BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Khamis, 26 Januari 2012

Kimi Jr.

minggu depan 30hb kimi jr. ni genap 5bulan dah dalam perut...tetiba je hari ni free sikit teringin nak buat entry pasal our 1st baby...tak sabar nak tunggu dia keluar...hujung minggu baru ni kami dah start dah beli barang baby sikit-sikit...beli pakaian dia je...bukan sebab tak sabar, tapi sebab nak bajet...kalau tak beli dari sekarang mana nak cekau duit beli barang di saat-saat akhir karang...risau time tu dah tak larat nak berjalan menyoping apa yang patut je...bulan depan balik johor nak usha barang-barang besar lak...hehe...

sejak 2 minggu kebelakangan ni aku dah start rasa dah baby bergerak menguit-guit dalam perut ni...hehe...kadang-kadang geli gak...my bie naik jeles sebab dia tak dapat rasa pun bila pegang...haha...tunggu dia besar sikit lagi ya bie...time tu tengok pun bleh nampak...malam-malam makin susah nak tidur...badan penat, mata ngantuk tapi rasa tak selesa nak tidur...kena amik masa dekat sejam kadang-kadang tu...pastu kerap sangat la terjaga...macam mana ek nak bagi tidur lena?...bukan pe pagi-pagi bangun rasa lesu je sebab tak cukup tidur...huhu

minggu depan hari selasa nak kena jumpa doc dah...nak scan...harap-harap dapat la tau gander dia kan...hari tu beli baju kaler putih je sebab tak tau baby pe lagi...tak kesahlah laki ke perempuan...yang penting sihat walafiat, cukup sifat...jadi penyeri rumahtangga kami ni yang dah 2 tahun berdua je...time pilih-pilih baju tu rasa macam tak caye je...1st time membeli barang-barang baby ni...dua-dua tak tau mana yang patut dibeli...sampai tersilap amik diaper lagi...sekali balik rumah tengok label bukan yang untuk newborn la pulak...masa pilih tu rasa dah tengok betul-betul dah...haha...kena beli lagi 1 la untuk yang newborn nampaknya...keh3...

awal preggy dulu aku tak ada alahan sangat...setakat tak ada selera makan je la...muntah-muntah, penin kepala semua tu alhamdulillah aku tak rasa...bagus baby ni tau father dia keje jauh...mother dia duduk sorang-sorang...tak banyak ragam...sekarang ni selera makan dah normal balik dah...asyik nak mengunyah je...sampai berat pun terlebih naik dah...tak pasal-pasal kena pergi klinik tetiap minggu check urine, blood presure dengan berat...takut kena sawan...huhu...minggu depan last check up mingguan tu...harap-harap tak ada apa-apa la kan...tak larat la nak kena pergi klinik je...mujur hari ahad kelas start pukul10...sempat gak pergi check up pagi...

erm...rasa tak tau dah nak tulis pe...hanya nak share pengalaman je...yela kan tunggu lama dah...hehe...

nota kaki: doa aku untuk kawan-kawan yang masih lagi menunggu semoga kalian tetap sabar disamping usaha dan tawakal...janji Allah kalau dah rezeki kita tak kan ke mana...jangan putus asa ya kawan-kawan...

Khamis, 12 Januari 2012

SBPA tangguh lak...rasionalnya?

tadi masa tengok berita kat tv3 pukul 8 malam, berita utama yang diperkatakan adalah pasal SBPA ditangguhkan sementara waktu untuk semakan semula dan perbincangan lebih lanjut berikutan ketidakpuasan hati para penjawat awam...dah la 2 hari lepas umum gaji bulan januari yang sepatutnya diterima 16 januari ni masih lagi guna SSM, baki akan dapat 31 januari...tapi bila dapat tau SBPA ditangguhkan ni, agaknya la kan bila lah nak merasa gaji baru tu kan...baru je nak berangan-angan merasa gaji baru hujung bulan ni...lepas dapat berita ni tak tau lah bila nak merasa gaji baru tu...huhu...

