Ahad, 21 Disember 2014
Fluffy mail from US
Ahad, 7 Disember 2014
Cerita semalam
Jumaat, 5 Disember 2014
Cuti-cuti hujung tahun
Pagi tadi mak, ayah dengan adik sampai dari chaah...bercuti seminggu kat jitra...kebetulan angah balik kelantan...lepas ambil mereka kat stesen bas Alor Setar, terus balik rumah masak breakfast...tak boleh menyinggah sebab aku ada kelas kss pukul 9 pagi...siap masak dan makan terus pergi kelas...
Balik tengah hari tengok masing-masing lepak kepenatan...masak untuk lunch pula...lepas makan bawa mereka pergi Kuala Kedah...jalan-jalan kat kawasan muzium kota Kuala Kedah...subhanallah...cantik sangat pemandangan...aku pun baru first time masuk...seronok la gak...puas berjalan ingat nak singgah aeon big opening...sekali jem tak ada parking...terus balik la...fuh full day...plan besok nak pergi Wang Kelian lak...
Selasa, 2 Disember 2014
Ejen penyebar fitnah
Seringkali kita baca kat fb berkaitan dengan isu-isu hangat yang di'share'kan di 'wall' rakan-rakan...kadang-kadang berkaitan agama, isu politik, bola, artis dan macam-macam lagi...tak kurang juga yang berniaga dan mengeluarkan testimoni-testimoni pengguna terdahulu...dalam ada yang berguna ada juga yang mendatangkan keburukan...terutamanya berita atau isu yang belum tentu kesahihannya...kalau kita 'share' secara tak langsung kita menyebar berita palsu atau fitnah...jadi ejen fitnah dab sama-sama 'share' dosa...
Nampak macam remeh kan...tapi fikir-fikirkan lah...jangan nanti kat 'sana' kita dipersoalkan dengan benda yang kita tak sedar kita dah buat salah...kena merangkak nak minta maaf dari orang yang kita fitnah secara tak sengaja...kalau zaman mak-mak, nenek-nenek kita dulu orang menyampaikan cerita dari mulut ke mulut tapi sekarang dihujung jari je...tak sampai 5 minit sesuatu cerita tu satu Malaysia boleh tau...jadi berhati-hati lah sebelum 'share' apa sahaja yang kita baca...daripada kita 'share' cerita yang belum tentu kesahihannya kan lebih elok adainya kita 'share' ilmu yang berguna yang kita baca...dan jangan lupa pastikan apa yang kita 'share' tu betul-betul sahih...sama-sama lah kita ingat mengingatkan sesama kita...
Nota kaki: kalau dulu perumpamaan yang digunakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'...mungkin kena tukar dah sekarang ni 'kerana tekan 'share' manusia binasa'...
Sabtu, 29 November 2014
Baby wearing
Jumaat, 21 November 2014
5th Anniversary
Diam tak diam dah 5 tahun berlalu...terasa cepat je masa...anak pun dah dua...macam-macam dah berlaku dalam tempoh 5 tahun ni...terkenang kembali suka duka perjalanan perkahwinan kami...bermula menyewa rumah flat di klang...dengan parking yang sempit dan terhad...itu je yang termampu masa tu...aku hanya bekerja sebagai RA kat UiTM...bila dapat tawaran bekerja dari SPA terus aku terima lepas puas berkira-kira...walaupun kontrak je masa tu...bila berulang klang ke putrajaya jadi kos yang mahal kami pun pindah ke seri kembangan...masa tu sewa pun dah agak mahal...tapi jika dikira kos perjalanan dari klang ke putrajaya hari-hari sewa kat seri kembangan lagi jimat...sementara tu mohon untuk duduk kuarters...sambil tangan ni rajin la mohon kerja tetap...tak sampai setahun dapat kuarters...selesa sangat sebab luas rumahnya..cuma tak ada tanah...rumah atas rumah...lagi dekat dengan tempat kerja..sebulan lepas tu dapat tawaran kerja tetap lak kat kedah...jauh yang amat...tapi mengenangkan peluang yang datang belum tentu datang lagi aku terima...terpaksa berjauhan lebih kurang 5 bulan sebelum my bie ikut pindah tempat kerja...maka kat sini lah kami sampai sekarang...jauh diperantauan...3tahun 9bulan lebih kurang...
