BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Rabu, 9 Mac 2011

Aku dipersimpangan


The Road Not Taken


TWO roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;


Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I—

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.


-Robert Frost-


Sajak yang pernah aku belajar dan kaji time form 5 dulu...huhu...sungguh ku tak sangka sajak ni memang betul-betul ada makna yang sangat mendalam....doa aku semoga aku dapat buat pilihan yang paling baik dalam hidup ni...antara jalan yang berliku atau jalan yang lurus tak berhalang...pro dan kontra tetap ada...Oh tuhan bantulah hambamu ini...

Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

susah betulkan nak bagi sentiasa ada masa nak tulis blog ni...kalau ada masa lak idea yang tak der...parah-parah...

hari ni cuti umum sempena sambutan maulidur rasul...selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.w.t...kebetulan tahun ni sama tarikh lak dengan besday adik aku...cian dia dok tanya nape time besday dia mesti semua orang x sambut ramai-ramai cam besday ayah ke emak ke...hehe...terasa terlalu mengutamakan kerja lak kadang-kadang...tapi pe pun hepi besday adik...walaupun dia sendiri tak baca blog ni...ada untung ruginya gak jadi anak bongsu ni...untung sebab boleh manja-manja minta macam macam tanpa orang nak banyak soal...tapi rugi sebab mostly adik beradik yang lain da besar-besar dah kerja dan x tinggal sebumbung...time aku dulu tetiap hari bertekak walaupun adik beradik tak ramai mana...bila besday jer sambut la dengan makan kek ramai-ramai...time adik aku kena la tunggu abang n kakak dia cuti untuk balik kampung sambut besday dia...jadi belated besday dah kan...huhu...


mukadimah dah panjang berjela...lama dah tak menulis pasal diri sendiri...nak jadi cerita yang agak gembira ni malam minggu baru-baru ni time aku tengah lepak-lepak depan tv dengan hubby aku sambil menonton cerita NCIS sesion 8 yang dah jadi kegilaan aku untuk follow, tetiba handfone aku berbunyi tanda sms masuk...aku yang tengah khusuk layan tv ni agak malas la nak tengok sms tu..biar jap la..tunggu iklan...bila iklan je aku pun capai hp aku tu...scroll down...tengok nama budak yang sekali interview dengan aku kat spp dulu (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)...aku pun dah terlupa nama dia...tak sangka dia ingat lagi kat aku...mujur kat tepi nama dia aku ada note sikit...kalau tak buat segan je nak tanya dia tu sape...

sms tu hanya memaklumkan keputusan interview spp dah keluar semalam (jumaat)...sambil bertanya keputusan aku....aku dengan pantas on laptop aku terus dengan tak sabarnya nak check jugak...lembab lak aku rasa microprocessor laptop aku nak start up desktop...macam laptop zaman tok kaduk...(ces macam time tu laptop da ada jer)...bila da on nak kena tunggu detect wireless internet lak...memang detik yang cukup mendebarkan..macam nak check result final exam jer...lama dah tak lalui perasaan macam tu selepas aku dengan berjayanya menamatkan zaman universiti...

double click pada icon mozilla firefox...then type google.com (sebab aku lupa add portal spp)...type spp pastu click search...berjela-jela keluar hasil carian...yang 1st dah tentu yang betul...click je terus terpampang portal spp...(tahniah kepada spp sebab portal dia amat pantas malam itu, macam tau-tau je dengan situasi aku yang tak menyabar ni)...time ni NCIS pun aku da tak sempat nak layan dah...
______________________________________________

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN
PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41 & DH29...
Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41/DH29 Bagi Bidang Reka Bentuk Dalaman, Fesyen dan Pakaian, Kejuruteraan Elektrik Kawalan dan Instrumentasi, Kejuruteraan Elektronik Komputer, Kejuruteraan Elektronik Perhubungan, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Ukur Tanah(Geomatik) serta Agama/Syariah/Dakwah dan Kepimpinan Temu Duga Pada 30 November 2010 hingga 17 Disember 2010 boleh disemak di sini mulai 11 Februari 2011. Calon juga akan menerima suratrasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya ini.
Semak Keputusan
__________________________________________________

aku pun dengan pantasnya click semak keputusan...
__________________________________________________
SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA
PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

Bilangan Pengguna Hari Ini : 388
Bilangan Pengguna Bulan Ini : 9622
__________________________________________________

Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 831211105482)

No. Kad Pengenalan :

HANTAR
__________________________________________________

aku taip la no IC aku...850xxx-xx-xxxx...pastu click hantar...

