BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Khamis, 22 September 2011

Rasuah & integriti

Malam ni tajuk ceramah untuk kursus induksi ialah pengurusan integriti...tajuk yang nampak agak bosan tapi jadi menarik bila penceramah berikan bermacam contoh kes-kes yang pernah berlaku...jangan disangka rasuah hanya melibatkan duit dan hadiah je...macam-macam benda boleh jadi sumber rasuah...sampai wanita dan seks pun boleh jadi gak...

Rasuah ni boleh terjadi dimana sahaja dan bila-bila masa...kadang-kadang tanpa sedar kita terlibat dengan gejala rasuah...rasuah boleh bermula dari rumah kita sendiri bila mana kita menjanjikan pelbagai ganjaran kepada anak atau adik kita sekiranya mereka dapat melakukan sesuatu yang memberi faedah kepada kita...secara tak langsung kita sendiri telah mendidik dan membiasakan diri generasi baru dengan unsur-unsur rasuah...mungkin kita tidak sedar tindakan kita hari ini akan menyebabkan generasi baru ini merasakan bahawa perbuatan memberi ganjaran itu sesuatu yang tidak salah...dan berkemungkinan juga apabila mereka dewasa, mereka akan melakukan perkara yang sama dalam pekerjaan dan kehidupan seharian mereka...

Rasuah merupakan virus yang amat bahaya kerana ia merupakan pembunuh senyap yang boleh menghancurkan sesebuah organisasi atau negara...disebabkan rasuah juga boleh menjadikan negara huru hara, jenayah berleluasa, kemiskinan bertambah, dan macam-macam lagi...dalam islam sendiri telah diajarkan supaya memberi nafkah anak dan isteri dari sumber yang halal bagi memastikan kesejahteraan umat akan datang...jika generasi baru sentiasa disuap dengan rezeki dari sumber rasuah, mana mungkin hati boleh jadi bersih...maka lahirlah generasi baru yang rosak akhlaknya...

Oleh itu amalkanlah nilai integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian...jujur dan amanah dalam bekerja serta ingatkan sentiasa dalam diri bahawa apa sahaja yang kita makan akan menjadi darah daging kita...jika halal sumbernya maka sucilah hati kita jika tidak bersih sumbernya maka kotorlah hati kita...

Nota kaki: ops dah masuk pagi rupanya...jom tidur besok nak bangun awal bersenam...kasi buang sikit kolestrol sebab makanan semua sedap-sedap kat hotel ni...mana la tak makan banyak...LOL...

Rabu, 21 September 2011

My mum besday

Hari ni besday mak aku...sempat wish time dah tengahari tadi je...almaklumlah kursus full pagi sampai malam...hadiah dah bagi in advance dah time balik raya hari tu...

Selamat Hari Lahir Mak!!!
Semoga mak panjang umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan...semoga mak dan ayah kekal bahagia hingga akhir hayat...;p

nota kaki:bulan ni je ramai family aku sambut besday...dengan aku sekali tu...my bro,my mum,my mil,my bil...ramai kan...hehe...doa aku semoga kami semua dikurniakan kesihatan dariNYA...

Selasa, 13 September 2011

macam-macam hal daa...

sejak akhir-akhir ni rasa tetiap hari ada je berita yang tak sedap didengar...bukan nak complain ke apa...tapi susah nak cakap la...karang silap tulis kena saman lak kan...dari isu sejarah ke isu cukai kerajaan...dari kisah dalam kain sampai kisah panas yang lain...haish...naik boring lak nak tengok berita...


doa aku harap negara tanah tumpah darahku ni dapat menghadapi cabaran masa kini...jangan sebab nila setitik habis susu sebelanga...jangan sebab segelintir tangan-tangan rakus negara ni huru hara...minta dijauhkan la ya...tak kan kita nak jadi macam negara-negara luar yang sentiasa bergolak...perang saudara...karang tak pasal-pasal pihak luar campur tangan...jangan diulang kesilapan generasi terdahulu...menyerahkan kuasa pada pihak yang berkepentingan...fikir nak penuhkan tembolok sendiri jer...orang lain diinjak-injak, dipijak-pijak...ingatlah tanggungjawab yang dah diberi...jalankan dengan penuh amanah...diakhirat nanti pasti dipersoalkan semula...senang didunia tak menjanjikan kebahagiaan disana nanti...

nota kaki: awal bulan buat kira-kira bajet untuk sebulan mesti tak cukup...tapi alhamdulillah rasa tak pernah lagi tengah bulan tak cukup duit...sampai gaji seterusnya masih lagi ada baki...kadang-kadang hairan gak...mungkin ni la seperti yang Allah janjikan...rezeki yang halal pasti cukup walau sikit macam mana pun nilainya didunia...tapi disisi Dia nilainya teramat tinggi...:)

Besday aku!!!