kalau ikutkan memang banyak suara-suara bisikan penjawat awam yang kebanyakkannya tak puas hati dengan kadar kenaikan yang diberikan...lebih-lebih lagi staf sokongan...kenaikan tak sampai 7-13 peratus pun...kalau ikutkan gaji aku pun kenaikan dia tak sampai 7 peratus...tapi disebabkan suara yang terlalu kecik, tak ada siapa yang nak dengar...terpaksa terima dengan hati yang cuba dilapangkan (tak mau merungut dah...nak jadi insan yang bersyukur sentiasa)...ye la kan...orang kecik je...orang besar bukan nak dengar pun...tapi bila tau macam ni ok gak la kan...harap-harap lepas disemak dan dibincang semula struktur gaji SBPA tu akan berubah seperti yang diharapkan...sebenarnya ramai tak puas hati pasal gaji je sebenarnya...ngeee...dengan kos sara hidup yang makin meningkat memang seharusnya la orang tak puas hati kan...termasuk aku...haha

rasionalnya bila aku fikirkan dari sudut yang lebih positif mana-mana pun aku terima je...dah namanya pun makan gaji...kita buat kerja, orang bayar gaji...yang penting cuba bekerja seikhlas yang mungkin semata-mata kerana Allah...sucikan hati, bersihkan diri...semoga rezeki yang aku terima ni diberkati...tak nak la bising-bising sangat kan pasal benda ni...rezeki dari Allah bukan dari PM atau kerajaan yang memerintah...diorang tu hanya medium penghantaran je...kalau dah janji DIA banyak ni rezeki kita cuba ikhlaskan hati terima dengan hati yang terbuka...insya'Allah pasti akan cukup semuanya...aku tak nak lah guna pepatah "sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup" kan...so nak tukar sikit pepatah aku ni..."sedangkan tukang sapu pun mampu sara anak bini, apatah lagi kita yang ada kerja tetap gaji masuk bulan-bulan"...hidup ni yang tentukan Dia...kita hanya usaha je...kalau dah rezeki kita tak kemana...

nota kaki: aku selalu guna pepatah aku tu kalau rasa macam nak merungut pasal duit...peringatan untuk diri sendiri gak...bersangka baiklah dalam hidup...semoga kita semua dirahmati Allah...amin...

Rabu, 11 Januari 2012

Rilex Jap...

hari ni dari pagi masuk kerja pukul 8 sampai la sekarang ni baru la aku stop buat kerja...tadi nak makan pun sambil buat kerja gak...wahaha...ni semua sebab nak ada pemantauan minggu depan...so kerja-kerja pun bertambahlah...dari yang tak ada kena jadi bagi ada...ye tak?

stress gak dari pagi ngadap laptop ni...mata aku lagi la stress...harap-harap jangan sakit kepala dah...aku menulis kat blog ni pun saja je sebab dah lama tak bagi entry baru kan...keh3...disebabkab kekangan masa dan kerja la katakan...ni pun sebab dah siap 1 task aku take 10 la jap tulis blog...bagi hilang stress...petang karang ada lab session lak...tak sempat nak menulis karang sebab nak buat persediaan untuk petang nanti...

aku sebenarnya banyak benda nak cerita...cerita hujung minggu aku tu dah berminggu-minggu tak update...padahal puas dah berjalan dihujung minggu...gambar pergi Penang hari tu pun tak sempat lagi nak post...tahun ni plan nak lagi rajin menulis...tapi tak tau la sempat ke tak...sekarang dah 4 bulan lebih kimi jr ni...tak sampai 5 bulan lagi je nak keluar dah...mesti lagi sebuk kan...harap-harap mampu la aku nak buat semuanya...hehe...

nota kaki: bila la aku nak dapat pindah duduk serumah dengan my bie gaknya...dah ada baby karang mampu ke aku nak jaga sorang-sorang?...hurm...pray for me please...