__________________________________________________

BERJAYA.
Tahniah. Anda berjaya di dalam urusan temu duga ini

Nama
No. Kad Pengenalan
Jawatan
Bidang Pengkhususan
Keputusan
NORSILAWATI BINTI JAMINAM
85xxxxxxxxxx
DH41
KEJURUTERAAN ELEKTRIK

BERJAYA
__________________________________________________

ooo...syukur alhamdulillah...tak sia-sia usaha aku jawab soalan cepu emas bagai masa interview tempohari...2 bulan dah berlalu dan dah terjawab segala persoalanku...memang tak disangka dan diduga...sebab soalan berupa teknikal memang aku tak jawab dengan sehabis baik...siap kata maaf saya tak ingat...al-maklumlah kerja sekarang ni tak ada kaitan langsung dengan kejuruteraan...

aku dengan pantas balas sms kawan tadi tu maklumkan berita gembira ni...tetiba aku teringat zana pun pergi gak interview ni...pantas tangan aku menaip sms untuk beritahu dan tanya keputusan dia lak...alhamdulillah..dia pun berjaya...rezeki bakal pengantin tur...lepas tu kompem la aku terus call kampung...bagitau mak aku lak...akhirnya aku berjaya juga menutup mulut-mulut orang yang selalu berkata aku ni kerja kontrak jer...cian mak aku...dok panas telinga jer dengar...tapi bagi aku selagi aku tak pernah memegang title pengangur sepenuh masa aku dah cukup puas hati...

ya...dengan ikhlas aku kata habis jer final exam aku terus sambung praktikal di sebuah kilang dekat pekan Chaah...belum sempat tamat tempoh praktikal aku dah ditawarkan kerja sebagai pegawai Kerajaan (walaupun kontrak)...tak lama lepas tu aku ditawarkan sambung belajar lak dengan biasiswa penuh dan elaun sara hidup...sedang dalam proses menyesuaikan diri untuk belajar semula, lagi sekali aku ditawarkan kerja sebagai pegawai kerajaan...kerja aku sekarang ni lah...walaupun kontrak aku tetap cukup makan pakai...siap boleh bagi mak ayah duit dan pergi bercuti merata tempat lagi...aku rasa memang diri aku cukup beruntung sebab semua tu datang dengan agak mudah...bila dilihat ada sesetengah rakan-rakan yang terpaksa menganggur sebelum ditawarkan bekerja, aku memang rasa diri ni bertuah...tamat belajar aku tak pernah lagi mintak duit mak ayah aku untuk keperluan diri...majlis kawin aku dulu pun atas usaha dan gaji aku sendiri...disamping duit hantaran dari hubby aku...

so apa yang orang kata aku jarang ambil pusing...just kesian kat mak aku...dia yang kena dengar selalu...sekali-sekala mungkin boleh biar gitu jer...tapi kalau dah selalu memang panas telinga jugak...orang tua...mereka lagi sensitif...apa pun aku dah cuba untuk jadi anak yang terbaik...isteri yang solehah...

kebetulan lepas aku cakap dengan mak aku, mak mertua aku pula call...hubby yang angkat...bila aku khabarkan berita ni dia pun suruh aku pergi...lagi menjamin katanya...sebab jawatan tetap...aku memang bersetuju dengan pendapat tu...sekarang ni tengah fikir macam mana la nak kena pindah lagi...kuarters ni aku nak tukar nama pada adik aku jer...mujur adik pun kerja kat sini...dia memang aku anggap lagi bertuah...belajar tanpa hutang...dapat kerja tetap terus...angah memang da confirm jawatan...alhamdulillah, kami adik beradik tak pernah menyusahkan mak ayah selepas tamat belajar...mampu tampung diri sendiri dan bantu mak ayah apa yang patut...moga-moga dua orang lagi adik aku berjaya untuk ikut jejak langkah kami abang dan kakaknya...cukup sekiranya mereka tak menyusahkan orang tua, malah boleh membantu lagi...

