BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Jumaat, 18 Januari 2013

Resepi #5 Ayam panggang ala kenny rogers

Hari ni tiba-tiba datang mood rajin nak memasak...selalu kalau malas masak yang simple je...tapi mood dah datang sekali dengan muffin pun jadi...hehe...

Mula-mula dalam kepala nak masak nasi ayam...tapi bila buka peti sejuk, tomato ke salad ke timun tak ada stok...baru je habiskan 2 hari lepas..terus cancel...tukar plan nak masak ayam panggang lak...ala kenny rogers gitu...ni nak share resepinya...



Bahan-bahan
-Ayam
-lada hitam (dikisar kasar)
-italian herb (herba campuran)
-garam

Cara-cara
-gaulkan ayam dengan bahan-bahan lain
-perap dalam peti sejuk lebih kurang sejam ke 2 jam
-bakar dalam oven atau pemanggang ajaib selama 30-40minit atau sampai masak..aku guna pemanggang amway tu memang ok sangat..ayam masak serata dan tak hangus luarnya..

Kuahnya boleh ikut resepi berikut

Bahan-bahan
-kiub ayam/daging
-lada hitam kisar kasar
-bawang besar dicincang
-italian herb
-minyak untuk menumis
-tepung jagung untuk pekatkan kuah
-gula dan garam jija perlu
-air

Cara-cara
-panaskn minyak dan tumis bawang sehingga naik bau/agak layu
-masukkan kiub ayam/daging dengan air...agak-agak ikut nak banyak mana kuah
-tambah lada hitam ikut suka nak pedas mana
-bila dah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air...kacau sampai agak pekat
-perasakan dengan garam dan gula

Untuk bahan hiasan seperti kentang, carrot atau sayuran lain seperti brokoli boleh dikukus sebentar sebelum dihidang...taburkan italian herb diatas kentang yang sudah dikukus bagi menaikkan aroma...hiaskan pinggan ikut suka...siap dan boleh dimakan..hehe

Nota kaki: masa tengah panggang tu bau dia memang serupa dengan ayam kenny rogers...rasa pun tak beza sangat...try n error je resepi ni...tak sangka menjadi...hehe

posted from Bloggeroid

0 comments:

Catat Ulasan