Tawa tangis semuanya ada...2 permata hati hadir bila kami kat bumi jelapang padi ni...sungguh rezeki kami murah di sini...datang dari jauh jumpa ramai insan yang berhati mulia...bagi duduk rumah tanpa perlu bayar apa-apa sehingga dapat rumah sewa...Alhamdulillah dipermudahkan semuanya...dari merangkak kami belajar bertatih...kini kami cuba untuk berlari...siapa sangka aku yang dulu teringin berjalan ke negeri orang kini puas menjelajah satu semenanjung...johor kedah...terengganu kedah...dah jadi asam garam hidup kami...
Syukur ikatan ini masih lagi dipelihara..masih lagi terasa manisnya...walaupun kadang kala rasa masin dan masam menjelma...sungguh itu yang jadi rencah kehidupan yang bermakna...ada naik dan turun...ada panas dan sejuk...ada angin dan taufan...ada hujan dan terik mentari...semua tu lumrah asalkan kita tau macam mana nak hadapi semuanya...jangan cepat melatah jangan mudah buruk sangka...curiga dan was-was hanya permainan si tanduk dua...
Terima kasih sayang atas semua pengorbanan dan perhatian yang diberikan selama ni...fasa pertama kita dah berlalu...sama-sama kita mengorak langkah ke fasa yang seterusnya...susah ke senang ke kita hadap sama-sama...cantik ke buruk ke pemandangan dihadapan kita hayati sama-sama...sukar ke mudah ke jalan yang seterusnya kita tetap pimpin tangan terus melangkah...jika perlu berpatah balik...kita patah balik sama-sama...cari lorong yang lebih indah dipenghujungnya...sayang...cinta...rindu...kita adun jadi santapan harian kita...putera puteri kita ni sama-sama kita kendong supaya tak sesat ditengah jalan...bila remaja mereka kita pimpin pula tangan supaya mereka tak tersasar dari landasan...sekali sekala kita biar mereka bebas berterbangan seperti layang-layang yang boleh kita kawal tinggi rendahnya...
Akhir kata selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke5 sayang...semoga ikatan ni berkekalan hingga ke syurga...
Nota kaki: hadiah tak ada tahun ni...masak nasi arab je la...favorite my bie...pagi tadi pergi dating merempit ke nat...beli barang basah...sambil manja-manja atas motor...haha...
Selasa, 11 November 2014
Rumah ke2
Selasa, 16 September 2014
Resepi #21 Yong Tau Foo
Hari ni tekak nak makan chinese food lak..Yong Tau Foo...memandangkan tengah minggu ni pasar malam tak ada...kalau ada pun tunggu petang baru boleh beli...jadi kita cuba lah buat sendiri...resepi hasil google dan diolah semula ikut bahan yang ada kat dapur rumah kecik aku ni...bahan yang tak ada tak tah bubuh...hehe...jom kita tengok resepinya...
Bahan-bahan untuk sup...
-segenggam ikan bilis
-sebiji bawang besar dihiris
-3 ulas bawang putih dititik
-1 inci halia dititik
-1kiub pati ayam
-sedikit minyak
-garam secukupnya
Cara-cara
-tumis bawang putih dan goreng ikan bilis...dalam masanya sama panaskan 2cawan air..
-setelah air mendidih masukkan kesemua bahan lain termasuk bawamg putih dan ikan bilis...
-kecilkan api dan biarkan.ia mereneh selama sejam...
Bahan-bahan sos hitam...
-secawan air
-setengah cawan kicap pekat
-2 sudu besar taucu dibasuh dan dilenyek-lenyek
-1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
-gula secukup rasa
-sedikit minyak
Cara-cara
-tumis taucu sehingga naik bau...masukkan air biar sehingga mendidih..
