BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Isnin, 19 Mac 2012

Rumah kena pecah masuk #2

Ni aku nak sambung balik cerita pasal rumah yang aku sewa ni kena pecah masuk dengan pencuri...sambungan dari entri Rumah kena pecah masuk...

nak jadi cerita aku sebagai anak perantau selalulah balik kampung...setiap bulan mesti balik Johor atau Terengganu (bunyi ala-ala anak menantu yang baik gitu...keh3...)...disebabkan tu rumah pun selalu lah kosong bila hujung minggu...kalau tak balik kampung aku dengan my bie ada jer aktiviti luar rumah setiap sabtu sebab hari sabtu je aku dengan my bie sama-sama cuti...tak pergi shopping barang dapur, kitorang pergi jalan-jalan cuci mata...minggu lepas akak ipar aku datang rumah satu family...kalau ada tetamu dari jauh datang memang dah pastilah kitorang bawak jalan-jalan cari makan sambil cuci mata kan...tak kan nak terperap kat rumah je kot...

hari sabtu minggu lepas aku, my bie dengan family akak ipar aku tu keluar la dalam pukul11 pagi dengan arah tujuan menuju ke Negeri Indera Kayangan...kenal-kenal dengan tempat orang...lepas shopping kat Padang Besar kitorang pergi Kuala Perlis menjamu selera (makan seafood aku petang tu...)...sempat gak singgah kat ladang tebu snap berkeping-keping gambar...dah nama pun jalan-jalan mesti la sampai malam baru balik...sampai rumah dalam pukul9.30 malam...lepas mandi segarkan badan aku macam biasa la nak jenguk gak FB aku barang seminit dua...rutin harian kot...haha...

masa tu baru perasan laptop aku tak ada dah kat tempatnya...aku letak atas meja je la...macam rajin lak lepas guna nak simpan dalam beg kan...my bie aku yang tengah mandi tu aku terjah tanya dia ada simpan ke laptop aku...lepas dia siap mandi abis satu rumah kitorang punggah...dengan akak ipar aku sekali tolong cari celah-celak gerobok (sungguh tak munasabah cari kat tempat camtu kan...haha...)

my bie terus check tabung dia...dengan bekas-bekas sekali hilang...duit tunai ada la dalam RM300 lebih gitu termasuk singapore dolar...kitorang jadi hairan la sebab rumah memang tak ada tanda-tanda kena pecah masuk sebab kunci pintu, mangga, grill masih elok...lagipun masuk rumah ni my bie dah tukar tombol baru...kunci mangga pun guna sendiri punya yang harga sebiji je dah RM60 lebih...memang confirm bukan penyewa lama...fikir punya fikir, jengah punya jengah, check punya check teringat la lubang siling...memang tak ada jalan lain dah nak masuk rumah kalau tak ikut situ...tengok dinding memang ada kesan kotor tapak kaki dengan tangan...my bie panjat la tengok, nampak dinding atas siling menghala ke rumah sebelah ada kesan dipecahkan...

tak fikir panjang terus pergi balai polis buat report...malam tu juga polis datang buat siasatan...bukti menunjukkan orang rumah sebelah yang pecah masuk...tak cakap banyak jiran aku tu kena la angkut pergi balai untuk soal siasat...besok petang jiran aku call nangis-nangis minta maaf sebab anak dia yang pecah masuk rumah aku tu...hari isnin polis call suruh datang balai cam barang...pegawai polis tu cerita kata anak jiran aku tu dah 2 kali masuk rumah aku...mula-mula curi duit minggu sebelumnya masa aku dengan my bie balik Johor...minggu lepas dia masuk amik 2 biji laptop dengan beberapa barang lain...semua tu jadi sebab penangan dadah...bila tak ada duit start mencuri...sebiji laptop aku dengan handphone dah kena tukar dengan dadah...duit cash jangan tanya memang dah abis...yang tinggal 1 lagi laptop dengan 1 handphone je...

memang tak disangka sungguh kan...pintu, grill semua dah pasang elok rupanya ada lagi jalan orang nak masuk rumah kita...nasihat aku untuk korang semua, jaga-jaga la barang dalam rumah tu...tengok-tengok la selalu siapa jiran korang...zaman sekarang macam-macam boleh jadi...syukur dia tak masuk time my bie tak ada kat rumah dan aku sorang-sorang je...kot nya dia tengah layan khayal dia macam-macam dia boleh buat...fikiran pun dah tak waras dah time tu dah kan...semoga Allah lindungi kita semua dari perkara-perkara macam tu...

nota kaki: lepas kes tu aku terus tak jumpa dah dengan jiran aku tu...satu family tak balik rumah dah...remaja sekarang ni nak buat apa-apa tak fikir mak ayah dah...aku yang naik kesian...tapi nak suruh tarik balik report memang tak la...biar buat pengajaran untuk dia...bagi ingat sikit kalau nak buat lagi lepas ni...

