Selasa, 31 Disember 2013
Penghujung kata di hari terakhir 2013
Isnin, 30 Disember 2013
Resepi #10 Roti arab dengan kari kambing
Hari ni untuk dinner tiba-tiba rasa tak nak makan nasi...daging kambing dah siap keluar dari peti sejuk dah...nak masak western cam dah boring je...dok google resepi macam-macam terfikir lak nak buat capati dengan kari kambing...tapi bahan lak tak ada...yang ada tepung gandum je...nak buay roti canai leceh lak...karang tak tertebar lak rotinya...lagipun amik masa yang lama...
Dalam dok fikir masa berlalu...maghrib pun dah dekat...apa pun tak mula masak lagi...dalam minda teringat roti arab lak...so dinner ala timur tengah la nampaknya...resepi ni hasil google dan olahan semula aku...bahan-bahan yang mudah je...uli roti dulu pastu perap...baru masak kari kambing...
Jom kita tengok resepi dan caranya...
Roti arab...
bahan-bahan
-3 atau 4 cawan tepung gandum
-sesudu besar yis
-3/4 cawan minyak
-sedikit garam
-air secukupnya
cara-cara
-campurkan tepung,garam,yis dan minyak dalam bekas...gaul rata..
-masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak melekat ditangan..
-biarkan dalam 40-60 minit sehingga doh naik 2 kali ganda...
-panaskan oven dengan suhu 250 darjah selsius...bila doh dah naik bahagikan kepada doh-doh kecil..
-canai leper setiap doh...jangan terlalu tebal dan jangan terlalu tipis...dalam 2cm ketebalan...
-bakar dalam anggaran 5-6 minit setiap permukaan...agak-agak setiap permukaan dah bertukar kekuningan..
-siap untuk dihidang...isi dalam lembut tetapi garing diluar...
Kari kambing...
bahan-bahan
-daging kambing dipotong kecil
-2 ulas bawang merah dihiris
-2 ulas bawang putih dihiris
-2 ulas bawang merah ditumbuk
-2 ulas bawang putih ditumbuk
-1 inci halia ditumbuk
-sedikit rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga)
-1 sudu besar cili giling
-2 sudu besar serbuk kari
-1 sudu besar serbuk ketumbar
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 kotak santan (separuh dicampur dengan air)
-2 biji kentang dipotong 8
-sebiji tomato dipotong 4
cara-cara
-rebus daging kambing sehingga empuk
-tumis bawang hiris dengan rempah tumis sehingga naik bau...masukkan cili giling dan kacau hingga garing...
-masukkan bawang tumbuk, serbuk kari, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit...tumis hingga naik bau..
-masukkan daging dan kacau sebentar...
-masukkan santan cair dan kentang biar sehingga kentang empuk...
-akhir sekali masukkan santan pekat dan tomato dan perasakan dengan garam..biar seketika dan kacau sehingga kuah menggelegak...siap untuk dihidang...
nota kaki: boleh la jadi resepi untuk naomi camni...senang je pun buat roti arab ni..hehe
Umrah with family #6
Hari kelima
Selepas solat subuh kami pun menbuat umrah pertama kami...Naomi didukung oleh papanya dengan carrier...sepanjang tawaf dan saie Naomi hanya tidur sahaja dan tak menangis/merengek...cuaca pagi hari masih belum panas dan keletihan perjalanan semalam membuatkan dia tertidur sahaja...
![]() |
| Naomi melihat bukit Safa... |
![]() |
| Naomi di atas bukit Marwa... |
![]() |
| Dihadapan pintu masuk Masjidilharam...gambar last papa semasa masih ada rambut... |
![]() |
| Menara jam... |
Selepas solat zuhur kami bertolak untuk ziarah ke beberapa tempat...cuaca yang agak panas serta kekangan waktu menjadikan ziarah ini agak singkat...lagipun sebelum pulang kami perlu bermiqat di Jahranah untuk umrah kedua...
Waktu kami lebih banyak dihabiskan di masjid sekiranya tidak keluar berziarah...semasa menunggu masuk waktu Isya Naomi jumpa kawan baru semasa di masjid...tak faham pun sepatah haram yang dia cakapkan..komunikasi kami lebih kepada isyarat daripada bahasa pertuturan...hehe...