footnote: risau tengok budak-budak zaman sekarang yang terlampau advance...belajar advance electronic pun tak advance camtu....huhu...

p/s: congrats to zana & arif yang bakal mendirikan rumah tanggan awal bulan depan, semoga bahagia hendaknya...congrats gak buat ira & wan yang bakal dapat baby bulan 8 nanti...untuk nani + tunangnya (tak sempat kenal lagi) congrats atas pertunangan anda...ayie + awie, semoga korang hidup rukun dan aman damai...yani + paan, cepat-cepat la korang kawin, kawan-kawan dah tak sabar nak tengok korang bersanding....nore & dot3, kami masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang bakal memiliki kamu, hehe...buat kawan-kawan yang lain, yang bakal dan telah bertunang atau berkahwin congrats diucapkan...pada yang still single lagi, jangan risau, korang sume memang dah ditetapkan jodohnya, cuma tak jumpa lagi je...hehe

Selasa, 25 Januari 2011

Tanpa tajuk

Entry kali ni aku tak ada idea nak letak tajuk pe...tiba-tiba pagi ni rasa tergerak nak menulis...sebelum mula bekerja pada hari selasa yang indah ini...rasa agak letih pagi ni...semalam buat sit up sampai x boleh tido malam...hehe...kesihatan itu penting...tido pun penting gak kan...

Ok la..tujuan aku menulis pagi ni saja je nak berkongsi rasa...sekarang ni tiap-tiap malam asal buka tv untuk tengok berita je mesti pasal politik la, pemilihan la, isu sana sini, harga naik...kalau dengar pun naik sakit hati la..but the truth is the truth...apa yang jadi kat sekeliling kita ni semuanya ada hikmahnya...kadang-kadang apa yang jadi tu sebenarnya hasil daripada perbuatan kita sendiri...bak kata pepatah...apa yang kita buat sekarang ni mencerminkan masa hadapan kita...so fikir-fikirkan lah dengan masak sebelum mengambil apa jua tindakan...jangan hanya tau nak salahkan orang lain...semak dulu diri sendiri...

Ceh...bermuahasabah lak aku ni di pagi hari...tapi aku rasa ni la cara terbaik untuk memulakan hari dengan ceria...muhasabah dan cuba perbaiki diri...

Sebenarnya semalam aku agak stress...kalau ada member-member yang baca post aku kat fb memang tau la betapa seriusnya tahap stress aku tu...bila fikir-fikirkan balik stress tu sebab salah aku gak...ye...aku pun bermuahabah di pagi hari ni...azam tak kan buat lagi silap yang sama..dengar arahan dengan teliti dan buat seperti yang sepatutnya...bukan memandai-mandai...amanah yang dah diberi laksanakan dengan sebaiknya...hidup bukan untuk menongkat dunia...satu hari kita di atas...besok belum tentu kita tak akan jatuh tersungkur...

p/s: hidup bukan untuk selamanya...besok belum tentu kita boleh bernafas lagi...muhasabah dan bersyukurlah atas nikmat nyang diberi...jangan selalu merungut dengan musibah yang menimpa..(peringatan untuk diri sendiri)...

nota kaki - suka bila rasa hidup ni so simple but with the colorful of happiness...;-p

Rabu, 19 Januari 2011

Artikel pertama di tahun 2011

Fuh agak lama gak aku x update blog aku ni...azam tahun 2011 aku nak rajin-rajin update lah...hehe...hopefully aku ade kesempatan dan kemampuan untuk berbuat begitu...ofcoz la sebab semua yang kita buat hanya akan jadi dengan keizinan dari-NYA...Qunfayaqun (not sure betul x spelling aku ni...tolong ajarkan kalau silap wahai para ustaz dan ustazah sekalian diluar sana)...