Ngeeee...nak bagitau ni...semalam merupakan hari ulangtahun kelahiran aku yang ke dot dot dot...thanks sangat-sangat kepada mereka-mereka yang wish...terharu rasanya...alhamdulillah sempat gak aku balas satu-satu ucapan semua orang....hehe...


semalam my bie cuti...so macam-macam la agenda dia...tak sangka lak...petang lepas aku kerja kitorang pergi makan kek kat secret recipe...sorang satu slice...jadilah...tu pun aku amik masa yang lama nak abiskan...lepas makan kek kitorang pergi dating lak kat darulaman lake side...da nak gelap baru balik rumah...malam my bie tolong deko-deko rumah lak...stail baru gitu...i like...

layan gambar la pulak ya....zasss...

kek ni aku yang punya...hahaha

ni my bie punya....

siap dapat free coffee dengan tea lagi...

yummy2...aku punya slice beso lak daa...

syukur alhamdulillah sebab sehingga hari ni aku masih lagi dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan...terima kasih gak untuk doa keluarga, kawan-kawan dan semua yang mengenali diri ni...sayang korang semua...love u too my bie...

nota kaki: entry pasal raya tak post gak lagi...haish...

Ahad, 11 September 2011

Kursus Induksi Umum & Khusus

hari ni aku baru je terima surat untuk menghadiri kursus induksi 19-29 september ni...dekat Shah Alam lak tu...hai mengimbau balik la zaman jadi student dulu...hehe...


so untuk 2 minggu tu confirm la aku sangat busy dan tak akan sempat nak post apa-apa entry nampaknya...entry pasal raya pun tak tulis lagi kan...rasa nak cerita pasal pengalaman beraya mengelilingi semenanjung malaysia...lengkap putaran 360 darjah...LOL...

Rabu, 24 Ogos 2011

Penipuan melalui email

macam-macam kaedah dan cara orang nak menipu zaman sekarang ni kan...disebabkan zaman makin moden, penipuan zaman moden ni guna email lak...konon nak ajak jadi rakan kongsi niaga lah, nak minta jadi pemegang amanah lah dan macam-macam lagi...tu belum kira email palsu dari bank-bank ternama seperti maybank dan cimb...

aku punya email memang selalu sangat lah penuh dengan email-email camni...kalau masuk spam memang senang la aku nak clear...tapi kalau ada yang terlepas masuk inbox tu yang menyerabutkan aku nak kena delete satu-satu lak...haish...sabo je la...

kadang-kadang baca email diorang ni memang agak kelakar lah...ayat skema gile...sekali imbas je dah tau dah menipu...nak marah pun ada...ingat aku ni bodoh pe...kalau ikutkan sumber-sumber yang aku percayai, email-email ni semua dari mat-mat negro..haish...

ni ada contoh email-email yang aku terima...baca dan hayatilah baik-baik...jangan sampai anda dan keluarga anda terkena...berhati-hatilah sentiasa...

____________________________________________________________________

Subject:ASSALAMUALAIKUM KESAYANGANSAYA

From:norhasniza binti (binti132@msn.com)

To:

Date:Tu, 23 Aug 2011 11:40:55

Assalamualaikum

Nama saya Norhasnizabinti MohdAmin, dariMalaysia tapi tinggal diLondon. Umur saya 25tahun. Sayasudah 18tahuntinggaldi London bersama ibubapasaya tapi mereka sudah meninggaldunia. Sayatahu jikaanda dapat emel saya dananda akan rasa terkejut. Tujuansaya hantarkanemel inikepada anda kerana sayasedang mencari rakan kongsi niagadan sayahendakberlabur di dalam bidangresort, minyak kelapa sawit, stesenminyakatauperniagaan tentang emas.

Saya hendak berlaburdi Malaysiakerana sayabekerja dengan syarikatminyak bernama Giant Oil and GasCompany diUS, memilikianak ketua Libya, SaifAl-Islam Gaddafi dengan rakankongsi niaga diUS. Tapisekarang kerajaan UShendak menutup syarikat di US danjuga berkaitanLondon.Saya berhubung dengananda kerana saya tidak ada saudaramara atauadik-beradikdi Malaysia,selagipun ayah saya adalah anak yatim dan ibusaya dariIndonesia.Sila tolongsaya dalam pelaburan ini semacam ALLAH lindungisesiapayang perludi bantu danjaga. Saya akan menunggu balasan emel anda.

Terima kasih
Norhasniza bte Mohd Amin

_____________________________________________________________________________________

email ni aku baru je dapat...subject je dah buat aku gelak nak pecah perut...ntah ape-ape ntah...ayat dalam email pun nampak sangat macam ayat translate...dah la skema gile...hahaha...

_____________________________________________________________________________________


Subject:Dear Beloved

From:Mr Omar Hasan (mr.omarhasan@shqiptar.eu)

To:

Date:Tu, 23 Aug 2011 07:43:53

Dear Beloved,

As you read this, I dont want you to feel sorry for me, because, I believe everyone will die someday. My name is Omar Hasan a merchant in Dubai, in the U.A.E.I have been diagnosed with Esophageal cancer. It has defiled all forms of medical treatment, and right now I have only about a few months to live, according to medical experts. I have not particularly lived my life so well, as I never really cared or anyone (not even myself) but my business.

