BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Isnin, 30 Disember 2013

Resepi #10 Roti arab dengan kari kambing

Hari ni untuk dinner tiba-tiba rasa tak nak makan nasi...daging kambing dah siap keluar dari peti sejuk dah...nak masak western cam dah boring je...dok google resepi macam-macam terfikir lak nak buat capati dengan kari kambing...tapi bahan lak tak ada...yang ada tepung gandum je...nak buay roti canai leceh lak...karang tak tertebar lak rotinya...lagipun amik masa yang lama...

Dalam dok fikir masa berlalu...maghrib pun dah dekat...apa pun tak mula masak lagi...dalam minda teringat roti arab lak...so dinner ala timur tengah la nampaknya...resepi ni hasil google dan olahan semula aku...bahan-bahan yang mudah je...uli roti dulu pastu perap...baru masak kari kambing...

Jom kita tengok resepi dan caranya...

Roti arab...
bahan-bahan
-3 atau 4 cawan tepung gandum
-sesudu besar yis
-3/4 cawan minyak
-sedikit garam
-air secukupnya

cara-cara
-campurkan tepung,garam,yis dan minyak dalam bekas...gaul rata..
-masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak melekat ditangan..
-biarkan dalam 40-60 minit sehingga doh naik 2 kali ganda...
-panaskan oven dengan suhu 250 darjah selsius...bila doh dah naik bahagikan kepada doh-doh kecil..
-canai leper setiap doh...jangan terlalu tebal dan jangan terlalu tipis...dalam 2cm ketebalan...
-bakar dalam anggaran 5-6 minit setiap permukaan...agak-agak setiap permukaan dah bertukar kekuningan..
-siap untuk dihidang...isi dalam lembut tetapi garing diluar...

Kari kambing...
bahan-bahan
-daging kambing dipotong kecil
-2 ulas bawang merah dihiris
-2 ulas bawang putih dihiris
-2 ulas bawang merah ditumbuk
-2 ulas bawang putih ditumbuk
-1 inci halia ditumbuk
-sedikit rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga)
-1 sudu besar cili giling
-2 sudu besar serbuk kari
-1 sudu besar serbuk ketumbar
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 kotak santan (separuh dicampur dengan air)
-2 biji kentang dipotong 8
-sebiji tomato dipotong 4

cara-cara
-rebus daging kambing sehingga empuk
-tumis bawang hiris dengan rempah tumis sehingga naik bau...masukkan cili giling dan kacau hingga garing...
-masukkan bawang tumbuk, serbuk kari, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit...tumis hingga naik bau..
-masukkan daging dan kacau sebentar...
-masukkan santan cair dan kentang biar sehingga kentang empuk...
-akhir sekali masukkan santan pekat dan tomato dan perasakan dengan garam..biar seketika dan kacau sehingga kuah menggelegak...siap untuk dihidang...

nota kaki: boleh la jadi resepi untuk naomi camni...senang je pun buat roti arab ni..hehe

2 comments:

miss bunga berkata...

wah...roti arab... nak cuba ni... :)

sila1209 berkata...

cuba jgn x cuba..hehe

Catat Komen