wargh...bosannyer...xd pe nak wat...sakit tekak lak...cam nak demam pun ade...
melalut je la aku ni...
Khamis, 14 April 2011
boring...
Khamis, 7 April 2011
keje baru
disebabkan kadar kebosanan aku telah mencecah tahap bahaya, maka aku pun merajinkanlah diri aku untuk mengepos entry kat blog aku ni....buat ketika ni tak ade lagi sebarang tugasan diberikan pada aku...ade pun aku tolong tanda kertas test daripada pensyarah lain...key in markah diorg...bantu masa lab...tu pun atas request diorg...kalau x ade aku pun melopong la kebosanan...huhu
nak tulis panjang pun x der idea...tu je la...
Isnin, 14 Mac 2011
New job with new hope...
Erm camne nak mulakan ek..
Akhirnya aku dah buat da pilihan...aku rasa yang ni la terbaik buat aku...berhijrah ke negeri orang...boleh dapat pengalaman baru...
aku ingat lagi...7 tahun lepas...bila first time aku nak tinggalkan negeri kelahiran aku...johor tanah tumpah darahku...semuanya sebab cita-cita...yela nak sambung belajar kan...masa parents anta buat-buat x sedih la...x nangis...bila diorang balik kemain nangis lagi dalam rumah...haha..
Sekarang ni sedar x sedar memang dah lama sangat da aku tinggalkan bumi johor...berkelana kat negeri orang...dari mencari ilmu sampai sekarang mencari rezeki...lepas ni aku akan pergi lagi jauh dari negeri kelahiranku tu...jauh nun di utara...kedah tu..huhu...x pe la demi rezeki yang halal...
Mungkin takdir dah tentukan aku akan terus berkelana...merantau di negeri orang...asal niat aku betul dah la kan...doakan aku sentiasa berjaya dalam apa jua yang aku buat wahai semua pembaca blog aku ni...(cam ramai je yang jenguk blog aku kan)...
p/s: mana-mana orang jitra...kalau korang tau ada bilik sewa please let me know...desperate da ni...wahahaha...
Rabu, 9 Mac 2011
Aku dipersimpangan
The Road Not Taken
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
-Robert Frost-
Sajak yang pernah aku belajar dan kaji time form 5 dulu...huhu...sungguh ku tak sangka sajak ni memang betul-betul ada makna yang sangat mendalam....doa aku semoga aku dapat buat pilihan yang paling baik dalam hidup ni...antara jalan yang berliku atau jalan yang lurus tak berhalang...pro dan kontra tetap ada...Oh tuhan bantulah hambamu ini...
Selasa, 15 Februari 2011
Salam Maulidur Rasul
hari ni cuti umum sempena sambutan maulidur rasul...selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.w.t...kebetulan tahun ni sama tarikh lak dengan besday adik aku...cian dia dok tanya nape time besday dia mesti semua orang x sambut ramai-ramai cam besday ayah ke emak ke...hehe...terasa terlalu mengutamakan kerja lak kadang-kadang...tapi pe pun hepi besday adik...walaupun dia sendiri tak baca blog ni...ada untung ruginya gak jadi anak bongsu ni...untung sebab boleh manja-manja minta macam macam tanpa orang nak banyak soal...tapi rugi sebab mostly adik beradik yang lain da besar-besar dah kerja dan x tinggal sebumbung...time aku dulu tetiap hari bertekak walaupun adik beradik tak ramai mana...bila besday jer sambut la dengan makan kek ramai-ramai...time adik aku kena la tunggu abang n kakak dia cuti untuk balik kampung sambut besday dia...jadi belated besday dah kan...huhu...
mukadimah dah panjang berjela...lama dah tak menulis pasal diri sendiri...nak jadi cerita yang agak gembira ni malam minggu baru-baru ni time aku tengah lepak-lepak depan tv dengan hubby aku sambil menonton cerita NCIS sesion 8 yang dah jadi kegilaan aku untuk follow, tetiba handfone aku berbunyi tanda sms masuk...aku yang tengah khusuk layan tv ni agak malas la nak tengok sms tu..biar jap la..tunggu iklan...bila iklan je aku pun capai hp aku tu...scroll down...tengok nama budak yang sekali interview dengan aku kat spp dulu (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)...aku pun dah terlupa nama dia...tak sangka dia ingat lagi kat aku...mujur kat tepi nama dia aku ada note sikit...kalau tak buat segan je nak tanya dia tu sape...
sms tu hanya memaklumkan keputusan interview spp dah keluar semalam (jumaat)...sambil bertanya keputusan aku....aku dengan pantas on laptop aku terus dengan tak sabarnya nak check jugak...lembab lak aku rasa microprocessor laptop aku nak start up desktop...macam laptop zaman tok kaduk...(ces macam time tu laptop da ada jer)...bila da on nak kena tunggu detect wireless internet lak...memang detik yang cukup mendebarkan..macam nak check result final exam jer...lama dah tak lalui perasaan macam tu selepas aku dengan berjayanya menamatkan zaman universiti...
double click pada icon mozilla firefox...then type google.com (sebab aku lupa add portal spp)...type spp pastu click search...berjela-jela keluar hasil carian...yang 1st dah tentu yang betul...click je terus terpampang portal spp...(tahniah kepada spp sebab portal dia amat pantas malam itu, macam tau-tau je dengan situasi aku yang tak menyabar ni)...time ni NCIS pun aku da tak sempat nak layan dah...