-masukkan gula dan kicap cair...kacau hingga mendidih...masukkan tepung jagung kacau dan biarkan sebentar sebelum di angkat...
Bahan-bahan sos pedas...
-2 sudu besar lada kering yang telah dikisar halus
-secawan air
-garam dan gula secukupnya
-1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara...
-masak air sehingga mendidih...masukkan lada kisar...biar sehingga lada masak...
-masukkan gula dan garam secukupnya..kacau sebentar...
-masukkan tepung jagung kacau sebentar sebelum di angkat...
Bahan-bahan isi
-sosej, fillet ikan, bebola ikan, bebola sotong, bebola udang, fillet ketam, kangkung dll dicelur sebentar...angkat dan potong kecil-kecil sebelum dihidang..
Siap untuk dihidang...
Nota kaki: makan panas-panas sedap...sesuai untuk minum petang...kalau beli kat pasar malam dekat RM 20 nak dapat banyak macam tu..sos siap ada lebih boleh simpan dalam peti sejuk...
Jumaat, 12 September 2014
Bila umur dah tambah lagi..
Ok sebab hari ni angka aku bertambah lagi mari sama-sama doakan aku yang baik-baik saja boleh?..haha..tak malu betul..apa-apa pun terima kasih banyak-banyak untuk sedara mara, kawan-kawan yang wish..hadiah tak ada ke?..hehe..
Tak ada yang special sangat pun..sambut macam hari biasa je..tapi dapat suprise gift dari my bie..susah payah tu sampai pergi kilang beli sebab kat kedai tak ada stok..waaa..thank you so much sayang..tak minta pun..tapi orang da bagi amik je la..haha..sebenarnya.teringin yang model lain..sekali dia bagi model yang lagi banyak fungsi..mesti rasa tertanya-tanya apa hadiahnya kan..
Tat taraaaa...
Nota kaki: nampaknya kena tambah rajin masuk dapur la ni..tak boleh poteng da..haha
Khamis, 11 September 2014
Resepi #20 Nasi Arab (Kambing)
Lama dah nak share resepi ni...masak pun masa besday my bie..tapi kesibukan membataskan waktu..ayat puitis sangat lak..haha..resepi ni hasil olahan aku mengikut cita rasa dan ke'available'an bahan-bahan tersebut kat dapur kecik aku tu..lepas google pastu cek ubah mana yang patut hasilnya my bie puji bertingkat-tingkat..haha..perasan..jom layan..
Bahan-bahan untuk rebus
-3-4 keping daging kambing frozen (boleh beli kat pasaraya tak pun tukar kepada ayam/lembu)
-1sdb serbuk ketumbar
-1sdb serbuk jintan manis
-1sdk serbuk kunyit
-garam
bahan-bahan untuk dikisar kering
-1sdb jintan manis
-1sdb jintan putih
-1sdb ketumbar
-1sdb lada hitam
-1sdb buah pelaga
bahan-bahan tumis
-1biji bawang besar
-2-3 ulas bawang putih
-kulit kayu manis
-bunga lawang
-buah pelaga
-sedikit minyak zaitun
Cara-cara
-rebus daging dengan bahan-bahan rebusan selama 1-2 jam dengan api perlahan untuk dapatkan stok daging...
-cuci 3 cawan beras dan toskan..
-tumbuk bahan-bahan tumis dan tumiskan sehingga naik bau...masukkan bahan-bahan kisar kering dan gaul sebentar...
-masukkan beras yang telah dicuci dan goreng sebentar bersama rempah...pindahkan beras ke dalam periuk nasi dan tambah stok rebusan daging...
-setelah nasi masak titiskan sedikit pewarna kuning dan masukkan daging kambing..tutup semua periuk nasi dan biarkan dalam keadaan warm sementara menyediakan sambal dan salad..
bahan-bahan salad
-2-3 biji tomato dipotong dadu..
-1biji timun dipotong dadu...
-1batang lobak merah dipotong dadu..
-1biji bawang besar dipotong dadu..
-1biji lada besar dihiris..
-sedikit garam, gula dan cuka..