So di tahun yang abru ni aku nak buka la ceritera baru (walaupun da agak terlewat)...hehe...tahun 2010 bayak tinggalkan kenangan pahit dan manis buat aku...tapi aku rasa yang manis tu banyak kot...yang pahit pun ade juga yang manis didalamnya...ye...kena lebih positif bila diri semakin dewasa (bukan tua ye...hehe)...bulan 12 2010...2 orang kawan sepengajian mendirikan masjid...alhamdulillah...maka menangis la setan-setan di seantero dunia...congrats to Najib & Shu serta Ayie & Awie...bukan yang kawen je yang dapat baby pun ramai gak...nak list semua banyak sangat...but congrats gak la buat June, Chal, Wanie dan lain-lain yang x aku sebutkan...semoga korang berbahagia membina kehidupan di masa akan datang...aku gak je yang still berdua lagi...huhu...x der rezeki lagi...

Awal tahun 2011 aku sambut dengan bercuti bersama hubby tersayang (actually sempena anniversary yang tertunda disebabkan kesibukan bekerja...2 in 1 la senang)...tempatnya dimana ya?...ofcoz la my feberet place...mengenang kembali saat2 manis berhoneymoon di sana...hehe...x tau la kenapa aku suka sangat pegi tempat-tempat sejuk ni...maybe sebab nak pegi obersea x cukup fulus then beralih arah ke tempat sendiri...Di Malaysia semua ada...Malaysia Truly Asia...buat promo lak...hehe

Aku pegi pun 3 hari 2 malam...memang sejuk sebab cuaca yang ala-ala mendung dan hujan sekali-sekala...syok wooo tido...kat atas tu macam biasa la aktivitinya...melawat tempat-tempat menarik dan sebagainya...duduk pun kat hotel yang sama masa aku honeymoon tahun lepas...memeng mengimbau kenangan lalu la kata orang...

to be continue....

Isnin, 18 Oktober 2010

berita terkini...

Agak lama gak kan aku x post kat blog aku ni...al-maklumlah kesibukan melanda...dengan program SIFE World Cup 2010 la...pastu kenduri kawen angah lagi..macam-macam la...pasal keje pasal family...so baru la ada kesempatan nak update cerita terkini aku...

Post sebelum ni aku ada bagitau aku dapat panggilan temuduga PLV...tapi dukacitanya aku x dapat...huh...ni confirm sebab aku da keje gov da sekarang ni...nak je aku jerit bagitau keje ni x der kaitan langsung ngan engineering...wat rugi je belaja 6 tahun engineering pastu satu hape pun x guna...x ke kira pembaziran untuk negara cam tu...x paham betul aku...sekurang-kurangnya aku sedar gov da bagi biasiswa aku belaja dulu...so nak la berkhidmat balik untuk gov... tapi pe guna kalo taja aku course lain bagi aku kerja xd kena mengena langsung...

x pela...x d rezeki lagi la tu nampaknya kan...tapi sekarang ni aku still usaha untuk dapatkan kerja yang berkaitan...tunggu la nanti mana tau ada rezeki kan...korang doakan la ye...ok...sekarang ni tutup citer pasal kerja...

baru-baru ni angah aku kawin...masa raya hari tur...16 September...so g la anta dia kat Kelantan...cuti-cuti sakan aku raya kali ni...raya ngan hubby lak tur...suker...;)

majlis sambut menantu lak masa 9 Oktober baru ni...penat gak la...hari tu aku jadi pengantin x der la penat sangat.. al maklumlah raja sehari...semua nak orang layan...kali ni aku lak jadi pelayan...hua3...meriah gak la majlis tur...ramai yang datang...cuaca pun cerah je sampai petang...syukur...

pastu jumaat lepas aku jadi penceramah untuk satu kursus...kat KL...mak ai...cam terer je kan nak bagi ceramah kat orang...1st time lak tu...cuak gak la...tapi aku suka sebab akhirnya berjaya gak aku laksanakan tanggungjawab aku sebagai pekerja kat sini...1 of my desk work la tu...alhamdullilah...x sangka betol...LOL...peserta semua senior-senior dari aku...senior dari segi umur dan pengalaman...aku ni baru je kerja x sampai setahun lagi...still in learning proses gitu...;)

Weekend baru ni lak aku g derma darah...kat Pusat Darah Negara...kali ni 2nd time g derma...so x der la taku sangat...tapi sebabkan nurse yang cucuk aku tu salah cucuk dah lebam da tangan aku...mujur belah kiri...kalo x ada x bleh nak wat keje...sakit wooo...sengal2 rasa tangan ni...sampai hari ni x ilang lagi lebamnya...huhu...tapi x pe la dugaan...at least aku x serik la nak derma lagi...tunggu lagi 3 bulan eh...aku g derma lagi...excited lak...hehe...