Isnin, 19 Disember 2011

Koleksi Buku #1 (Siri The Famous Five)

macam aku pernah post sebelum ni, aku akan review buku-buku cerita yang pernah aku baca...dari mula sekolah rendah dan aku mula kenal fungsi perpustakaan sampai la sekarang ni...ok mula ikut turutan la ya...tapi buku cerita zaman kanak-kanak macam si luncai, pak pandir, mahsuri etc tu tak perlu la aku review kan...macam kanak-kanak sangat lah pulak...haha...

buku cerita yang mula-mula aku minat sangat nak baca ialah siri The Famous Five...tapi aku baca versi bahasa melayu la kan...dalam siri bahasa melayu nama buku ni siri Lima Sekawan...penulis buku ni ialah Enid Blyton...buku ni ada 21 siri...so memang tiap-tiap minggu aku pergi perpustakaan untuk pinjam buku yang berbeza sirinya lah...nak bagi complete abis 21 siri tu...masa tu aku dalam darjah 3...belum abis darjah 3 dah abis dah aku baca semua siri...

buku cerita ni mengisahkan 4 orang sahabat baik yang merupakan 3 orang adik beradik dan seorang sepupu diorang yang sentiasa terlibat dengan pelbagai kisah misteri setiap kali cuti sekolah...yang membuatkan mereka ni bergelar 5 sekawan sebab sepupu 3 beradik ni ada bela seekor anjing yang jadi peneman setia diorang setiap kali mengembara dan menyelesaikan misteri yang mereka hadapi...maka bermula dari saat tu laah aku jadi amat berminat dengan buku cerita bercorak penyiasatan dan misteri ni...sampai cita-cita pun nak jadi polis sebab nak siasat kes-kes jenayah...haha...

berikut adalah senarai buku cerita dalam The Famous Five series:


so pada siapa-siapa yang berminat nak baca buku ni aku ada version english dalam bentuk e-book...kalau berminat boleh pm aku...nanti aku bagi...kata orang sharing is caring kan...sama-sama kongsi...

nota kaki: lepas abis siri ni aku beralih ke siri Nancy Drew dan Hardy Boys...memang layan la buku cerita macam ni...hehe

Tempat best #1 (Kea Farm Cameron Highland)

ni entry kategori baru dah ni...disebabkan aku tengah free sekarang ni, maka dapatlah menaip secara ringkas mengenai tempat-tempat yang pernah aku pergi...

berkenaan dengan Kea Farm ni...memang tempat favorite la kalau pergi CH...sebab kat sini ada dijual bermacam jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan etc...harga pun boleh tahan murah...kalau pergi time cuti sekolah memang sesak la tempat ni...parking tak ada...hehe...so pastikan mental dan fizikal anda bersedia untuk menapak jauh dari kereta ke Kea Farm ni...jaga-jaga jangan sampai kena saman parking lak ya...hehe

ok lokasi Kea Farm ni boleh kata dah nak dekat atas puncak gak la...selepas Brinchang...dekat je dengan Hotel Equatorial...boleh kata sebelah menyebelah lah...kalau menginap kat hotel ni boleh lah pergi jalan kaki je...Hotel Equatorial ni merupakan hotel yang berada di kawasan paling tinggi kat CH ni...

rasanya tu je la maklumat yang aku boleh share berkenaan Kea Farm ni...maaf sangat-sangat sebab aku memang tak ada snap gambar lak setiap kali pergi situ...sebok memborong jer...tak sempat nak snap gambar...hehe

nota kaki: sayur dia memang fresh la...kalau jagung tu manis-manis sangat...tips kalau nak pergi memborong dengan harga yang amat murah pergi la masa bukan hari hujung minggu dan cuti umum sebab orang tak ramai dan kebanyakan peniaga akan jual ikut harga paling murah punya...penah aku dapat strawberi pek besar 3 bungkus, pek kecik 5 bungkus dengan harga rm20 je...sebab dah agak petang dan hari hujan...memang puas melahap strawberi la masa tu...hehe

Ahad, 11 Disember 2011

Plan hari ni...

Malam ni lepas kerja plan nak pergi tengok wayang...cerita ombak rindu...sila jangan kata aku ketinggalan zaman ok...saja nak bagi orang lain tengok dulu...keh3...ok nanti aku update best ke tak cerita ni...tapi kalau tanya pasal novel dia memang syok giler lah...sadis, syahdu, sedu dan sedan membacanya...wah...bahasa puitis apekah ini...