![]() |
| Naomi dengan kawan barunya...elok lak dia main sama... |
Umrah with family #5
Hari keempat
Pagi merupakan acara bebas...jadi lepas solat subuh dan sarapan di hotel kami bertiga berjalan-jalan di kawasan sekitar masjid dan hotel...melihat gelagat para peniaga sambil membeli sedikit buah tangan untuk keluarga di kampung...kat sini bila masuk waktu sahaja semua peniaga mula menutup gerai-gerai mereka dan bergegas ke masjid...satu suasana yang tak mungkin dapat dilihat di negara sendiri...bila azan berkumandang masing-masing berjalan pantas menuju masjid...lelaki, perempuan tak terkecuali kanak-kanak...
Masuk waktu zuhur kami bersolat kali terakhir di Masjid Nabawi...rasa sayu mula bertamu di hati bila detik perpisahan semakin hampir...lepas makan tengahari dan bersiap, kami bergegas menaiki bas untuk menuju ke Makkah Al-Mukaramah pula...siap berpakaian ihram kerana akan berniat ihram di Bir Ali...kami merupakan antara orang yang lewat menaiki bas...al-maklumlah ada anak kecil yang perlu diuruskan...hehe...agak malu juga masa naik bas tu...
![]() |
| papa berpakaian ihram...Naomi tengok pelik je...hehe |
Nota kaki: termasuk lak sikit cerita hari ke 5...hehe
Umrah with family #4
Disebabkan semalam kami lewat pulang ke hotel, pagi subuh satu bilik tak sedar untuk solat di masjid nabawi...betapa ruginya terlepas walau satu waktu untuk solat disana kerana pahala yang dijanjikan beribu kali ganda...lepas solat dibilik hotel dan bersarapan kami pun bertolak untuk ziarah beberapa masjid dan bukit uhud...
Tempat pertama yang kami tuju adalah masjid quba...kami bersolat sunat disana kerana dijanjikan pahala satu kali umrah...
![]() |
| Di perkarangan Masjid Quba...orang sangat ramai...cuaca pun boleh tahan panas... |
![]() |
| Naomi dengan mama dalam bas ke Ladang Kurma...kat sini la first time dalam hidup naomi naik bas...hehe... |
![]() |
| Dibawah pohon kurma...macam pokok kelapa sawit kan... |
![]() |
| Naomi dengan papa...payung pun orang bagi pinjam sebab cuaca makin panas... |
![]() |
| Bukit Uhud...saksi Perang Uhud... |
Kami sekali lagi berjalan beramai-ramai satu family disekitar kawasan hotel...masuk dari satu kedai ke kedai yang lain...tawar menawar harga...harga barang disini agak murah berbanding malaysia lebih-lebih lagi jubah dan selendang...jubah dengan material yang sama di malaysia berharga rm 100 lebih boleh didapati dengan harga serendah 50riyal dan mungkin lebih murah jika pandai tawar menawar...
Waktu maghrib dan isyak kami bersolat di masjid nabawi...malam lepas makan kami ada taklimat tapi aku tak turut serta sebab naomi dah tidur kepenatan di bilik...dapat gak basuh baju...hehe...
![]() |
| malam terakhir di Masjid Nabawi...kami pasti akan rindukan kamu Ya Rasul Allah...semoga kami berkesempatan lagi untuk ke sini... |
Projek DIY kami #1
Ahad, 29 Disember 2013
Projek DIY kami #3
Ni la hasil jahitan aku yang kedua...yang pertama kusyen-kusyen tu hah...tapi sayang seribu kali sayang naomi mama tak muat nak pakai...waaa...jenuh bersengkang mata sampai pukul3.30 pagi...gigih nak siapkan gak...tapi paginya testing tak masuk pun kat kepala...tu lah...buat lagi masa naomi dah tidur...nak acu kat siapa kan...hehe...apa pun clap to myself...masih lagi ada seni menjahit walaupun dah lama tak pegang mesin jahit...dapat sikit genetik menjahit mak kot...haha...
nota kaki: kena start projek DIY baru la nampaknya sebab misi nak bagi naomi pakai baju mama jahitkan belum selesai lagi...













