Ahad, 21 Disember 2014
Fluffy mail from US
Ahad, 7 Disember 2014
Cerita semalam
Jumaat, 5 Disember 2014
Cuti-cuti hujung tahun
Pagi tadi mak, ayah dengan adik sampai dari chaah...bercuti seminggu kat jitra...kebetulan angah balik kelantan...lepas ambil mereka kat stesen bas Alor Setar, terus balik rumah masak breakfast...tak boleh menyinggah sebab aku ada kelas kss pukul 9 pagi...siap masak dan makan terus pergi kelas...
Balik tengah hari tengok masing-masing lepak kepenatan...masak untuk lunch pula...lepas makan bawa mereka pergi Kuala Kedah...jalan-jalan kat kawasan muzium kota Kuala Kedah...subhanallah...cantik sangat pemandangan...aku pun baru first time masuk...seronok la gak...puas berjalan ingat nak singgah aeon big opening...sekali jem tak ada parking...terus balik la...fuh full day...plan besok nak pergi Wang Kelian lak...
Selasa, 2 Disember 2014
Ejen penyebar fitnah
Seringkali kita baca kat fb berkaitan dengan isu-isu hangat yang di'share'kan di 'wall' rakan-rakan...kadang-kadang berkaitan agama, isu politik, bola, artis dan macam-macam lagi...tak kurang juga yang berniaga dan mengeluarkan testimoni-testimoni pengguna terdahulu...dalam ada yang berguna ada juga yang mendatangkan keburukan...terutamanya berita atau isu yang belum tentu kesahihannya...kalau kita 'share' secara tak langsung kita menyebar berita palsu atau fitnah...jadi ejen fitnah dab sama-sama 'share' dosa...
Nampak macam remeh kan...tapi fikir-fikirkan lah...jangan nanti kat 'sana' kita dipersoalkan dengan benda yang kita tak sedar kita dah buat salah...kena merangkak nak minta maaf dari orang yang kita fitnah secara tak sengaja...kalau zaman mak-mak, nenek-nenek kita dulu orang menyampaikan cerita dari mulut ke mulut tapi sekarang dihujung jari je...tak sampai 5 minit sesuatu cerita tu satu Malaysia boleh tau...jadi berhati-hati lah sebelum 'share' apa sahaja yang kita baca...daripada kita 'share' cerita yang belum tentu kesahihannya kan lebih elok adainya kita 'share' ilmu yang berguna yang kita baca...dan jangan lupa pastikan apa yang kita 'share' tu betul-betul sahih...sama-sama lah kita ingat mengingatkan sesama kita...
Nota kaki: kalau dulu perumpamaan yang digunakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'...mungkin kena tukar dah sekarang ni 'kerana tekan 'share' manusia binasa'...
Sabtu, 29 November 2014
Baby wearing
Jumaat, 21 November 2014
5th Anniversary
Diam tak diam dah 5 tahun berlalu...terasa cepat je masa...anak pun dah dua...macam-macam dah berlaku dalam tempoh 5 tahun ni...terkenang kembali suka duka perjalanan perkahwinan kami...bermula menyewa rumah flat di klang...dengan parking yang sempit dan terhad...itu je yang termampu masa tu...aku hanya bekerja sebagai RA kat UiTM...bila dapat tawaran bekerja dari SPA terus aku terima lepas puas berkira-kira...walaupun kontrak je masa tu...bila berulang klang ke putrajaya jadi kos yang mahal kami pun pindah ke seri kembangan...masa tu sewa pun dah agak mahal...tapi jika dikira kos perjalanan dari klang ke putrajaya hari-hari sewa kat seri kembangan lagi jimat...sementara tu mohon untuk duduk kuarters...sambil tangan ni rajin la mohon kerja tetap...tak sampai setahun dapat kuarters...selesa sangat sebab luas rumahnya..cuma tak ada tanah...rumah atas rumah...lagi dekat dengan tempat kerja..sebulan lepas tu dapat tawaran kerja tetap lak kat kedah...jauh yang amat...tapi mengenangkan peluang yang datang belum tentu datang lagi aku terima...terpaksa berjauhan lebih kurang 5 bulan sebelum my bie ikut pindah tempat kerja...maka kat sini lah kami sampai sekarang...jauh diperantauan...3tahun 9bulan lebih kurang...
Tawa tangis semuanya ada...2 permata hati hadir bila kami kat bumi jelapang padi ni...sungguh rezeki kami murah di sini...datang dari jauh jumpa ramai insan yang berhati mulia...bagi duduk rumah tanpa perlu bayar apa-apa sehingga dapat rumah sewa...Alhamdulillah dipermudahkan semuanya...dari merangkak kami belajar bertatih...kini kami cuba untuk berlari...siapa sangka aku yang dulu teringin berjalan ke negeri orang kini puas menjelajah satu semenanjung...johor kedah...terengganu kedah...dah jadi asam garam hidup kami...
Syukur ikatan ini masih lagi dipelihara..masih lagi terasa manisnya...walaupun kadang kala rasa masin dan masam menjelma...sungguh itu yang jadi rencah kehidupan yang bermakna...ada naik dan turun...ada panas dan sejuk...ada angin dan taufan...ada hujan dan terik mentari...semua tu lumrah asalkan kita tau macam mana nak hadapi semuanya...jangan cepat melatah jangan mudah buruk sangka...curiga dan was-was hanya permainan si tanduk dua...
Terima kasih sayang atas semua pengorbanan dan perhatian yang diberikan selama ni...fasa pertama kita dah berlalu...sama-sama kita mengorak langkah ke fasa yang seterusnya...susah ke senang ke kita hadap sama-sama...cantik ke buruk ke pemandangan dihadapan kita hayati sama-sama...sukar ke mudah ke jalan yang seterusnya kita tetap pimpin tangan terus melangkah...jika perlu berpatah balik...kita patah balik sama-sama...cari lorong yang lebih indah dipenghujungnya...sayang...cinta...rindu...kita adun jadi santapan harian kita...putera puteri kita ni sama-sama kita kendong supaya tak sesat ditengah jalan...bila remaja mereka kita pimpin pula tangan supaya mereka tak tersasar dari landasan...sekali sekala kita biar mereka bebas berterbangan seperti layang-layang yang boleh kita kawal tinggi rendahnya...
Akhir kata selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke5 sayang...semoga ikatan ni berkekalan hingga ke syurga...
Nota kaki: hadiah tak ada tahun ni...masak nasi arab je la...favorite my bie...pagi tadi pergi dating merempit ke nat...beli barang basah...sambil manja-manja atas motor...haha...


