BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Rabu, 24 Ogos 2011

Penipuan melalui email

macam-macam kaedah dan cara orang nak menipu zaman sekarang ni kan...disebabkan zaman makin moden, penipuan zaman moden ni guna email lak...konon nak ajak jadi rakan kongsi niaga lah, nak minta jadi pemegang amanah lah dan macam-macam lagi...tu belum kira email palsu dari bank-bank ternama seperti maybank dan cimb...

aku punya email memang selalu sangat lah penuh dengan email-email camni...kalau masuk spam memang senang la aku nak clear...tapi kalau ada yang terlepas masuk inbox tu yang menyerabutkan aku nak kena delete satu-satu lak...haish...sabo je la...

kadang-kadang baca email diorang ni memang agak kelakar lah...ayat skema gile...sekali imbas je dah tau dah menipu...nak marah pun ada...ingat aku ni bodoh pe...kalau ikutkan sumber-sumber yang aku percayai, email-email ni semua dari mat-mat negro..haish...

ni ada contoh email-email yang aku terima...baca dan hayatilah baik-baik...jangan sampai anda dan keluarga anda terkena...berhati-hatilah sentiasa...

____________________________________________________________________

Subject:ASSALAMUALAIKUM KESAYANGANSAYA

From:norhasniza binti (binti132@msn.com)

To:

Date:Tu, 23 Aug 2011 11:40:55

Assalamualaikum

Nama saya Norhasnizabinti MohdAmin, dariMalaysia tapi tinggal diLondon. Umur saya 25tahun. Sayasudah 18tahuntinggaldi London bersama ibubapasaya tapi mereka sudah meninggaldunia. Sayatahu jikaanda dapat emel saya dananda akan rasa terkejut. Tujuansaya hantarkanemel inikepada anda kerana sayasedang mencari rakan kongsi niagadan sayahendakberlabur di dalam bidangresort, minyak kelapa sawit, stesenminyakatauperniagaan tentang emas.

Saya hendak berlaburdi Malaysiakerana sayabekerja dengan syarikatminyak bernama Giant Oil and GasCompany diUS, memilikianak ketua Libya, SaifAl-Islam Gaddafi dengan rakankongsi niaga diUS. Tapisekarang kerajaan UShendak menutup syarikat di US danjuga berkaitanLondon.Saya berhubung dengananda kerana saya tidak ada saudaramara atauadik-beradikdi Malaysia,selagipun ayah saya adalah anak yatim dan ibusaya dariIndonesia.Sila tolongsaya dalam pelaburan ini semacam ALLAH lindungisesiapayang perludi bantu danjaga. Saya akan menunggu balasan emel anda.

Terima kasih
Norhasniza bte Mohd Amin

_____________________________________________________________________________________

email ni aku baru je dapat...subject je dah buat aku gelak nak pecah perut...ntah ape-ape ntah...ayat dalam email pun nampak sangat macam ayat translate...dah la skema gile...hahaha...

_____________________________________________________________________________________


Subject:Dear Beloved

From:Mr Omar Hasan (mr.omarhasan@shqiptar.eu)

To:

Date:Tu, 23 Aug 2011 07:43:53

Dear Beloved,

As you read this, I dont want you to feel sorry for me, because, I believe everyone will die someday. My name is Omar Hasan a merchant in Dubai, in the U.A.E.I have been diagnosed with Esophageal cancer. It has defiled all forms of medical treatment, and right now I have only about a few months to live, according to medical experts. I have not particularly lived my life so well, as I never really cared or anyone (not even myself) but my business.

Now that God has called me, I have willed and given most of my property and assets to my immediate and extended family members as well as a few close friends. I want Allah to be merciful to me and accept my soul so, I have decided to give also to charity organizations, as I want this to be one of the last good deeds I do on earth. So far, I have distributed money to some charity organizations in the U.A.E, Algeria and Malaysia. Now that my health has deteriorated so badly, I cannot do this myself anymore. I once asked members of my family to close one of my accounts and distribute the money which I have there to charity Organization in Bulgaria and Pakistan , they refused and kept the money to themselves. Hence, I do not trust them anymore, as they seem not to be contended with what I have left for them.

