak pada adik-adik yang ambil SPM dan STPM...bila cakap pasal minggu exam ni, demam study pun bermula...terkenang kembali zaman jadi pelajar di UiTM dulu...bila study week je mula la masing-masing menggagau cari nota, cari soalan semester lepas, cari pensyarah, cari kawan-kawan yang terer nak minta tolong ajar dan macam-macam lagi keadaan...kedai-kedai mamak 24jam mula penuh sesak...bagi yang berduit lepak kat Mc D...tapi bagi aku dari lepak kat kedai semua baik lepak study kat rumah dengan kawan-kawan...jimat duit...nak makan ke nak minum buat sendiri jer...

bila dikenang-kenang kembali amat jauh bezanya situasi aku dulu dengan pelajar-pelajar aku kat sini...pelajar-pelajar aku kebanyakannya amat kurang usaha nak study...kalau ada masalah pun tak nak tanya dengan pensyarah...semuanya nak bersuap...soalan pun nak kena bagi sekali...tak reti nak cari nota dan soalan sendiri...manja terlebih...mungkin budaya di politeknik dan universiti berbeza...dulu masa aku study siapa yang rajin dia yang akan dapat lebih...yang malas markah memang cukup-cukup makan...tapi bergantung pada rezeki gak kan...kalau dah memang rezeki takat tu je bersyukur gak lah...tapi yang penting usaha...tak ada usaha macam mana nak berjaya...

kadang-kadang aku marah gak dengan pelajar-pelajar aku tu...kurang sangat usaha mereka...niat hati nak belajar dah ada...tapi usaha kurang...nak suruh hantar assignment ataupun report lab pun payah...nak kena merayu-rayu macam pengemis dah rasanya...bagi due date pun tak guna...langsung tak pernah nak ambil endah...tak tahu la mana pergi tahap kesedaran dan tanggungjawab diorang semua tu...puas dimarah, puas dibebel...sama macam tu gak peel masing-masing...tapi demi tanggungjawab kena laksanakan gak...mana yang boleh nasihat diberi...

bila dah nak dekat exam masing-masing sebok tanya pasal markah PB...kalau dulu kat UiTM kami panggil carry marks...dengan assignment tak hantar, lab report tak lengkap, kuiz tak ambil sebok nak markah PB yang tinggi...ada kalau yang hantar semua pun kerja macam melepaskan batuk ditangga je...usaha kurang tapi hasil nak yang lumayan...memang mengecewakan...sikap yang memang patut diubah sebelum diorang semua tu melangkah ke alam pekerjaan...bila markah rendah mula la merayu mintak tolong...nak cuba rahsuah dengan belanja makan...macam pensyarah ni kebulur tak cukup makan lak...haish...kami pensyarah ni dah habis tolong dah...bagi masa lebih time ujian, bagitau dulu tajuk-tajuk yang akan masuk kuiz dan ujian, tapi masih lagi macam tu je...manja terlebih...

ada juga yang segelintirnya rajin...tapi boleh dibilang dengan jari bilangannya...boleh lah jadi penyejuk hati dikala kemarahan mula membara...hehe...memang menguji kesabaran...tahap kesabaran terpaksa dinaikkan lebih dari aras biasa...kalau tak boleh meletup dibuatnya...

nota kaki: terasa berbezanya zaman study aku dengan zaman study para pelajar aku sekarang...macam langit dengan bumi...

0 comments:

Catat Ulasan