*kesemua bahan dicampur dan digaul secukup rasa masin, manis dan masamnnya...
bahan-bahan sambal
-3 biji lada besar (merah)
-2-3 biji lada cili api (ikut kepedasan)
-1biji tomato
-1biji bawang besar
-belacan, garam, gula dan jus limau
*kesemua bahan dikisar halus dan dicampur perasa secukupnya...
*untuk kuah boleh gunakan air stok rebusan kambing sebagai sup..
makan 3 orang pun tak habis..huhu..terbanyak lak masak.. |
Selasa, 12 Ogos 2014
Jeruk Madu Pak Ali
Iklan jap...siapa yang berminat nak beli jeruk madu pak ali boleh order ya...penghantaran terus ke pintu rumah anda..ada macam-macam jenis...kedondong hijau dan kuning, mangga kuning dan putih, sengkuang, betik, ceri...nak campur boleh...asing-asing pun boleh...
1kg RM20
1/2kg RM10
Tak termasuk kos pos...beli lebih harga boleh bincang lagi...
Pos RM6 1/2kg...RM9 1kg...
Call/sms/whatapps 0162405716 atau 0162405724...
Isnin, 11 Ogos 2014
Happy Besday Bie
Hari ini hari ulangtahun kelahiran my bie yang ke29...disebabkan hadiah tak ada bajet nak bagi jadi bagi hadiah masakan special je la ye sayang...hehe...apapun sila doakan semoga bie panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan...sila minta maaf atas segala kekurangan sila selama ni...semoga dengan bertambah angka pada umur bie akan bertambah keredhaan Allah pada kita sekeluarga...terima kasih atas kasih sayang dan tunjuk ajar bie pada sila dan anak-anak selama ni...Happy birthday bie...
Nota kaki: hadiah tahun ni postpone dulu eh sayang...hari ni sila masak special je...siap cheese cake lg tu...tak sangka semua tu boleh siap dalam masa sejam setengah je...fuh...berpeluh ketiak...haha...
Isnin, 7 Julai 2014
Rumah untuk disewa (Taman Alam Perdana, Pasir Semut, Binjai, Kemaman)
Rumah untuk disewa
Taman Alam Perdana, Pasir Semut, Binjai, Kemaman
Rumah baru siap
3 bilik 2 bilik air
Dapur : Table top dengan stainless steel sink
Downlight setiap bilik
Kipas setiap bilik
Point aircond dibilik utama
Safety grill lengkap
Rumah depan taman permainan
RM 700 (keluarga)
RM 750 (bujang)
Call/whatapps 019 981 5492
Nota kaki: Perjanjian sewaan secara sah akan dibuat..
Update: Insya'Allah bulan 8 ni penyewa akan masuk..selamat menyewa..
Projek DIY kami #7
Projek kali ni sebenarnya cerita sebelum puasa hari tu..projek basuh dan cat rumah..tahun lepas kami beli rumah kat kemaman..nak buat sewa hajatnya..buat aset masa depan..bulan 6 baru ni baru dapat kunci..lepas siap wiring, pasang grill dan buat table top kami pun datang la ke kemaman untuk final touch up sebelum diiklankan untuk disewa..
Final touch up tu sekadar basuh, cat dan pasang rail langsir..teruja punya pasal kami cat warna ungu..dua tone..hehe..angan-angan nak duduk rumah sendiri tak tercapai lagi..tak ada rezeki lagi kat situ agaknya kan..jadi rumah nak disewakan pun buat la cantik-cantik gak..boleh up harga sewa gak kan..hehe..
Elok aku pun habis pantang dah dan my bie tengah mc panjang..jadi kami pun bertolak ke kemaman..plan lepas tu terus balik Kuala Terengganu sambut puasa kat sana..jom tengok gambar sepanjang peristiwa..
Nota kaki: hasil akhir tu lepas touch up balik warna tone gelap tu..kasi cair sikit warnanya..puas hati bila tengok hasil DIY kami..kalau la dapat rezeki duduk rumah sendiri nanti..bolehlah kami ber DIY sepuas hati..hehe