BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Isnin, 20 Februari 2012

Kisah suami isteri...


Tajuk cam nak gempak je kan...haha...peringatan entry ni tak ada kaitan dengan unsur-unsur 18SX ke 18SG ke 18PL ke...umum dan boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat ok...

hari Jumaat baru ni aku dengan my bie pergi jalan-jalan ke Penang...pe

Pergi Seberang Perai je...tak pergi pulau pun...malas takut je...siap makan kat Seoul Garden lagi...tapi yang tu kena cerita dalam post Cerita Hujung Minggu la...yang ni nak cerita pasal benda lain...hehe...masa on the way balik Jitra tu tetiba je tercerita pasal pengalaman my bie yang pernah kerja kat Mc D masa lepas dia abis belajar dulu...pastu tanya la dia resepi rahsia bubur Mc D...suka sangat la dengan rasa bubur ayam kat Mc D tu...try buat sendiri tak pernah jadi yang sama rasanya...

dia pun bagitau lah senang je nak buat bubur tu...bahan-bahan pun simple je...beras, halia, ayam dengan pati ayam pekat maggi...aku tanya balik...tu je ke?...dia kata tu je la...cara-cara basuh beras, masukkan dalam periuk buh air, halia dengan pati ayam pekat maggi...ayam rebus kejap sampai masak dalam periuk lain (daging yang dah potong kecik-kecik je tau...tulang tak mau)...pastu bila bubur dah masak dan nak hidang baru la letak ayam yang dah rebus tu...nak hias dengan segala daun sup ke bawang ke ikut suka...

memang la tersangat senang resepi dia...tapi stok ayam pekat maggi tu camne rupanya...cam kiub ke?...aku lak tanya balik...dia kata tak la dalam botol..macam botol sos tapi pendek sikit la...dulu-dulu penah keluar iklan...aku kata confirm la tak ingat dah...haha...so malam tu dengan gigihnya aku pun meng'google' la...da ini la hasilnya...

Adds flavor to your dishes for even more tasty meal. From all in one seasoning to flavored stocks, MAGGI®will address your flavor needs. Available in the form of granules, cubes and liquid. Make your choices now!

Liquid Stocks
MAGGI® Chicken Concentrated Stock
* Suitable for stir-fry dishes and also excellent to make delicious Chicken Rice

Recommended Retail Price :

MAGGI® Tumisan Ayam Madu
RM3.00 / unit (West M'sia).
RM3.10 /unit (East M'sia).

-------------------------------------------------------------------------------------------------
kredit to...MAGGI

so bila dah tau resepi tu apa lagi...rasa berkobar-kobar la nak try buat kan...petang sabtu tu gigih la pergi ke YAWATA nak cari gak stok ayam pekat tu...kebetulan nak beli roti burger sekali sebab nak buat burger untuk dinner malam tu...cari punya cari tak jumpa lak...ade yang kiub je...waaa...pulang dengan perasaan hampa je...pastu semalam lepas balik kerja ajak my bie pergi C-Mart lak...nak gak cari stok ayam pekat maggi tu...tak ada gak...cakap kat my bie kena tunggu next weekend lah baru dapat cari nampaknya...sekali dia boleh suggest pergi cari kat TESCO Mergong lak...terharu rasa...padahal my bie nampak letih dah time tu...bersungguh betul dia temankan isteri dia ni pergi cari stok ayam tu...thanks sayang...

alhamdulillah akhirnya bertemu juga dengan apa yang dicari...yes boleh la masak bubur ayam tu malam ni...sukanya...harap-harap menjadi sama la macam kat McD tu...hehe...kalau dah sampai TESCO ni macam-macam benda lain la nak kena belek...last-last capai gak 3 bungkus roti clearence stok...separuh harga...total semua belian hari tu rm10.10...kebetulan minggu lepas beli barang dapat baucer rm30...so gunakan je lah segala kemudahan yang ada...kena tambah seposen je...hehe...save betul...

masa turun nak ke parking kereta my bie kata haus lak...sempat la minum cendol semangkuk kongsi dua orang kat foodcourt TESCO tu...amacam romantik tak kitorang ni?...wahaha...

nota kaki: kadang-kadang bila my bie bersungguh-sungguh nak penuhi permintaan aku rasa terharunya...walaupun hidup kami ni tak semewah mana, pakaian pun tak branded, makan pun kat warung tepi jalan, tapi bila sekali-sekala dia bersungguh nak penuhi apa yang aku nak rasanya tak tau dah nak kata apa...memang rasa bertuah sangat ada my bie macam tu...biarlah dia tak romantik macam aaron aziz dalam cerita nora elena tu tapi he is my world...sayang my bie ketat-ketat...muuuaaaahhh...