The last of my money which no one knows of is the huge cash deposit of Thirty Five million dollars $35,000,000,00 that I have with a financial Security Firm abroad. I will want you to help me collect this deposit and dispatched it to charity organizations. I have set aside 35% for your time and service. Please reply me with honesty as soon as you receive this mail.

____________________________________________________________________________________


email kedua ni lagi la aku sakit hati...orang gila mana lah nak kasi duit senang-senang je kat kita kan...macam aku ni bodoh sangat jer nak percaya semua ni...tak faham betul...haish...

nota kaki: nasihat aku untuk korang semua, jangan percaya la dengan email-email daripada orang-orang yang tak dikenali ni...jangan biarkan hidup anda diselubungi penyesalan yang berpanjangan (baca dengan nada rancangan misteri nusantara...hahaha)...

Cerita hujung minggu #2


entry kali ni nak cerita pasal hujung minggu baru-baru ni...plan asal nak pergi kulim melawat baby baru kawan kitorang..nasirah & wan...sekali diorang dah balik kemaman lak...kena tunggu lepas abis pantang la baru kitorang dapat tengok baby diorang tu...

so disebabkan tu plan pun berubah...jalan-jalan di penang...pukul 11 pagi kitorang pergi alor setar dulu naik motor...nak pasang rak box motor my bie yang baru...yang lama dah patah...so urusan pembelian dan pemasangan selesai kira-kira jam 2 petang...merempit balik ke jitra la nak tukar naik motor lak sebab keadaan cuaca yang kurang baik...karang tak pasal-pasal mandi hujan lak...hehe

sampai rumah uruskan apa yang patut terus gerak ke penang...cuaca mendung sepanjang jalan, so pasang air cond tahap 1 je pun dah cukup sejuk dah...destinasi pertama cari DIGI centre dulu...nak uruskan pasal supplementary no...sekali dah tutup ak...hari sabtu buka setengah hari jer...dengan rasa kecewa kitorang pun bergerak ke destinasi kedua...nak pergi JJ lak...tuntut hadiah birthday my bie...hehe

plan memang tak nak beli apa-apa...tapi bila dah masuk je JJ macam-macam lah rasa nak beli...belikan hadiah mak aku dan mak my bie...hadiah birthday diorang...dua-dua bulan 9...so beli sekali la...dah alang-alang banyak sale time nak raya ni kan...aku lak beli printer...lama dah nak beli..baru ni berkesempatan...dapat lah beli mangkuk pyrex dengan diskaun 70%...kalau tak mahal wooo...satu benda yang menarik perhatian aku dan my bie...parking lot kat situ amat luas, berbumbung tinggi dan separuh kosong...haish kalau kat area lembah kelang ni nak cari parking kemain lah payah...

abis je shopping, kononnya nak gerak ke destinasi terakhir la...sekali tengok hujan sangat la lebat kat luar nuu...ingat nak ke queensbay mall...nak buka puasa kat Johnny's steamboat...sebab cek dalam internet kat situ je ada...tapi disebabkan cuaca yang amat tak mengizinkan dan waktu yang dah agak lewat, kitorang pun tukar plan nak buka kat JJ jer...so pemburuan tempat berbuka pun bermula...my bie kata mesti ada gak Johnny's kat situ sebab kat JJ yang besar biasanya ada...

puas la pusing satu JJ tu...dari atas turun ke bawah...sekali jumpa gak...memang rezeki la nak berbuka kat Johnny's...kebetulan ada 1 je lagi table kosong, khas untuk 2 orang...lepas reserved dan tempah makanan, kitorang pun pergi la letak barang-barang shopping kat kereta...tak larat dah nak tolak troli tu ke hulu ke hilir...sementara tunggu waktu berbuka sempat lagi lah pergi setelkan pasal supplementary no kat kedai digi yang ada kat JJ tu...mujur boleh...hehe...

