BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

susah betulkan nak bagi sentiasa ada masa nak tulis blog ni...kalau ada masa lak idea yang tak der...parah-parah...

hari ni cuti umum sempena sambutan maulidur rasul...selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.w.t...kebetulan tahun ni sama tarikh lak dengan besday adik aku...cian dia dok tanya nape time besday dia mesti semua orang x sambut ramai-ramai cam besday ayah ke emak ke...hehe...terasa terlalu mengutamakan kerja lak kadang-kadang...tapi pe pun hepi besday adik...walaupun dia sendiri tak baca blog ni...ada untung ruginya gak jadi anak bongsu ni...untung sebab boleh manja-manja minta macam macam tanpa orang nak banyak soal...tapi rugi sebab mostly adik beradik yang lain da besar-besar dah kerja dan x tinggal sebumbung...time aku dulu tetiap hari bertekak walaupun adik beradik tak ramai mana...bila besday jer sambut la dengan makan kek ramai-ramai...time adik aku kena la tunggu abang n kakak dia cuti untuk balik kampung sambut besday dia...jadi belated besday dah kan...huhu...


mukadimah dah panjang berjela...lama dah tak menulis pasal diri sendiri...nak jadi cerita yang agak gembira ni malam minggu baru-baru ni time aku tengah lepak-lepak depan tv dengan hubby aku sambil menonton cerita NCIS sesion 8 yang dah jadi kegilaan aku untuk follow, tetiba handfone aku berbunyi tanda sms masuk...aku yang tengah khusuk layan tv ni agak malas la nak tengok sms tu..biar jap la..tunggu iklan...bila iklan je aku pun capai hp aku tu...scroll down...tengok nama budak yang sekali interview dengan aku kat spp dulu (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)...aku pun dah terlupa nama dia...tak sangka dia ingat lagi kat aku...mujur kat tepi nama dia aku ada note sikit...kalau tak buat segan je nak tanya dia tu sape...

sms tu hanya memaklumkan keputusan interview spp dah keluar semalam (jumaat)...sambil bertanya keputusan aku....aku dengan pantas on laptop aku terus dengan tak sabarnya nak check jugak...lembab lak aku rasa microprocessor laptop aku nak start up desktop...macam laptop zaman tok kaduk...(ces macam time tu laptop da ada jer)...bila da on nak kena tunggu detect wireless internet lak...memang detik yang cukup mendebarkan..macam nak check result final exam jer...lama dah tak lalui perasaan macam tu selepas aku dengan berjayanya menamatkan zaman universiti...

double click pada icon mozilla firefox...then type google.com (sebab aku lupa add portal spp)...type spp pastu click search...berjela-jela keluar hasil carian...yang 1st dah tentu yang betul...click je terus terpampang portal spp...(tahniah kepada spp sebab portal dia amat pantas malam itu, macam tau-tau je dengan situasi aku yang tak menyabar ni)...time ni NCIS pun aku da tak sempat nak layan dah...
______________________________________________

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN
PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41 & DH29...
Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41/DH29 Bagi Bidang Reka Bentuk Dalaman, Fesyen dan Pakaian, Kejuruteraan Elektrik Kawalan dan Instrumentasi, Kejuruteraan Elektronik Komputer, Kejuruteraan Elektronik Perhubungan, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Ukur Tanah(Geomatik) serta Agama/Syariah/Dakwah dan Kepimpinan Temu Duga Pada 30 November 2010 hingga 17 Disember 2010 boleh disemak di sini mulai 11 Februari 2011. Calon juga akan menerima suratrasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya ini.
Semak Keputusan
__________________________________________________

aku pun dengan pantasnya click semak keputusan...
__________________________________________________
SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA
PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

Bilangan Pengguna Hari Ini : 388
Bilangan Pengguna Bulan Ini : 9622
__________________________________________________

Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 831211105482)

No. Kad Pengenalan :

HANTAR
__________________________________________________

aku taip la no IC aku...850xxx-xx-xxxx...pastu click hantar...

