Tajuk je da gempak kan...haha...sebenarnya ni la subject 1st aku kena ajar untuk short semester kali ni selepas bergelar PPPT...memang mencabar betul mengajar subject ni...kebetulan dapat chapter application differentiation...(untuk 1 subject 4 orang pensyarah ditugaskan mengajar untuk short semester ni...so bagi-bagi ikut chapter la ye)...nak bagi students faham memang payah...kena terang berulang kali...baru pusing sikit soalan terus tak faham...memang menguji kesabaran betul...cabaran untuk aku tu...
1st quiz memang agak teruk walaupun ada yang boleh buat...masuk 2nd quiz alhamdulillah hampir semua students boleh buat...tapi still ade yang tak boleh buat gak...aku dah buat sehabis baik bantu mana yang boleh...sekarang semua tu terpulang la pada diri diorang masing-masing...nak usaha lebih atau tak...peluang aku dah bagi kalau diorang tak faham boleh datang bertanya...so siapa yang usaha lebih insya'allah berjaya la kan...
bila tengok diorang faham apa yang kita ajar jadi seronok lak...pemankin diri kan...tapi satu kes yang men"down"kan semangat aku ialah bila GAJI AKU TAK MASUK LAGI BULAN NI WEH!!!!!...memang menguji kesabaran ditahap yang paling extrim...waaaa...paling tak boleh blah bila 2 orang member yang lapor diri sekali kat sini dah dapat gaji...PESAL AKU BOLEH TAK DAPAT NI?????....bila ditanya pada yang bertanggungjawab macam-macam la alasan yang diorang bagi...borang dapat lambat la apa la...padahal aku dah hantar segala dokumen yang diorang minta since 1st week kat sini lagi...apa kes ni wahai orang-orang yang buat kerja...makan gaji buta ke pe???...
sekarang ni aku tengah mengawal tahap KEMARAHAN aku...sabar la duhai hati...insya'allah rezeki aku bulan depan baru dapat...
p/s: bukan sebab ni je aku bengang...tapi ada kes lain....next post aku citer lak...waaaa...bulan ni penuh dengan cabaran yang menguji kesabaran...
Ahad, 29 Mei 2011
Engineering Mathematics 2
Jumaat, 6 Mei 2011
Siapalah kita...
SELAMAT HARI IBU
BUAT MAK
NORHAYATI BINTI MOHD TAB
DAN
IBU MERTUA
SAUDAH BINTI MOHAMAD
Rabu, 27 April 2011
Maka bermula lah episod baru...
tajuk kali ni macam puisi lak...haha...saja je nak ubah cara penulisan...
sekadar nak berkongsi pengalaman kerja baru yang baru sebulan dijawat ini...seronok juga kerja jadi pensyarah ni...sebab pelajar semua dah akil baligh...maknanya dah tau mana yang elok mana yang tak...boleh berfikir secara waras...so nak deal ngan diorang kena la guna pendekatan yang berbeza...hehe...
sebenarnya aku tak mula mengajar lagi...sebab sekarang ni minggu peperiksaan...besok hari terakhir...so aku pun dapt la tugas untuk jadi pengawas peperiksaan...tanda kertas jawapan...macam-macam ragam dah jumpa...paling tak boleh lupa ada student yang lagi tua dari aku...haha...dia terkejut aku pun terkejut gak...tak pe la...kata orang tuntut ilmu dari buaian sampai ke liang lahat...tak salah pun nak belajar walau berapa pun umur kita kan...yang penting hormatlah guru kita tu walau semuda mana pun usia dia...mungkin usianya saja yang muda tapi ilmunya lebih dari kita...
tadi dapat pula arahan untuk mengajar semasa semester pendek...hanya 6 minggu kuliah je untuk semester pendek...seminggu kelas sampai 8 jam...aku dah terpikir betapa student akan bosan dengan kelas yang panjang nanti...so kena fikir pendekatan yang macam mana nak bagi kat diorang...kalau setakat 1 way communication aku rasa ada yang tidur dalam kelas nanti...nanti aku akan cuba korek rahsia para senior yang ada kat jabatan tu...hehe...
nak tau subjek apa aku akan ajar?...subjek matematik semester 2...aku dapat chapter pengamiran...agak mencabar sebab aku pun tak berapa expert bab ni...kena buka kitab balik la nampaknya...disebabkan untuk 1 kelas beberapa orang pensyarah yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar....maka setiap pensyarah hanya perlu ajar 1 chapter je...bagi sama rata kata oarang...adil kan...hehe...tapi kalau student ada masalah diorang masih lagi jumpa pensyarah lain...sama-sama pikul tanggungjawab dan saling membantu...baru namanya 1 kumpulan kan...
harap aku dapat la laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada aku ni...agak excited gak sebab ni 1st time...sebelum ni bagi ceramah je...bukan mengajar...so nak dengar atau tak terpulang..tapi kali ni kena kasi faham diorang ni...;p
Khamis, 14 April 2011
boring...
Khamis, 7 April 2011
keje baru
disebabkan kadar kebosanan aku telah mencecah tahap bahaya, maka aku pun merajinkanlah diri aku untuk mengepos entry kat blog aku ni....buat ketika ni tak ade lagi sebarang tugasan diberikan pada aku...ade pun aku tolong tanda kertas test daripada pensyarah lain...key in markah diorg...bantu masa lab...tu pun atas request diorg...kalau x ade aku pun melopong la kebosanan...huhu
nak tulis panjang pun x der idea...tu je la...
Isnin, 14 Mac 2011
New job with new hope...
Erm camne nak mulakan ek..
Akhirnya aku dah buat da pilihan...aku rasa yang ni la terbaik buat aku...berhijrah ke negeri orang...boleh dapat pengalaman baru...
aku ingat lagi...7 tahun lepas...bila first time aku nak tinggalkan negeri kelahiran aku...johor tanah tumpah darahku...semuanya sebab cita-cita...yela nak sambung belajar kan...masa parents anta buat-buat x sedih la...x nangis...bila diorang balik kemain nangis lagi dalam rumah...haha..
Sekarang ni sedar x sedar memang dah lama sangat da aku tinggalkan bumi johor...berkelana kat negeri orang...dari mencari ilmu sampai sekarang mencari rezeki...lepas ni aku akan pergi lagi jauh dari negeri kelahiranku tu...jauh nun di utara...kedah tu..huhu...x pe la demi rezeki yang halal...
Mungkin takdir dah tentukan aku akan terus berkelana...merantau di negeri orang...asal niat aku betul dah la kan...doakan aku sentiasa berjaya dalam apa jua yang aku buat wahai semua pembaca blog aku ni...(cam ramai je yang jenguk blog aku kan)...
p/s: mana-mana orang jitra...kalau korang tau ada bilik sewa please let me know...desperate da ni...wahahaha...
Rabu, 9 Mac 2011
Aku dipersimpangan
The Road Not Taken
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
-Robert Frost-
Sajak yang pernah aku belajar dan kaji time form 5 dulu...huhu...sungguh ku tak sangka sajak ni memang betul-betul ada makna yang sangat mendalam....doa aku semoga aku dapat buat pilihan yang paling baik dalam hidup ni...antara jalan yang berliku atau jalan yang lurus tak berhalang...pro dan kontra tetap ada...Oh tuhan bantulah hambamu ini...


