Ahad, 21 Disember 2014
Fluffy mail from US
Ahad, 7 Disember 2014
Cerita semalam
Jumaat, 5 Disember 2014
Cuti-cuti hujung tahun
Pagi tadi mak, ayah dengan adik sampai dari chaah...bercuti seminggu kat jitra...kebetulan angah balik kelantan...lepas ambil mereka kat stesen bas Alor Setar, terus balik rumah masak breakfast...tak boleh menyinggah sebab aku ada kelas kss pukul 9 pagi...siap masak dan makan terus pergi kelas...
Balik tengah hari tengok masing-masing lepak kepenatan...masak untuk lunch pula...lepas makan bawa mereka pergi Kuala Kedah...jalan-jalan kat kawasan muzium kota Kuala Kedah...subhanallah...cantik sangat pemandangan...aku pun baru first time masuk...seronok la gak...puas berjalan ingat nak singgah aeon big opening...sekali jem tak ada parking...terus balik la...fuh full day...plan besok nak pergi Wang Kelian lak...
Selasa, 2 Disember 2014
Ejen penyebar fitnah
Seringkali kita baca kat fb berkaitan dengan isu-isu hangat yang di'share'kan di 'wall' rakan-rakan...kadang-kadang berkaitan agama, isu politik, bola, artis dan macam-macam lagi...tak kurang juga yang berniaga dan mengeluarkan testimoni-testimoni pengguna terdahulu...dalam ada yang berguna ada juga yang mendatangkan keburukan...terutamanya berita atau isu yang belum tentu kesahihannya...kalau kita 'share' secara tak langsung kita menyebar berita palsu atau fitnah...jadi ejen fitnah dab sama-sama 'share' dosa...
Nampak macam remeh kan...tapi fikir-fikirkan lah...jangan nanti kat 'sana' kita dipersoalkan dengan benda yang kita tak sedar kita dah buat salah...kena merangkak nak minta maaf dari orang yang kita fitnah secara tak sengaja...kalau zaman mak-mak, nenek-nenek kita dulu orang menyampaikan cerita dari mulut ke mulut tapi sekarang dihujung jari je...tak sampai 5 minit sesuatu cerita tu satu Malaysia boleh tau...jadi berhati-hati lah sebelum 'share' apa sahaja yang kita baca...daripada kita 'share' cerita yang belum tentu kesahihannya kan lebih elok adainya kita 'share' ilmu yang berguna yang kita baca...dan jangan lupa pastikan apa yang kita 'share' tu betul-betul sahih...sama-sama lah kita ingat mengingatkan sesama kita...
Nota kaki: kalau dulu perumpamaan yang digunakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'...mungkin kena tukar dah sekarang ni 'kerana tekan 'share' manusia binasa'...