______________________________________________
Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41/DH29 Bagi Bidang Reka Bentuk Dalaman, Fesyen dan Pakaian, Kejuruteraan Elektrik Kawalan dan Instrumentasi, Kejuruteraan Elektronik Komputer, Kejuruteraan Elektronik Perhubungan, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Ukur Tanah(Geomatik) serta Agama/Syariah/Dakwah dan Kepimpinan Temu Duga Pada 30 November 2010 hingga 17 Disember 2010 boleh disemak di sini mulai 11 Februari 2011. Calon juga akan menerima suratrasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya ini. Semak Keputusan
__________________________________________________
| Bilangan Pengguna Hari Ini | : | 388 |
| Bilangan Pengguna Bulan Ini | : | 9622 |
Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 831211105482)
No. Kad Pengenalan :
__________________________________________________
aku taip la no IC aku...850xxx-xx-xxxx...pastu click hantar...
__________________________________________________
Nama | No. Kad Pengenalan | Jawatan | Bidang Pengkhususan | Keputusan |
NORSILAWATI BINTI JAMINAM | 85xxxxxxxxxx | DH41 | KEJURUTERAAN ELEKTRIK | BERJAYA |
aku dengan pantas balas sms kawan tadi tu maklumkan berita gembira ni...tetiba aku teringat zana pun pergi gak interview ni...pantas tangan aku menaip sms untuk beritahu dan tanya keputusan dia lak...alhamdulillah..dia pun berjaya...rezeki bakal pengantin tur...lepas tu kompem la aku terus call kampung...bagitau mak aku lak...akhirnya aku berjaya juga menutup mulut-mulut orang yang selalu berkata aku ni kerja kontrak jer...cian mak aku...dok panas telinga jer dengar...tapi bagi aku selagi aku tak pernah memegang title pengangur sepenuh masa aku dah cukup puas hati...
ya...dengan ikhlas aku kata habis jer final exam aku terus sambung praktikal di sebuah kilang dekat pekan Chaah...belum sempat tamat tempoh praktikal aku dah ditawarkan kerja sebagai pegawai Kerajaan (walaupun kontrak)...tak lama lepas tu aku ditawarkan sambung belajar lak dengan biasiswa penuh dan elaun sara hidup...sedang dalam proses menyesuaikan diri untuk belajar semula, lagi sekali aku ditawarkan kerja sebagai pegawai kerajaan...kerja aku sekarang ni lah...walaupun kontrak aku tetap cukup makan pakai...siap boleh bagi mak ayah duit dan pergi bercuti merata tempat lagi...aku rasa memang diri aku cukup beruntung sebab semua tu datang dengan agak mudah...bila dilihat ada sesetengah rakan-rakan yang terpaksa menganggur sebelum ditawarkan bekerja, aku memang rasa diri ni bertuah...tamat belajar aku tak pernah lagi mintak duit mak ayah aku untuk keperluan diri...majlis kawin aku dulu pun atas usaha dan gaji aku sendiri...disamping duit hantaran dari hubby aku...
so apa yang orang kata aku jarang ambil pusing...just kesian kat mak aku...dia yang kena dengar selalu...sekali-sekala mungkin boleh biar gitu jer...tapi kalau dah selalu memang panas telinga jugak...orang tua...mereka lagi sensitif...apa pun aku dah cuba untuk jadi anak yang terbaik...isteri yang solehah...
kebetulan lepas aku cakap dengan mak aku, mak mertua aku pula call...hubby yang angkat...bila aku khabarkan berita ni dia pun suruh aku pergi...lagi menjamin katanya...sebab jawatan tetap...aku memang bersetuju dengan pendapat tu...sekarang ni tengah fikir macam mana la nak kena pindah lagi...kuarters ni aku nak tukar nama pada adik aku jer...mujur adik pun kerja kat sini...dia memang aku anggap lagi bertuah...belajar tanpa hutang...dapat kerja tetap terus...angah memang da confirm jawatan...alhamdulillah, kami adik beradik tak pernah menyusahkan mak ayah selepas tamat belajar...mampu tampung diri sendiri dan bantu mak ayah apa yang patut...moga-moga dua orang lagi adik aku berjaya untuk ikut jejak langkah kami abang dan kakaknya...cukup sekiranya mereka tak menyusahkan orang tua, malah boleh membantu lagi...
footnote: risau tengok budak-budak zaman sekarang yang terlampau advance...belajar advance electronic pun tak advance camtu....huhu...
