Malam ni tajuk ceramah untuk kursus induksi ialah pengurusan integriti...tajuk yang nampak agak bosan tapi jadi menarik bila penceramah berikan bermacam contoh kes-kes yang pernah berlaku...jangan disangka rasuah hanya melibatkan duit dan hadiah je...macam-macam benda boleh jadi sumber rasuah...sampai wanita dan seks pun boleh jadi gak...
Rasuah ni boleh terjadi dimana sahaja dan bila-bila masa...kadang-kadang tanpa sedar kita terlibat dengan gejala rasuah...rasuah boleh bermula dari rumah kita sendiri bila mana kita menjanjikan pelbagai ganjaran kepada anak atau adik kita sekiranya mereka dapat melakukan sesuatu yang memberi faedah kepada kita...secara tak langsung kita sendiri telah mendidik dan membiasakan diri generasi baru dengan unsur-unsur rasuah...mungkin kita tidak sedar tindakan kita hari ini akan menyebabkan generasi baru ini merasakan bahawa perbuatan memberi ganjaran itu sesuatu yang tidak salah...dan berkemungkinan juga apabila mereka dewasa, mereka akan melakukan perkara yang sama dalam pekerjaan dan kehidupan seharian mereka...
Rasuah merupakan virus yang amat bahaya kerana ia merupakan pembunuh senyap yang boleh menghancurkan sesebuah organisasi atau negara...disebabkan rasuah juga boleh menjadikan negara huru hara, jenayah berleluasa, kemiskinan bertambah, dan macam-macam lagi...dalam islam sendiri telah diajarkan supaya memberi nafkah anak dan isteri dari sumber yang halal bagi memastikan kesejahteraan umat akan datang...jika generasi baru sentiasa disuap dengan rezeki dari sumber rasuah, mana mungkin hati boleh jadi bersih...maka lahirlah generasi baru yang rosak akhlaknya...
Oleh itu amalkanlah nilai integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian...jujur dan amanah dalam bekerja serta ingatkan sentiasa dalam diri bahawa apa sahaja yang kita makan akan menjadi darah daging kita...jika halal sumbernya maka sucilah hati kita jika tidak bersih sumbernya maka kotorlah hati kita...
Nota kaki: ops dah masuk pagi rupanya...jom tidur besok nak bangun awal bersenam...kasi buang sikit kolestrol sebab makanan semua sedap-sedap kat hotel ni...mana la tak makan banyak...LOL...
Khamis, 22 September 2011
Rasuah & integriti
Rabu, 21 September 2011
My mum besday
Hari ni besday mak aku...sempat wish time dah tengahari tadi je...almaklumlah kursus full pagi sampai malam...hadiah dah bagi in advance dah time balik raya hari tu...
Selamat Hari Lahir Mak!!!
Semoga mak panjang umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan...semoga mak dan ayah kekal bahagia hingga akhir hayat...;p
nota kaki:bulan ni je ramai family aku sambut besday...dengan aku sekali tu...my bro,my mum,my mil,my bil...ramai kan...hehe...doa aku semoga kami semua dikurniakan kesihatan dariNYA...
Selasa, 13 September 2011
macam-macam hal daa...
sejak akhir-akhir ni rasa tetiap hari ada je berita yang tak sedap didengar...bukan nak complain ke apa...tapi susah nak cakap la...karang silap tulis kena saman lak kan...dari isu sejarah ke isu cukai kerajaan...dari kisah dalam kain sampai kisah panas yang lain...haish...naik boring lak nak tengok berita...
Besday aku!!!
Ngeeee...nak bagitau ni...semalam merupakan hari ulangtahun kelahiran aku yang ke dot dot dot...thanks sangat-sangat kepada mereka-mereka yang wish...terharu rasanya...alhamdulillah sempat gak aku balas satu-satu ucapan semua orang....hehe...



Ahad, 11 September 2011
Kursus Induksi Umum & Khusus
hari ni aku baru je terima surat untuk menghadiri kursus induksi 19-29 september ni...dekat Shah Alam lak tu...hai mengimbau balik la zaman jadi student dulu...hehe...
Rabu, 24 Ogos 2011
Penipuan melalui email
Subject:ASSALAMUALAIKUM KESAYANGANSAYA
From:norhasniza binti (binti132@msn.com)
To:
Date:Tu, 23 Aug 2011 11:40:55
Assalamualaikum
Nama saya Norhasnizabinti MohdAmin, dariMalaysia tapi tinggal diLondon. Umur saya 25tahun. Sayasudah 18tahuntinggaldi London bersama ibubapasaya tapi mereka sudah meninggaldunia. Sayatahu jikaanda dapat emel saya dananda akan rasa terkejut. Tujuansaya hantarkanemel inikepada anda kerana sayasedang mencari rakan kongsi niagadan sayahendakberlabur di dalam bidangresort, minyak kelapa sawit, stesenminyakatauperniagaan tentang emas.
Saya hendak berlaburdi Malaysiakerana sayabekerja dengan syarikatminyak bernama Giant Oil and GasCompany diUS, memilikianak ketua Libya, SaifAl-Islam Gaddafi dengan rakankongsi niaga diUS. Tapisekarang kerajaan UShendak menutup syarikat di US danjuga berkaitanLondon.Saya berhubung dengananda kerana saya tidak ada saudaramara atauadik-beradikdi Malaysia,selagipun ayah saya adalah anak yatim dan ibusaya dariIndonesia.Sila tolongsaya dalam pelaburan ini semacam ALLAH lindungisesiapayang perludi bantu danjaga. Saya akan menunggu balasan emel anda.
Terima kasih
Norhasniza bte Mohd Amin
Subject:Dear Beloved
From:Mr Omar Hasan (mr.omarhasan@shqiptar.eu)
To:
Date:Tu, 23 Aug 2011 07:43:53
Dear Beloved,
As you read this, I dont want you to feel sorry for me, because, I believe everyone will die someday. My name is Omar Hasan a merchant in Dubai, in the U.A.E.I have been diagnosed with Esophageal cancer. It has defiled all forms of medical treatment, and right now I have only about a few months to live, according to medical experts. I have not particularly lived my life so well, as I never really cared or anyone (not even myself) but my business.
Now that God has called me, I have willed and given most of my property and assets to my immediate and extended family members as well as a few close friends. I want Allah to be merciful to me and accept my soul so, I have decided to give also to charity organizations, as I want this to be one of the last good deeds I do on earth. So far, I have distributed money to some charity organizations in the U.A.E, Algeria and Malaysia. Now that my health has deteriorated so badly, I cannot do this myself anymore. I once asked members of my family to close one of my accounts and distribute the money which I have there to charity Organization in Bulgaria and Pakistan , they refused and kept the money to themselves. Hence, I do not trust them anymore, as they seem not to be contended with what I have left for them.
The last of my money which no one knows of is the huge cash deposit of Thirty Five million dollars $35,000,000,00 that I have with a financial Security Firm abroad. I will want you to help me collect this deposit and dispatched it to charity organizations. I have set aside 35% for your time and service. Please reply me with honesty as soon as you receive this mail.
email kedua ni lagi la aku sakit hati...orang gila mana lah nak kasi duit senang-senang je kat kita kan...macam aku ni bodoh sangat jer nak percaya semua ni...tak faham betul...haish...
nota kaki: nasihat aku untuk korang semua, jangan percaya la dengan email-email daripada orang-orang yang tak dikenali ni...jangan biarkan hidup anda diselubungi penyesalan yang berpanjangan (baca dengan nada rancangan misteri nusantara...hahaha)...
Cerita hujung minggu #2



