Aku ni pasal cik ti pun nak jadi cerita gak kan...tapi peduli apa aku...nak cerita gak...haha...
semalam petang aku dengan rajinnya mengemas lah rumah yang dah dekat 2 minggu tak berkemas tu...al maklumlah super duper busy working mommy kan...haha...sebab ada orang nak datang rumah lah aku tiba-tiba rajin mengemas ditengah minggu ni...Naomi pun naik heran tengok mama dia rajin semacam je...haha...nak dijadikan cerita siap kemas, masak semuanya tetamu yang ditunggu pun datang...lepas borak, makan-makan dsbnya...tetamu pun balik lah...elok je diorang balik tiba-tiba bunyi cit cit cit cik ti dengan agak kuat...michan pun terkejut...disebabkan tetamu datang maka pintu bilik tidur semua rapat tertutup...lepas je dengar bunyi cik ti tak ku sangka boleh lak haiwan tu berlari masuk dalam bilik melalui celahan bawah pintu yang sangat kecil tu...
aduh patutlah cik ti tu boleh masuk dalam rumah aku walaupun my bie dah tutup celahan bawah pintu depan dan pintu belakang...rupanya ruang yang kecil sangat pun haiwan tu boleh lepas...sabar je lah...aku pun bagi nama baru lah kat haiwan tu...CIK TI TIPIS...sebab boleh masuk lalu ruangan yang amat sempit dan tipis...maka akan bermula lah kembali perang dengan cik ti kat rumah tu...sebelum ni cik ti yang besar-besar dan gemuk-gemuk dah selamat diperangkap macam dalam entry ni...kena mula pasang perangkap balik la nampaknya...ingat dah selamat dah rumah tu dari ancaman cik ti ni...dah la suka suki berak dan kencing kat dapur aku tu...naik busuk dah bau...benci betul...
nota kaki: agak-agak cik ti tipis tu boleh lepas tak dari perangkap tikus sebab bawah pintu yang sempit pun boleh lepas...pagi-pagi bangun je dengar la cik ti tu menjerit sebab nampak orang...si michan tu langsung tak boleh harap...nampak cik ti tengok je...
0 comments:
Catat Ulasan