p/s: congrats to zana & arif yang bakal mendirikan rumah tanggan awal bulan depan, semoga bahagia hendaknya...congrats gak buat ira & wan yang bakal dapat baby bulan 8 nanti...untuk nani + tunangnya (tak sempat kenal lagi) congrats atas pertunangan anda...ayie + awie, semoga korang hidup rukun dan aman damai...yani + paan, cepat-cepat la korang kawin, kawan-kawan dah tak sabar nak tengok korang bersanding....nore & dot3, kami masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang bakal memiliki kamu, hehe...buat kawan-kawan yang lain, yang bakal dan telah bertunang atau berkahwin congrats diucapkan...pada yang still single lagi, jangan risau, korang sume memang dah ditetapkan jodohnya, cuma tak jumpa lagi je...hehe
Selasa, 25 Januari 2011
Tanpa tajuk
Entry kali ni aku tak ada idea nak letak tajuk pe...tiba-tiba pagi ni rasa tergerak nak menulis...sebelum mula bekerja pada hari selasa yang indah ini...rasa agak letih pagi ni...semalam buat sit up sampai x boleh tido malam...hehe...kesihatan itu penting...tido pun penting gak kan...
Ok la..tujuan aku menulis pagi ni saja je nak berkongsi rasa...sekarang ni tiap-tiap malam asal buka tv untuk tengok berita je mesti pasal politik la, pemilihan la, isu sana sini, harga naik...kalau dengar pun naik sakit hati la..but the truth is the truth...apa yang jadi kat sekeliling kita ni semuanya ada hikmahnya...kadang-kadang apa yang jadi tu sebenarnya hasil daripada perbuatan kita sendiri...bak kata pepatah...apa yang kita buat sekarang ni mencerminkan masa hadapan kita...so fikir-fikirkan lah dengan masak sebelum mengambil apa jua tindakan...jangan hanya tau nak salahkan orang lain...semak dulu diri sendiri...
Ceh...bermuahasabah lak aku ni di pagi hari...tapi aku rasa ni la cara terbaik untuk memulakan hari dengan ceria...muhasabah dan cuba perbaiki diri...
Sebenarnya semalam aku agak stress...kalau ada member-member yang baca post aku kat fb memang tau la betapa seriusnya tahap stress aku tu...bila fikir-fikirkan balik stress tu sebab salah aku gak...ye...aku pun bermuahabah di pagi hari ni...azam tak kan buat lagi silap yang sama..dengar arahan dengan teliti dan buat seperti yang sepatutnya...bukan memandai-mandai...amanah yang dah diberi laksanakan dengan sebaiknya...hidup bukan untuk menongkat dunia...satu hari kita di atas...besok belum tentu kita tak akan jatuh tersungkur...
p/s: hidup bukan untuk selamanya...besok belum tentu kita boleh bernafas lagi...muhasabah dan bersyukurlah atas nikmat nyang diberi...jangan selalu merungut dengan musibah yang menimpa..(peringatan untuk diri sendiri)...
nota kaki - suka bila rasa hidup ni so simple but with the colorful of happiness...;-p
Rabu, 19 Januari 2011
Artikel pertama di tahun 2011
Fuh agak lama gak aku x update blog aku ni...azam tahun 2011 aku nak rajin-rajin update lah...hehe...hopefully aku ade kesempatan dan kemampuan untuk berbuat begitu...ofcoz la sebab semua yang kita buat hanya akan jadi dengan keizinan dari-NYA...Qunfayaqun (not sure betul x spelling aku ni...tolong ajarkan kalau silap wahai para ustaz dan ustazah sekalian diluar sana)...
So di tahun yang abru ni aku nak buka la ceritera baru (walaupun da agak terlewat)...hehe...tahun 2010 bayak tinggalkan kenangan pahit dan manis buat aku...tapi aku rasa yang manis tu banyak kot...yang pahit pun ade juga yang manis didalamnya...ye...kena lebih positif bila diri semakin dewasa (bukan tua ye...hehe)...bulan 12 2010...2 orang kawan sepengajian mendirikan masjid...alhamdulillah...maka menangis la setan-setan di seantero dunia...congrats to Najib & Shu serta Ayie & Awie...bukan yang kawen je yang dapat baby pun ramai gak...nak list semua banyak sangat...but congrats gak la buat June, Chal, Wanie dan lain-lain yang x aku sebutkan...semoga korang berbahagia membina kehidupan di masa akan datang...aku gak je yang still berdua lagi...huhu...x der rezeki lagi...
Awal tahun 2011 aku sambut dengan bercuti bersama hubby tersayang (actually sempena anniversary yang tertunda disebabkan kesibukan bekerja...2 in 1 la senang)...tempatnya dimana ya?...ofcoz la my feberet place...mengenang kembali saat2 manis berhoneymoon di sana...hehe...x tau la kenapa aku suka sangat pegi tempat-tempat sejuk ni...maybe sebab nak pegi obersea x cukup fulus then beralih arah ke tempat sendiri...Di Malaysia semua ada...Malaysia Truly Asia...buat promo lak...hehe
Aku pegi pun 3 hari 2 malam...memang sejuk sebab cuaca yang ala-ala mendung dan hujan sekali-sekala...syok wooo tido...kat atas tu macam biasa la aktivitinya...melawat tempat-tempat menarik dan sebagainya...duduk pun kat hotel yang sama masa aku honeymoon tahun lepas...memeng mengimbau kenangan lalu la kata orang...
to be continue....

