2 minggu lepas kami balik Kuala Terengganu...rutin bulanan...tapi balik kali ni dengan misi yang agak penting...selain dari menghadiri jemputan kawen adik kawan my bie kat kemaman, kami rancang untuk menambah aset kami yang seterusnya...kira macam 'long term planning' la kan...hehe...lama dah berkira-kira ni...cadangan untuk mencapai sasaran satu anak satu rumah...KPI kewangan kami...haha...
Rumah 1st pun dah selamat disewakan...jadi nak teruskan ke KPI yang seterusnya la ni...'target area' dah ada...tinggal sediakan fulus je...lepas makan kasi kenyang perut kami pun bergerak ke pejabat syarikat tersebut...sebelum datang dah 'deal' siap-siap dengan pegawai diorang untuk maklumkan tujuan kami dan bertanya sedikit sebanyak maklumat...kira datang dengan ilmu didada la ni..hahaha...lepas bincang, tengok peta, pilih nombor dan bertanya lebih lanjut proses seterusnya, kami pun bayar la duit 'booking'...Alhamdulillah dan semoga dipermudahkan urusan seterusnya...untuk makluman, rumah tu dah siap sepenuhnya dan dah ada penyewa pun...pemaju dah siap ubahsuai dan tambah beberapa kelengkapan asas kat rumah tu...kira masuk cuci kaki je la...lokasi yang sama dengan rumah pertama dan bersebelahan lorong...menghadap taman permainan yang sama...rumah pertama kami namakan rumah Naomi...dan yang kedua ni rumah Muaz...dekat je pun kedua-dua rumah ni...
Nota kaki: Rupanya dah lama aku tak 'update' blog ni kan...anak baru dua da sibuk mengalahkan menteri...
0 comments:
Catat Ulasan