Hari keempat
Pagi merupakan acara bebas...jadi lepas solat subuh dan sarapan di hotel kami bertiga berjalan-jalan di kawasan sekitar masjid dan hotel...melihat gelagat para peniaga sambil membeli sedikit buah tangan untuk keluarga di kampung...kat sini bila masuk waktu sahaja semua peniaga mula menutup gerai-gerai mereka dan bergegas ke masjid...satu suasana yang tak mungkin dapat dilihat di negara sendiri...bila azan berkumandang masing-masing berjalan pantas menuju masjid...lelaki, perempuan tak terkecuali kanak-kanak...
Masuk waktu zuhur kami bersolat kali terakhir di Masjid Nabawi...rasa sayu mula bertamu di hati bila detik perpisahan semakin hampir...lepas makan tengahari dan bersiap, kami bergegas menaiki bas untuk menuju ke Makkah Al-Mukaramah pula...siap berpakaian ihram kerana akan berniat ihram di Bir Ali...kami merupakan antara orang yang lewat menaiki bas...al-maklumlah ada anak kecil yang perlu diuruskan...hehe...agak malu juga masa naik bas tu...
papa berpakaian ihram...Naomi tengok pelik je...hehe |
Nota kaki: termasuk lak sikit cerita hari ke 5...hehe
0 comments:
Catat Ulasan