Khamis, 16 Februari 2012

Koleksi Buku #2 (Rimba Harapan)


kali ni aku nak cerita pasal buku cerita Rimba Harapan lak...penulis buku ni menggunakan nama pena Keris Mas atau nama sebenar beliau Kamaludin Muhammad...buku cerita ni merupakan novel sastera melayu kedua aku baca selepas novel Seorang Tua di Kaki Gunung...ceritanya sangat menarik dimana penulis membangkitkan isu berkenaan keadaan sosio ekonomi masyarakat melayu di ambang sebelum kemerdekaan sekitar tahun 30an dan 40an...kisah berlatar belakangkan kawasan sekitar Betong dan Janda Baik, Pahang berkisarkan cara hidup masyarakat melayu pada masa itu yang dihimpit kesusahan selepas kampung mereka dilanda banjir besar dan dijajah inggeris....

novel Rimba Harapan garapan SN Keris Mas

kisah bermula bila mana watak utama terpaksa membuat pilihan sama ada mempertahankan tanah warisan keluarganya atau berpindah masuk ke hutan untuk membuka kampung baru...semua itu disebabkan bencana alam yang berlaku yang telah memusnahkan tanah sawah orang kampung serta dasar penjajah inggeris yang mahukan tanah kampung mereka untuk ditanam getah dan dijadikan lombong bijih...disebabkan pengaruh dan kuasa inggeris pada masa itu, orang melayu terpaksa berpindah ke hutan belantara untuk membuka kawasan baru...

kesedihan dan kesukaran hidup pada masa itu membuatkan aku rasa bertuah kerana lahir selepas era kemerdekaan...kesukaran hidup juga digambarkan melalui penyekatan anak perempuan daripada mendapat pendidikan asas dari sekolah-sekolah melayu yang telah wujud pada masa itu...betapa tertekannya seorang anak bila mana ayahnya memaksa dia untuk tidak ke sekolah untuk membantu membuka kawasan baru...aku rasa cukup tersentuh sekali disebabkan perbezaan jantina para anak gadis tidak dapat menimba ilmu tak seperti aku...

pemulaan hidup baru di kawasan baru juga tidak semudah seperti disangka...tepaksa menebang pokok-pokok hutan dan membersihkan kawasan...tak kurang juga musuh semulajadi seperti babi, harimau, gajah dll...semua cabaran terpaksa ditempuh untuk menjadikan sebuah kampung...tapak rumah perlu disediakan dahulu sebelum mula membuka tanah sawah dan dusun...serangan haiwan liar semasa padi dan buah-buahan mula membesar menyukarkan lagi kehidupan mereka pada masa itu...namun dengan semangat yang kental akhirnya sebuah kampung dapat dibina...tanaman padi dan buah-buahan semakin menjadi...

pembaca akan dapat melihat bagaimana perubahan hidup masyarakat melayu yang terpaksa ke hutan membuka kampung dan masyarakat cina kekal di pekan...semua itu disebabkan dasar pecah dan perintah penjajah inggeris...pembaca juga akan dapat mengenali amalan dan kepercayaan orang melayu pada masa itu seperti dukun dan pawang yang amat berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka...

novel ini banyak memberikan aku sumber inspirasi untuk berjaya dalam pelajaran...masa aku baca novel ni aku masih lagi di bangku sekolah...kalau tak silap tingkatan 2...peluang untuk seorang anak perempuan belajar tinggi pada zaman 30an dan 40an tidak sama sekali dengan peluang pada zaman aku...memang tak akan aku sia-siakan...

nota kaki: kan bagus kalau semangat orang melayu pada masa kini sama seperti semangat orang melayu dalam novel Rimba Harapan ni...aku boleh bagi 5 bintang untuk novel ni dari 5 bintang yang ada...sangat best...;)


Isnin, 13 Februari 2012

no idea...

sebenarnya bukan tak ada idea tapi malas nak mengayat daa...adeh...camne la orang lain boleh update blog tetiap hari ek?...aku ni bukan sebab tak sempat je kadang-kadang ada masa tapi malas nak ngayat...huhu...saje je nak bagi ada post untuk bulan februari ni...boleh?...haha


nota kaki: kimi jr. dah makin aktif menendang...kadang-kadang terkejut aku tengah baring-baring...dia cukup marah kalau aku duduk menunduk sikit...mula la mengeliat-liat dalam tu...sempit gaknya...naik geli perut aku dibuatnya...;)

Khamis, 26 Januari 2012

Kimi Jr.

minggu depan 30hb kimi jr. ni genap 5bulan dah dalam perut...tetiba je hari ni free sikit teringin nak buat entry pasal our 1st baby...tak sabar nak tunggu dia keluar...hujung minggu baru ni kami dah start dah beli barang baby sikit-sikit...beli pakaian dia je...bukan sebab tak sabar, tapi sebab nak bajet...kalau tak beli dari sekarang mana nak cekau duit beli barang di saat-saat akhir karang...risau time tu dah tak larat nak berjalan menyoping apa yang patut je...bulan depan balik johor nak usha barang-barang besar lak...hehe...

