BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Sabtu, 19 Januari 2013

Resepi #6 Ikan celup tepung

Mood nak menulis tengah datang...tu yang kerjanya nak meng'update' blog je...hehe...kali ni nak share resepi ikan celup tepung lak...memang garing dan menyelerakan...


Bahan-bahan
-ikan (ikut la nak berapa ekor pun..ikan kembung boleh mabung boleh..ikut suka la senang cerita)
-5 sudu besar tepung beras
-1 sudu besar tepung jagung
-sebiji telur
-sedikit serbuk kunyit
-sedikit garam
-air secukupnya

Cara-cara
-bancuh semua bahan-bahan agak-agak kadar kepekatannya macam tepung goreng pisang
-celup ikan dalam tepung dan goreng dalam minyak yang panas
-masa goreng boleh tuang sikit-sikit baki bancuhan tepung dengan sudu untuk hasilkan serdak tepung yang garing
-makan semasa panas...boleh makan dengan nasi atau makan macam tu je cicah sos..

selamat mencuba...

nota kaki: besok nak masak apa lak ek..

0 comments:

Catat Ulasan