BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Ahad, 21 Disember 2014

Fluffy mail from US

Akhirnya penantian yang panjang berakhir jua...dari awal november ditunggu-tunggu...dah sampai Malaysia tapi return balik sebab kotak koyak sikit...hari ni sampai gak ke rumah...tak sabar nak test kat muaz...maybe naomi pun boleh cuba gak...nampak macam besar...jom amik anak...tak sabar nak meroyan dengan benda ni...tarrraaaa...

Ahad, 7 Disember 2014

Cerita semalam

Cerita jalan-jalan cuti sekolah lagi...semalam pagi kami pergi ke Wang Kelian...saja bawa family pergi tengok sempadan...shopping sikit-sikit...pergi da agak lewat jadi cuaca pun dah panas...orang pun dah ramai...parking jangan cakap dah bersusun...rezeki dapat parking dekat...tak penat nak berjalan...
Al-kisahnya kami baby wearing je naomi dengan muaz...muaz dah biasa dia ok je...naomi yang menangis mula-mula kena up dengan my bie...tapi dah syok senyap siap tertidur lagi...hehe...senang nak berjalan...ni yang makin tak sabar nak beli ssc toddler ni...lepas puas tidur naomi nak minta turun lak...nak berjalan...seronok la dia berjalan dengan cik su dia...sampai kepenatan...makan tengahari sekali kat sana baru gerak balik...
Sempat lagi singgah makan cendol pulut jo...tak pasal-pasal ayah angin malam tadi sebab makan pulut...huhu...balik rumah masing-masing kepenatan...konon nak jalan-jalan tengok bendang tak dapat sebab hujan lak petangnya...

Jumaat, 5 Disember 2014

Cuti-cuti hujung tahun

Pagi tadi mak, ayah dengan adik sampai dari chaah...bercuti seminggu kat jitra...kebetulan angah balik kelantan...lepas ambil mereka kat stesen bas Alor Setar, terus balik rumah masak breakfast...tak boleh menyinggah sebab aku ada kelas kss pukul 9 pagi...siap masak dan makan terus pergi kelas...

Balik tengah hari tengok masing-masing lepak kepenatan...masak untuk lunch pula...lepas makan bawa mereka pergi Kuala Kedah...jalan-jalan kat kawasan muzium kota Kuala Kedah...subhanallah...cantik sangat pemandangan...aku pun baru first time masuk...seronok la gak...puas berjalan ingat nak singgah aeon big opening...sekali jem tak ada parking...terus balik la...fuh full day...plan besok nak pergi Wang Kelian lak...

Selasa, 2 Disember 2014

Ejen penyebar fitnah

Seringkali kita baca kat fb berkaitan dengan isu-isu hangat yang di'share'kan di 'wall' rakan-rakan...kadang-kadang berkaitan agama, isu politik, bola, artis dan macam-macam lagi...tak kurang juga yang berniaga dan mengeluarkan testimoni-testimoni pengguna terdahulu...dalam ada yang berguna ada juga yang mendatangkan keburukan...terutamanya berita atau isu yang belum tentu kesahihannya...kalau kita 'share' secara tak langsung kita menyebar berita palsu atau fitnah...jadi ejen fitnah dab sama-sama 'share' dosa...

Nampak macam remeh kan...tapi fikir-fikirkan lah...jangan nanti kat 'sana' kita dipersoalkan dengan benda yang kita tak sedar kita dah buat salah...kena merangkak nak minta maaf dari orang yang kita fitnah secara tak sengaja...kalau zaman mak-mak, nenek-nenek kita dulu orang menyampaikan cerita dari mulut ke mulut tapi sekarang dihujung jari je...tak sampai 5 minit sesuatu cerita tu satu Malaysia boleh tau...jadi berhati-hati lah sebelum 'share' apa sahaja yang kita baca...daripada kita 'share' cerita yang belum tentu kesahihannya kan lebih elok adainya kita 'share' ilmu yang berguna yang kita baca...dan jangan lupa pastikan apa yang kita 'share' tu betul-betul sahih...sama-sama lah kita ingat mengingatkan sesama kita...

Nota kaki: kalau dulu perumpamaan yang digunakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'...mungkin kena tukar dah sekarang ni 'kerana tekan 'share' manusia binasa'...