sejak 2 minggu kebelakangan ni aku dah start rasa dah baby bergerak menguit-guit dalam perut ni...hehe...kadang-kadang geli gak...my bie naik jeles sebab dia tak dapat rasa pun bila pegang...haha...tunggu dia besar sikit lagi ya bie...time tu tengok pun bleh nampak...malam-malam makin susah nak tidur...badan penat, mata ngantuk tapi rasa tak selesa nak tidur...kena amik masa dekat sejam kadang-kadang tu...pastu kerap sangat la terjaga...macam mana ek nak bagi tidur lena?...bukan pe pagi-pagi bangun rasa lesu je sebab tak cukup tidur...huhu

minggu depan hari selasa nak kena jumpa doc dah...nak scan...harap-harap dapat la tau gander dia kan...hari tu beli baju kaler putih je sebab tak tau baby pe lagi...tak kesahlah laki ke perempuan...yang penting sihat walafiat, cukup sifat...jadi penyeri rumahtangga kami ni yang dah 2 tahun berdua je...time pilih-pilih baju tu rasa macam tak caye je...1st time membeli barang-barang baby ni...dua-dua tak tau mana yang patut dibeli...sampai tersilap amik diaper lagi...sekali balik rumah tengok label bukan yang untuk newborn la pulak...masa pilih tu rasa dah tengok betul-betul dah...haha...kena beli lagi 1 la untuk yang newborn nampaknya...keh3...

awal preggy dulu aku tak ada alahan sangat...setakat tak ada selera makan je la...muntah-muntah, penin kepala semua tu alhamdulillah aku tak rasa...bagus baby ni tau father dia keje jauh...mother dia duduk sorang-sorang...tak banyak ragam...sekarang ni selera makan dah normal balik dah...asyik nak mengunyah je...sampai berat pun terlebih naik dah...tak pasal-pasal kena pergi klinik tetiap minggu check urine, blood presure dengan berat...takut kena sawan...huhu...minggu depan last check up mingguan tu...harap-harap tak ada apa-apa la kan...tak larat la nak kena pergi klinik je...mujur hari ahad kelas start pukul10...sempat gak pergi check up pagi...

erm...rasa tak tau dah nak tulis pe...hanya nak share pengalaman je...yela kan tunggu lama dah...hehe...

nota kaki: doa aku untuk kawan-kawan yang masih lagi menunggu semoga kalian tetap sabar disamping usaha dan tawakal...janji Allah kalau dah rezeki kita tak kan ke mana...jangan putus asa ya kawan-kawan...

Khamis, 12 Januari 2012

SBPA tangguh lak...rasionalnya?

tadi masa tengok berita kat tv3 pukul 8 malam, berita utama yang diperkatakan adalah pasal SBPA ditangguhkan sementara waktu untuk semakan semula dan perbincangan lebih lanjut berikutan ketidakpuasan hati para penjawat awam...dah la 2 hari lepas umum gaji bulan januari yang sepatutnya diterima 16 januari ni masih lagi guna SSM, baki akan dapat 31 januari...tapi bila dapat tau SBPA ditangguhkan ni, agaknya la kan bila lah nak merasa gaji baru tu kan...baru je nak berangan-angan merasa gaji baru hujung bulan ni...lepas dapat berita ni tak tau lah bila nak merasa gaji baru tu...huhu...

kalau ikutkan memang banyak suara-suara bisikan penjawat awam yang kebanyakkannya tak puas hati dengan kadar kenaikan yang diberikan...lebih-lebih lagi staf sokongan...kenaikan tak sampai 7-13 peratus pun...kalau ikutkan gaji aku pun kenaikan dia tak sampai 7 peratus...tapi disebabkan suara yang terlalu kecik, tak ada siapa yang nak dengar...terpaksa terima dengan hati yang cuba dilapangkan (tak mau merungut dah...nak jadi insan yang bersyukur sentiasa)...ye la kan...orang kecik je...orang besar bukan nak dengar pun...tapi bila tau macam ni ok gak la kan...harap-harap lepas disemak dan dibincang semula struktur gaji SBPA tu akan berubah seperti yang diharapkan...sebenarnya ramai tak puas hati pasal gaji je sebenarnya...ngeee...dengan kos sara hidup yang makin meningkat memang seharusnya la orang tak puas hati kan...termasuk aku...haha