__________________________________________________

BERJAYA.
Tahniah. Anda berjaya di dalam urusan temu duga ini

Nama
No. Kad Pengenalan
Jawatan
Bidang Pengkhususan
Keputusan
NORSILAWATI BINTI JAMINAM
85xxxxxxxxxx
DH41
KEJURUTERAAN ELEKTRIK

BERJAYA
__________________________________________________

ooo...syukur alhamdulillah...tak sia-sia usaha aku jawab soalan cepu emas bagai masa interview tempohari...2 bulan dah berlalu dan dah terjawab segala persoalanku...memang tak disangka dan diduga...sebab soalan berupa teknikal memang aku tak jawab dengan sehabis baik...siap kata maaf saya tak ingat...al-maklumlah kerja sekarang ni tak ada kaitan langsung dengan kejuruteraan...

aku dengan pantas balas sms kawan tadi tu maklumkan berita gembira ni...tetiba aku teringat zana pun pergi gak interview ni...pantas tangan aku menaip sms untuk beritahu dan tanya keputusan dia lak...alhamdulillah..dia pun berjaya...rezeki bakal pengantin tur...lepas tu kompem la aku terus call kampung...bagitau mak aku lak...akhirnya aku berjaya juga menutup mulut-mulut orang yang selalu berkata aku ni kerja kontrak jer...cian mak aku...dok panas telinga jer dengar...tapi bagi aku selagi aku tak pernah memegang title pengangur sepenuh masa aku dah cukup puas hati...

ya...dengan ikhlas aku kata habis jer final exam aku terus sambung praktikal di sebuah kilang dekat pekan Chaah...belum sempat tamat tempoh praktikal aku dah ditawarkan kerja sebagai pegawai Kerajaan (walaupun kontrak)...tak lama lepas tu aku ditawarkan sambung belajar lak dengan biasiswa penuh dan elaun sara hidup...sedang dalam proses menyesuaikan diri untuk belajar semula, lagi sekali aku ditawarkan kerja sebagai pegawai kerajaan...kerja aku sekarang ni lah...walaupun kontrak aku tetap cukup makan pakai...siap boleh bagi mak ayah duit dan pergi bercuti merata tempat lagi...aku rasa memang diri aku cukup beruntung sebab semua tu datang dengan agak mudah...bila dilihat ada sesetengah rakan-rakan yang terpaksa menganggur sebelum ditawarkan bekerja, aku memang rasa diri ni bertuah...tamat belajar aku tak pernah lagi mintak duit mak ayah aku untuk keperluan diri...majlis kawin aku dulu pun atas usaha dan gaji aku sendiri...disamping duit hantaran dari hubby aku...

so apa yang orang kata aku jarang ambil pusing...just kesian kat mak aku...dia yang kena dengar selalu...sekali-sekala mungkin boleh biar gitu jer...tapi kalau dah selalu memang panas telinga jugak...orang tua...mereka lagi sensitif...apa pun aku dah cuba untuk jadi anak yang terbaik...isteri yang solehah...

kebetulan lepas aku cakap dengan mak aku, mak mertua aku pula call...hubby yang angkat...bila aku khabarkan berita ni dia pun suruh aku pergi...lagi menjamin katanya...sebab jawatan tetap...aku memang bersetuju dengan pendapat tu...sekarang ni tengah fikir macam mana la nak kena pindah lagi...kuarters ni aku nak tukar nama pada adik aku jer...mujur adik pun kerja kat sini...dia memang aku anggap lagi bertuah...belajar tanpa hutang...dapat kerja tetap terus...angah memang da confirm jawatan...alhamdulillah, kami adik beradik tak pernah menyusahkan mak ayah selepas tamat belajar...mampu tampung diri sendiri dan bantu mak ayah apa yang patut...moga-moga dua orang lagi adik aku berjaya untuk ikut jejak langkah kami abang dan kakaknya...cukup sekiranya mereka tak menyusahkan orang tua, malah boleh membantu lagi...

footnote: risau tengok budak-budak zaman sekarang yang terlampau advance...belajar advance electronic pun tak advance camtu....huhu...

p/s: congrats to zana & arif yang bakal mendirikan rumah tanggan awal bulan depan, semoga bahagia hendaknya...congrats gak buat ira & wan yang bakal dapat baby bulan 8 nanti...untuk nani + tunangnya (tak sempat kenal lagi) congrats atas pertunangan anda...ayie + awie, semoga korang hidup rukun dan aman damai...yani + paan, cepat-cepat la korang kawin, kawan-kawan dah tak sabar nak tengok korang bersanding....nore & dot3, kami masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang bakal memiliki kamu, hehe...buat kawan-kawan yang lain, yang bakal dan telah bertunang atau berkahwin congrats diucapkan...pada yang still single lagi, jangan risau, korang sume memang dah ditetapkan jodohnya, cuma tak jumpa lagi je...hehe

1 comments:

elia berkata...

yep..syukur alhamdulillah..;D

Catat Ulasan