Now that God has called me, I have willed and given most of my property and assets to my immediate and extended family members as well as a few close friends. I want Allah to be merciful to me and accept my soul so, I have decided to give also to charity organizations, as I want this to be one of the last good deeds I do on earth. So far, I have distributed money to some charity organizations in the U.A.E, Algeria and Malaysia. Now that my health has deteriorated so badly, I cannot do this myself anymore. I once asked members of my family to close one of my accounts and distribute the money which I have there to charity Organization in Bulgaria and Pakistan , they refused and kept the money to themselves. Hence, I do not trust them anymore, as they seem not to be contended with what I have left for them.

The last of my money which no one knows of is the huge cash deposit of Thirty Five million dollars $35,000,000,00 that I have with a financial Security Firm abroad. I will want you to help me collect this deposit and dispatched it to charity organizations. I have set aside 35% for your time and service. Please reply me with honesty as soon as you receive this mail.

____________________________________________________________________________________


email kedua ni lagi la aku sakit hati...orang gila mana lah nak kasi duit senang-senang je kat kita kan...macam aku ni bodoh sangat jer nak percaya semua ni...tak faham betul...haish...

nota kaki: nasihat aku untuk korang semua, jangan percaya la dengan email-email daripada orang-orang yang tak dikenali ni...jangan biarkan hidup anda diselubungi penyesalan yang berpanjangan (baca dengan nada rancangan misteri nusantara...hahaha)...

Cerita hujung minggu #2


entry kali ni nak cerita pasal hujung minggu baru-baru ni...plan asal nak pergi kulim melawat baby baru kawan kitorang..nasirah & wan...sekali diorang dah balik kemaman lak...kena tunggu lepas abis pantang la baru kitorang dapat tengok baby diorang tu...

so disebabkan tu plan pun berubah...jalan-jalan di penang...pukul 11 pagi kitorang pergi alor setar dulu naik motor...nak pasang rak box motor my bie yang baru...yang lama dah patah...so urusan pembelian dan pemasangan selesai kira-kira jam 2 petang...merempit balik ke jitra la nak tukar naik motor lak sebab keadaan cuaca yang kurang baik...karang tak pasal-pasal mandi hujan lak...hehe

sampai rumah uruskan apa yang patut terus gerak ke penang...cuaca mendung sepanjang jalan, so pasang air cond tahap 1 je pun dah cukup sejuk dah...destinasi pertama cari DIGI centre dulu...nak uruskan pasal supplementary no...sekali dah tutup ak...hari sabtu buka setengah hari jer...dengan rasa kecewa kitorang pun bergerak ke destinasi kedua...nak pergi JJ lak...tuntut hadiah birthday my bie...hehe

plan memang tak nak beli apa-apa...tapi bila dah masuk je JJ macam-macam lah rasa nak beli...belikan hadiah mak aku dan mak my bie...hadiah birthday diorang...dua-dua bulan 9...so beli sekali la...dah alang-alang banyak sale time nak raya ni kan...aku lak beli printer...lama dah nak beli..baru ni berkesempatan...dapat lah beli mangkuk pyrex dengan diskaun 70%...kalau tak mahal wooo...satu benda yang menarik perhatian aku dan my bie...parking lot kat situ amat luas, berbumbung tinggi dan separuh kosong...haish kalau kat area lembah kelang ni nak cari parking kemain lah payah...

abis je shopping, kononnya nak gerak ke destinasi terakhir la...sekali tengok hujan sangat la lebat kat luar nuu...ingat nak ke queensbay mall...nak buka puasa kat Johnny's steamboat...sebab cek dalam internet kat situ je ada...tapi disebabkan cuaca yang amat tak mengizinkan dan waktu yang dah agak lewat, kitorang pun tukar plan nak buka kat JJ jer...so pemburuan tempat berbuka pun bermula...my bie kata mesti ada gak Johnny's kat situ sebab kat JJ yang besar biasanya ada...

puas la pusing satu JJ tu...dari atas turun ke bawah...sekali jumpa gak...memang rezeki la nak berbuka kat Johnny's...kebetulan ada 1 je lagi table kosong, khas untuk 2 orang...lepas reserved dan tempah makanan, kitorang pun pergi la letak barang-barang shopping kat kereta...tak larat dah nak tolak troli tu ke hulu ke hilir...sementara tunggu waktu berbuka sempat lagi lah pergi setelkan pasal supplementary no kat kedai digi yang ada kat JJ tu...mujur boleh...hehe...

steamboat johnny...yummy-yummy..

bie dengan rambut barunya...hensem tak?

tengok tu bertingkat-tingkat bahan-bahan untuk steamboat...
kenyang sangat-sangat la makan...
lepas kekenyangan berbuka, setelkan apa yang patut, kitorang pun gerak balik ke jitra...my bie siap janji nak bawak aku pergi Queensbay mall bulan depan...sebab aku teringin sangat nak naik jambatan penang tu...yela konon nak pergi tapi tak jadi kan....hehe...

nota kaki: hari sabtu kalau boleh elak lah pergi alor setar...jem woo...mujur kitorang pergi naik motor...boleh cilok-cilok...hehe