Ahad, 18 Mac 2012

Rumah kena pecah masuk

rasa rindu gila kat blog aku ni...cam lama je dah tak login...padahal baru seminggu gara-gara rumah kena masuk pencuri...abis 2 biji laptop aku kena kebas...sedih sangat-sangat rasa sebab dalam tu macam-macam ada termasuk gambar kawen aku sekali...mau nak meraung gak bila difikirkan...tapi fikir waras je la...dah tak ada rezeki kan...nak cerita panjang pasal kes pecah masuk rumah ni sekarang tak sempat lak rasa...ni saja curi-curi masa sikit time kerja sementara nak tunggu pukul 10...ada lab measurement...ok la karang aku update balik...

Khamis, 8 Mac 2012

SBPA dibatalkan

Pengumuman Penting...

Kepada semua penjawat awam, skim SBPA dibatalkan dan skim SSM akan ditambah baik...

kenaikan gaji 13% bagi gred 1-54
kenaikan gaji 7-8% bagi lain-lain gred

info ni baru jer tersebar diseluruh pejabat aku ni...bukan aku dengar kat TV tau...so lain-lain info tak tau...tu je yang aku tau buat masa ni...

Sekian...hehe

update: pembayaran kenaikan gaji dikira bermula 1 Jan 2012...paling awal dibayar pada Mac atau April 2012...cola bagi kawasan B & C dinaikkan sebanyak RM 50...maklumat lanjut boleh la korang semua baca dalam dukomen ni ya...Pembatalan SBPA...

nota kaki: penat-penat je tunggu lama...last-last batal...pelik betul la...

Rabu, 29 Februari 2012

Cerita hujung minggu #5


hujung minggu baru ni aku dengan my bie mula-mula plan nak pergi padang besar je...cari hadiah untuk kawan kawen 4 Mac ni dengan cari skirt labuh untuk aku pakai pergi kerja...yang sedia ada dah tak muat dah nak masuk tang perut yang semakin membesar ni...hehe...

lepas je beli apa yag dihajati tu kitorang pun gerak nak balik la...cuaca memang panas lah sangat masa tu...sejak akhir-akhir ni cuaca kat utara ni memang la sangat panas...lagi-lagi lah waktu tengah hari...bila kereta start gerak jer tetiba mulut ni ringan lak ajak my bie jalan-jalan ke Kangar...my bie tanya buat apa nak pergi Kangar...aku dengan selamba cakap baby nak pergi jalan-jalan...haha...

so kitorang pun pergi la ke Kangar...padahal bandar Kangar tu tak ada apa pun yang nak ditengok sangat...hehe...dalam perjalanan kawan sekerja my bie sms bagitau gaji dah masuk...dia pun buat offer nak makan seafood kat Kuala Perlis ke tak...aku yang memang sentiasa lapar ni confirm la kata nak kan...orang nak belanja...laju je la...lepas pusing kat bandar Kangar (sekadar mencuci mata dalam kereta jer) kitorang pun gerak terus ke Kuala Perlis...

mula-mula bajet orang tak ramai la sebab awal lagi...masa tu dalam pukul5 petang...sekali sampai jer tengok parking kereta dah hampir penuh dah...tak sangka betul ramai gak yang datang awal nak makan seafood...disebabkan ni kali ketiga datang makan kat sini kitorang pilih kedai lain lak (tiap kali datang mesti makan kat kedai lain-lain)...benda pertama yang aku pilih ialah ketam...2 ekor aku rembat, besar-besar punya...pastu my bie amik sekor ikan tak tau nama...hehe...masak 3 rasa separuh dengan bakar separuh...ketam lak masak rempah...pastu tak puas ati lagi tu, amik 4 ekor sotong untuk masak goreng tepung...lauk tambahan lain sayur kailan ikan masin dengan telur dadar...

time ni lauk ketam tak sampai lagi...tapi dah tak sabar nak snap gambo

hah ketam dah sampai...jom makan...ade sotong goreng tepung, kepala ikan masak 3 rasa, ekor ikan panggang, ketam masak rempah, sayur kailan ikan masin dengan telur dadar..penuh meja cam makan ramai jer...padahal baru 2 setengah orang je ni...keh3...