rasionalnya bila aku fikirkan dari sudut yang lebih positif mana-mana pun aku terima je...dah namanya pun makan gaji...kita buat kerja, orang bayar gaji...yang penting cuba bekerja seikhlas yang mungkin semata-mata kerana Allah...sucikan hati, bersihkan diri...semoga rezeki yang aku terima ni diberkati...tak nak la bising-bising sangat kan pasal benda ni...rezeki dari Allah bukan dari PM atau kerajaan yang memerintah...diorang tu hanya medium penghantaran je...kalau dah janji DIA banyak ni rezeki kita cuba ikhlaskan hati terima dengan hati yang terbuka...insya'Allah pasti akan cukup semuanya...aku tak nak lah guna pepatah "sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup" kan...so nak tukar sikit pepatah aku ni..."sedangkan tukang sapu pun mampu sara anak bini, apatah lagi kita yang ada kerja tetap gaji masuk bulan-bulan"...hidup ni yang tentukan Dia...kita hanya usaha je...kalau dah rezeki kita tak kemana...

nota kaki: aku selalu guna pepatah aku tu kalau rasa macam nak merungut pasal duit...peringatan untuk diri sendiri gak...bersangka baiklah dalam hidup...semoga kita semua dirahmati Allah...amin...

Rabu, 11 Januari 2012

Rilex Jap...

hari ni dari pagi masuk kerja pukul 8 sampai la sekarang ni baru la aku stop buat kerja...tadi nak makan pun sambil buat kerja gak...wahaha...ni semua sebab nak ada pemantauan minggu depan...so kerja-kerja pun bertambahlah...dari yang tak ada kena jadi bagi ada...ye tak?

stress gak dari pagi ngadap laptop ni...mata aku lagi la stress...harap-harap jangan sakit kepala dah...aku menulis kat blog ni pun saja je sebab dah lama tak bagi entry baru kan...keh3...disebabkab kekangan masa dan kerja la katakan...ni pun sebab dah siap 1 task aku take 10 la jap tulis blog...bagi hilang stress...petang karang ada lab session lak...tak sempat nak menulis karang sebab nak buat persediaan untuk petang nanti...

aku sebenarnya banyak benda nak cerita...cerita hujung minggu aku tu dah berminggu-minggu tak update...padahal puas dah berjalan dihujung minggu...gambar pergi Penang hari tu pun tak sempat lagi nak post...tahun ni plan nak lagi rajin menulis...tapi tak tau la sempat ke tak...sekarang dah 4 bulan lebih kimi jr ni...tak sampai 5 bulan lagi je nak keluar dah...mesti lagi sebuk kan...harap-harap mampu la aku nak buat semuanya...hehe...

nota kaki: bila la aku nak dapat pindah duduk serumah dengan my bie gaknya...dah ada baby karang mampu ke aku nak jaga sorang-sorang?...hurm...pray for me please...

Isnin, 19 Disember 2011

Koleksi Buku #1 (Siri The Famous Five)

macam aku pernah post sebelum ni, aku akan review buku-buku cerita yang pernah aku baca...dari mula sekolah rendah dan aku mula kenal fungsi perpustakaan sampai la sekarang ni...ok mula ikut turutan la ya...tapi buku cerita zaman kanak-kanak macam si luncai, pak pandir, mahsuri etc tu tak perlu la aku review kan...macam kanak-kanak sangat lah pulak...haha...

buku cerita yang mula-mula aku minat sangat nak baca ialah siri The Famous Five...tapi aku baca versi bahasa melayu la kan...dalam siri bahasa melayu nama buku ni siri Lima Sekawan...penulis buku ni ialah Enid Blyton...buku ni ada 21 siri...so memang tiap-tiap minggu aku pergi perpustakaan untuk pinjam buku yang berbeza sirinya lah...nak bagi complete abis 21 siri tu...masa tu aku dalam darjah 3...belum abis darjah 3 dah abis dah aku baca semua siri...

buku cerita ni mengisahkan 4 orang sahabat baik yang merupakan 3 orang adik beradik dan seorang sepupu diorang yang sentiasa terlibat dengan pelbagai kisah misteri setiap kali cuti sekolah...yang membuatkan mereka ni bergelar 5 sekawan sebab sepupu 3 beradik ni ada bela seekor anjing yang jadi peneman setia diorang setiap kali mengembara dan menyelesaikan misteri yang mereka hadapi...maka bermula dari saat tu laah aku jadi amat berminat dengan buku cerita bercorak penyiasatan dan misteri ni...sampai cita-cita pun nak jadi polis sebab nak siasat kes-kes jenayah...haha...

berikut adalah senarai buku cerita dalam The Famous Five series:


so pada siapa-siapa yang berminat nak baca buku ni aku ada version english dalam bentuk e-book...kalau berminat boleh pm aku...nanti aku bagi...kata orang sharing is caring kan...sama-sama kongsi...

nota kaki: lepas abis siri ni aku beralih ke siri Nancy Drew dan Hardy Boys...memang layan la buku cerita macam ni...hehe