kali ni aku nak cerita pasal buku cerita Rimba Harapan lak...penulis buku ni menggunakan nama pena Keris Mas atau nama sebenar beliau Kamaludin Muhammad...buku cerita ni merupakan novel sastera melayu kedua aku baca selepas novel Seorang Tua di Kaki Gunung...ceritanya sangat menarik dimana penulis membangkitkan isu berkenaan keadaan sosio ekonomi masyarakat melayu di ambang sebelum kemerdekaan sekitar tahun 30an dan 40an...kisah berlatar belakangkan kawasan sekitar Betong dan Janda Baik, Pahang berkisarkan cara hidup masyarakat melayu pada masa itu yang dihimpit kesusahan selepas kampung mereka dilanda banjir besar dan dijajah inggeris....
novel Rimba Harapan garapan SN Keris Mas
kisah bermula bila mana watak utama terpaksa membuat pilihan sama ada mempertahankan tanah warisan keluarganya atau berpindah masuk ke hutan untuk membuka kampung baru...semua itu disebabkan bencana alam yang berlaku yang telah memusnahkan tanah sawah orang kampung serta dasar penjajah inggeris yang mahukan tanah kampung mereka untuk ditanam getah dan dijadikan lombong bijih...disebabkan pengaruh dan kuasa inggeris pada masa itu, orang melayu terpaksa berpindah ke hutan belantara untuk membuka kawasan baru...
kesedihan dan kesukaran hidup pada masa itu membuatkan aku rasa bertuah kerana lahir selepas era kemerdekaan...kesukaran hidup juga digambarkan melalui penyekatan anak perempuan daripada mendapat pendidikan asas dari sekolah-sekolah melayu yang telah wujud pada masa itu...betapa tertekannya seorang anak bila mana ayahnya memaksa dia untuk tidak ke sekolah untuk membantu membuka kawasan baru...aku rasa cukup tersentuh sekali disebabkan perbezaan jantina para anak gadis tidak dapat menimba ilmu tak seperti aku...
pemulaan hidup baru di kawasan baru juga tidak semudah seperti disangka...tepaksa menebang pokok-pokok hutan dan membersihkan kawasan...tak kurang juga musuh semulajadi seperti babi, harimau, gajah dll...semua cabaran terpaksa ditempuh untuk menjadikan sebuah kampung...tapak rumah perlu disediakan dahulu sebelum mula membuka tanah sawah dan dusun...serangan haiwan liar semasa padi dan buah-buahan mula membesar menyukarkan lagi kehidupan mereka pada masa itu...namun dengan semangat yang kental akhirnya sebuah kampung dapat dibina...tanaman padi dan buah-buahan semakin menjadi...
pembaca akan dapat melihat bagaimana perubahan hidup masyarakat melayu yang terpaksa ke hutan membuka kampung dan masyarakat cina kekal di pekan...semua itu disebabkan dasar pecah dan perintah penjajah inggeris...pembaca juga akan dapat mengenali amalan dan kepercayaan orang melayu pada masa itu seperti dukun dan pawang yang amat berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka...
novel ini banyak memberikan aku sumber inspirasi untuk berjaya dalam pelajaran...masa aku baca novel ni aku masih lagi di bangku sekolah...kalau tak silap tingkatan 2...peluang untuk seorang anak perempuan belajar tinggi pada zaman 30an dan 40an tidak sama sekali dengan peluang pada zaman aku...memang tak akan aku sia-siakan...
nota kaki: kan bagus kalau semangat orang melayu pada masa kini sama seperti semangat orang melayu dalam novel Rimba Harapan ni...aku boleh bagi 5 bintang untuk novel ni dari 5 bintang yang ada...sangat best...;)
0 comments:
Catat Ulasan