erm memang mabeles lah semua makanan dia...puas makan ketam sebab besar-besar..my bie macam biasa meratah ikan kasi habis...lepas abis semuanya memang tersandar kekenyangan....lepas kenyang makan baru aku teringat besok nak kena pergi klinik nak timbang berat...kompem la berat naik banyak camtu...hehe...

ini gambar bila dah abis makan...hehe...sapu bersih terus semuanya...

time nak bayar tu risau gak mahal...yela kan makan sampai penuh meja...sekali tengok bil baru je RM50++...ingatkan dekat seratus dah tadi...hehe...

nota kaki: bulan depan nak pergi lagi sebab family akak ipar aku nak datang jalan-jalan ke Kedah...so kompem la kena pergi sini lagi...hehe

Isnin, 27 Februari 2012

Resepi #2 ayam masak ungkep...

ni la rupanya ayam masak ungkep...bru masak semalam ni..hehe

Kali ni aku nak share resepi favorite aku...ayam masak ungkep (kena sebut betul-betul tau)...my bie pun suka (dia asal sedap mesti suka jer...hehe)...resepi ni merupakan masakan orang jawa...al-makumlah anak orang jawa so masakan jawa la jadi halwa tekak selalu...resipi ni mak aku yang ajar...so ada la hasil cetusan idea dia sikit-sikit...mungkin lain orang lain sikit resepinya kan...

bahan-bahan:

ayam seekor dipotong kecil-kecil (kalau nak lagi best guna ayam tua/ayam kampung belah 4 je)
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
halia dalam seinci setengah
kunyit hidup seinci (kalau nak guna serbuk pun boleh)
2 atau 3 batang serai
4 ke 5 ulas bawang kecil
3 ke 4 ulas bawang putih
5 biji cili padi (ikut suka nak pedas mana)
garam
air
minyak

cara-cara:

1) kalau guna ayam muda potong ayam agak-agak size senang nak makan...gaul dengan serbuk kunyit dan garam...goreng sampai separuh masak (embal-emabal mak aku kata)...angkat dan toskan...
2) kalau guna ayam kampung/tua belah empat je...pastu rebus sampai empuk...letak sekali seinci halia yang dah dititik dengan garam sikit...kalau stail mak aku dia suka rebus dalam periuk nasi karen tu...cepat empuk...hehe
3) bahan-bahan lain tu ditumbuk/blender sampai hancur...jangan lumat sangat nanti tak best...
4) panaskan sikit minyak untuk tumis bahan-bahan tadi...tumis sampai naik bau...letak sikit garam...pastu masukkan ayam yang dah siap goreng/rebus tadi...kalau stail mak aku dia masukkan bahan-bahan tumis tu dalam periuk nasi letrik yang ada ayam tua/kampung rebus tu tadi...gaul bagi rata dan buh air sikit bagi ada kuah dalam separuh dari kuantiti ayam...biar kuah menggelegak...rasa dan angkat...
5) sedap dimakan panas-panas dengan nasi panas...nyummy...

nota kaki: gambar dah buh dah...hehe...semalam masak...my bie makan banyak...

Pro & Con Nadir Bumi Lynas

Entry kali ni aku copy paste dari blog kawan sekolah aku...lepas baca memang terasa nak share info yang aku dapat tu...kredit to hysman

---------------------------------------------------------------------------------------------

Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikatLynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impakyang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

■ Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

■ Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

■ Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?

■ Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

■ Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

■ Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

■ Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

■ Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

■ Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

■ Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.


Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyattentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Sumber:
1.Apa itu Lynas?
2.National Geographic: Rare Earth Elements

-------------------------------------------------------------------------------------

nota kaki: memang apa yang kawan aku tulis tu banyak benarnya...so kita sebagai rakyat negara ni patut ke depan untuk sama-sama membantah projek ni...bukan bertujuan untuk menentang Kerajaan tapi demi kebaikan kita bersama...peace...

Isnin, 20 Februari 2012

Resepi bubur Mc D

memang menjadi lah resepi bubur Mc D yang aku post siang tadi tu...sama rasanya...hehe...so pada siapa-siapa yang mengidam atau teringin nak makan tapi Mc D jauh atau tak ada bajet boleh la buat sendiri kat rumah ya...aku dah kenyang dah ni makan semangkuk bubur ayam ala McD...ops nak tukar nama lah bubur ayam Mc C...C stand for sila...hahaha...

siapa-siapa nak resepi boleh refer pada post kisah suami isteri ya...

nota kaki: dah abis makan baru teringat tak snap gambar...kalau tak boleh tepek kat sini...huhuhu...thank you for my bie sebab ajar resepi rahsia ni...tak rugi bie keje McD 2 bulan dulu...hehe