Update:
Lepas tengok cerita ni komen aku senang je...jangan samakan versi novel dengan versi filem...confirm banyak yang lain...tapi aku rasa versi filem tak la syahdu, sadis, sedih, sedu dan sedan pun...biasa-biasa je...watak pun banyak yang berbeza...watak utama je dah berbeza dah...dalam novel izzah kerja kilang...tapi dalam movie izzah ajar ngaji lak...mungkin penulis skrip ada sebab tertentu nak ubah watak tu...apa pun aku banyak gelak kot tengok cerita ni...tak tau la orang lain yang boleh nangis tersedu-sedu...mesti kalau yang nangis beria tengok movie tu boleh bengkak mata kalau baca novel dia...aku lagi salut novel dia...ngeee...jangan marah naaa...pandangan peribadi aku jer...

nota kaki: aku tengah bosan tak ada kerja ni...sila jangan kata aku curi tulang ya sebab kerja semua aku dah siapkan awal-awal ok...

Sabtu, 10 Disember 2011

Cerita hujung minggu #5

Cerita kali ni adalah gabungan cerita minggu lepas dengan 2 minggu lepas...disebabkan kesibukan tugas di unit exam, tak dapat aku update cerita selama 2 minggu ni...dah masuk hujung minggu baru baru berkesempatan...hehe...

2 minggu lepas kami (aku ngan my bie) pergi jalan-jalan ke padang besar...saje nak cari hadiah kawen kawan-kawan...macam-macam pilihan ada...lepas rembat apa yang patut kami pun gerak balik...singgah sebentar kat ladang tebu terbesar di Malaysia...memang saujana mata memandang lah...tengah syok-syok layan view kat situ, tetiba hujan pun turun...syukur nikmat tuhan beri...sambil tunggu hujan reda, sambil menikmati keindahan alam...snap banyak-banyak gambar guna kamera baru...hehe...kebetulan ada sorang mamat datang nak amik gambar view kat situ gak...kamera dia lagi canggih...memang minat gila ngan seni fotografi la tu kan...

minggu lepas lak kami pergi jalan-jalan ke Penang...yang specialnya kami pergi naik motor je...merempit gitu...hehe...saja nak dating ngan my bie naik motor...karang dah ada baby confirm tak dapat dah...kami pergi sana hari sabtu pagi...untuk 2 hari 1 malam jer...so kira pergi macam back pack je la...baju pun buh dalam tank bag je...memang sempoi je...nak seberang ke pulau kami naik feri...dapat lah KCY tu naik feri...hari tu bawa WTC...hehe...perjalanan naik feri dengan motosikal tak mahal mana pun...tambang hanya RM1.40 kalau tak silap...tapi yang pasti dalam area tu lah harga dia...perjalanan tak lah lama mana...tapi sempat lah nak menghirup udara air selat...hehe

sampai je kat pulau destinasi pertama adalah Batu Ferringhi...target nak cari bilik sewa je dulu...disebabkan plan pun back pack, so bilik pun cari hotel murah je...tapi jangan tak caye, time cuti sekolah hotel murah pun jadi mahal...hotel pertama yang kami pergi tentulah hotel yang dah pernah kami menginap sebelum ni...Hotel Feringghi Inn...kalau bukan cuti sekolah masa kami pergi rate untuk weekend RM80 semalam...hari biasa RM70...tapi masa cuti sekolah rate naik sampai RM120 semalam...tu baru hotel murah tu...kalau hotel yang banyak lagi bintang tak tau la berapa naik rate dia gaknya...huhu...disebabkan bajet kami kecil so kena la merantau pergi cari hotel lain...pergi hotel yang dekat sebelah-sebelah je la...Hotel EQ Feringghi sama je rate dia...Hotel KK Feringghi pun sama...Hotel KK Budget jer dapat rate RM90...tapi tak ada kosong lak...disebabkan perut yang agak lapar masa tu, almaklumlah dah masuk waktu lunch, kami pun pergi cari makan dulu lah...kebetulan ada gak kedai makan melayu kat situ, kalau tak nampak kedai pak arab je banyak...hehe...makan masakan panas jer...boleh tahan gak lah rasa dia...