Erm rasa cam panjang la post aku kali ni...stop dulu la...nanti ada kesempatan aku post lagi...

Ahad, 12 September 2010

Pasal raya

Tajuk pun da pasal raya kan...so citer entry kali ni pun confirm la pasal raya gak kan....hehehe...raya kali ni tambah lagi la sorang ahli keluaga aku...ops...bukan aku ek...tapi angah aku...dia nak kawen da...hehehe...mesti sume bajet lain la tu..x der rezeki lagi la untuk aku sendiri tambah ahli keluarga lagi...wait n c je la...

so pagi raya tu lepas oarang solat raya kitorang wat la kenduri sikit untuk angah...yela nanti kalo x wat confirm pas tu x der orang da nak datang...da busy nak raya je...selasa ni da nak gerak g kelantan da...sambil tu wat la open house sekali...jemput sedara mara datang..penuh rumah pagi-pagi raya tu...selalu raya aku je g rumah orang pagi raya pertama...kali ni orang lak datang rumah aku...lain macam lak rasa...

petang raya lak balik kampung nenek...yela malam tu nak balik sri kembangan da...hubby ku kerja raya ke2...huhuhu...sebab nak cuti panjang g anta angah kawen nanti...terpaksa...

la ni aku je duduk rumah sorang-sorang...wat kuih raya...ops terbalik lak...orang wat kuih raya sebelum raya...aku wat kuih raya bile dah raya lak...hahaha...boleh la...dari x der aktiviti nak wat kat rumah ni...nak keje orang cuti raya...so bercuti la puas-puas ye diri ku ini...karang da start keje busy je manjang lak...

semalam pas hubby aku balik keje tetiba dia kata ade oarang tu nak tua da...ops sekali aku sendiri lupa da hari ni besday aku...hahaha...camne bleh lupa lak ni...so sebab dia keje celebrate bagai kena la tunggu malam ni...hehe...xpe la kan...sabo je la...a'ah lupa lak...thanks la kepada member-member sekolah, uitm, fb yang wish besday aku hari ni ye...doakan aku murah rezeki sentiasa...sihat-sihat hendaknya...really appreciate all that...thanks again kawan-kawan...sayang korang semua...;)


gambo ni amik masa kat rumah nenek...pinjam moto mirul...


ni michan...kucing aku...raya ni dapat rantai baru special aku wat untuk dia...kaler ijau lagi...sedondon kan...LOL


bergambar beramai-ramai...ni la family aku...x ramai mana pun...

Selasa, 7 September 2010

Selamat hari raya!!!!


Bulan puasa dah hampir kepenghujungnya...rasa sekejap je berpuasa...tup2 dah nak sambut raya....Tahun ni 1st time puasa sebagai isteri, kena bangun awal masak sahur...before ni bangun sahur mak yang kejut...sekarang aku lak jadi tukang kejut bangun sahur...kalau aku x bangun kompem la xsahur jawabnya....LOL...rindu lak nak sahur n buka ramai-ramai...tapi hari tu sempat la sahur kat rumah...balik time weekend...

Raya kali ni gak 1st time gak aku beraya as wife...cam x sangka pun ada gak...kali ni pagi-pagi raya kena la salam,cium tangan, minta maaf ngan hubby aku dulu...baru la minta maaf ngan parents...rasa lain lak kan...

Erm...malas la nak cite benda-benda yang syahdu camni...mood raya kena la happy kan...tahun ni aku balik raya kat johor...yeye...nak balik ganu xsempat sebab hubby aku cuti raya sehari jerk...2nd raya dah kena keje balik sebab raya ke5 nak kena g kelantan...anta angah aku kawen...sambil tu singgah la jap rumah mertua aku...

Ok la...lastly aku nak wish kat semua reader blog aku espacially yang muslim Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...('',)