lepas kenyang sambung balik misi cari hotel...target memang nak yang paling murah kalau boleh...sekali ada la gak rezeki...jumpa yang RM90 gak semalam...hehe...tapi lupa lak nama hotel dia...lepas check in terus lepak kepenatan...al maklumlah naik motor jer...dah lewat petang baru kami keluar jalan-jalan...sambil cari makan la kononnya...disebabkan dua-dua tak tau jalan so main redah je la...kami pergi ke persiaran gurney...tengok-tengok kedai makan cina je banyak...so sebab misi cari kedai makan tak jumpa, aku pun ajaklah my bie pergi ronda-ronda Gurney Plaza...target konon nak cari handbag...sekali tak ada satu pun yang berkenan di hati...yang dapat disambar hanya camera beg jer...huhu...kena cari tempat lain la jawabnya kan...

lepas merayap tak tentu pasal tu sambung balik misi cari makan tu...abis satu bandar Georgetown tu kitorang ronda, tapi banyak kedai cina je jumpa...ni la akibatnya kalau tak tau jalan...keh3...last-last jumpa kedai makan kat Tanjung Bungah...Tulang Coner namanya...tapi memang tak recommended langsung...tak best la makanan dia...seafood dia pun tak banyak pilihan...servis lambat...lepas makan pergi la menikmati keindahan malam di Penang...penat je badan kami pun balik hotel melepak tengok tv lak...besok sambung misi nak pergi Bukit Bendera lak...

pagi bangun breakfast dalam bilik je...makan roti beli semalam...sekali rasa cam tak best lak tak minum air panas...pergi la mamak makan roti canai ngan teh tarik lepas check out hotel...malas dah nak balik hotel sebab Bukit Bendera ngan Batu Feringghi jauh gak nak patah balik...lepas makan terus pergi ke Bukit Bendera...beratur panjang gak lah nak beli tiket...harga tiket untuk dewasa RM8 untuk perjalanan pergi balik...kanak-kanak RM4...kalau ada kad pelajar dapat RM4 gak...my bie ada bawak kad pelajar zaman dolu-dolu dia, so dia dapat la tambang rm4 tu...aku je la kena bayar lebih sebab kad aku dah hilang kena kebas time beg dompet aku kena curi dulu...huhu...

laju betul keretapi dia gerak...pergerakan naik dan turun keretapi menggunakan kabel yang memang besar la...sempat gak kami dok study sistem kawalan keratapi tu...hehe...view dari atas bukit memang cantik...tapi agak rugi sebab aku tak berapa larat nak jalan jauh-jauh sebab banyak tempat boleh jelajah kat atas tu...pusing-pusing dekat-dekat je lah...tu pun dah mengah...hehe...masa nak turun lagi sekali kena beratur panjang...maklumlah cuti sekolah confirm ramai orang...perkhidmatan keretapi bukit bendera dibuka seawal 8 pagi sampai pukul 10 malam bagi masa cuti sekolah...kalau hari biasa sampai pukul 8 malam je la...so kalau jalan-jalan waktu malam tu tengok-tengok la jam ya takut tertinggal keretapi last kena jalan kaki lak turun bawah...keh3...

lepas dah turun kami pun terus gerak balik...nak pergi tempat lain tak tau jalan dah...memang target utama nak pergi bukit bendera jer...hehe...tempat lain lain kali baru jelajah...kena study map betul-betul...balik kami lalu jambatan lak...memang syok ditiup bayu air selat ni...my bie bawak motor tak berapa laju atas jambatan tu...saja nak bagi lama sikit perjalanan...memang syok...boleh nampak obor-obor berenang dalam air lagi tu...kalau naik kereta confirm tak boleh nampak...hehe...sempat lagi kami menyinggah ke JJ Seberang Prai untuk lunch...sambil cuci-cuci mata tengok sale dengan cashkan mata JJ kad...dapat la baucer RM20...hehe...

kami sampai rumah dalam pukul 5 petang lepas ditutus hujan dari Gurun ke Jitra...mujur tak berapa lebat...sampai kat Jitra baru agak lebat...penat-penat tapi rasa berbaloi gitu...hehe...

nota kaki: gambar semua aku akan post dalam next entry sebab entry ni dah berjela sangat aku rasa...tungguuu...

p/s: adeh gambar cerita ni tak dapat nak upload lak sebab kes rumah kena pecah masuk tu...semua gambar ada dalam hardisk laptop yang dah kena curi...waaa...nak balik laptop aku...gambar kawen pun ada dalam tu tau....