steamboat johnny...yummy-yummy..

bie dengan rambut barunya...hensem tak?

tengok tu bertingkat-tingkat bahan-bahan untuk steamboat...
kenyang sangat-sangat la makan...
lepas kekenyangan berbuka, setelkan apa yang patut, kitorang pun gerak balik ke jitra...my bie siap janji nak bawak aku pergi Queensbay mall bulan depan...sebab aku teringin sangat nak naik jambatan penang tu...yela konon nak pergi tapi tak jadi kan....hehe...

nota kaki: hari sabtu kalau boleh elak lah pergi alor setar...jem woo...mujur kitorang pergi naik motor...boleh cilok-cilok...hehe

Wordless Wednesday #3








nota kaki: macam-macam perangai daa...

Rabu, 17 Ogos 2011

Wordless Wednesday #2






Selasa, 16 Ogos 2011

bonus oh bonus..

sekarang ni tengah hangat isu bonus kepada para kakitangan awam...aku pun salah sorang la yang dapat bonus tu...tapi yang tak best nye aku tak dapat full...kena cut..dapat untuk 9 bulan je...sob3...bajet lari la camni...plan kena rombak balik...hehe


apa pun aku tetap bersyukur...tang merungut tu sikit je eh...alhamdulillah...masih lagi rezeki aku nak dapat kan...biar sikit asalkan berkat...aminn....

so korang yang dapat bonus ni plan nak guna untuk apa?...nak shopping raya ke?...

nota kaki: aku plan nak simpan sikit...harap-harap boleh...haipp disiplin okey simpan duit..kata nak beli rumah...proses mendisiplinkan diri untuk simpan duit amat payah doakan aku berjaya kawan-kawan....hehe

wajah baru myblog

amacam wajah baru blog aku ni?...ok ke makin menyemak?....saje je nak ubah mood...hehe...aku x cukup terer lagi main dengan HTML ni...tapi belajar sikit-sikit la...header blog aku simple je...so sesuai la kot dengan nama blog yang simple ni....;p

Isnin, 15 Ogos 2011

Cerita hujung minggu

aku rasa semua orang ada cara masing-masing macam mana nak isi waktu terluang dihujung minggu...ada yang hanya bermalas-malasan dirumah, ada yang berjalan-jalan dengan yang tersayang dan mungkin ada juga yang bekerja lebih masa mencari sesuap rezeki yang halal untuk mencukupi keperluan diri sendiri dan keluarga...

hujung minggu baru ni aku isi dengan pulang menziarahi mak ayah dan keluarga aku kat kampung...rasa amat lama dah tak balik kampung semenjak duduk nun jauh di utara ni...kekangan kerja dan masa berserta jarak yang jauh membataskan aku untuk selalu pulang kekampung seperti kebiasaan aku sebelum berkhidmat di sini...

alhamdulillah dapat gak la merasa berbuka dan bersahur bersama keluarga walaupun hanya sekali untuk ramadhan kali ni...semoga aku masih lagi berpeluang bersahur dan berbuka dengan semua ahli keluargaku untuk ramadhan yang akan datang...aminn...

rasa mencabar gak nak balik jauh-jauh ni...aku plan dengan my bie balik naik bas je...sebab malas nak drive...so perjalanan balik johor bermula dari alor setar agak lewat dari jadual asal kira-kira jam 9.45malam...so kami bajet mungkin sampai lewat...tapi sampai kira-kira jam 7.30 pagi di stesen bas segamat...awal setengah jam dari perancangan...alhamdulillah kami sempat untuk tumpang bas express segamat-jb untuk sampai ke rumah...

walaupun badan letih tapi aku tetap mampu berborak dengan mak dan kakak ipar aku sampai masuk waktu zohor...udara kampung membuatkan rasa aman bercerita kisah-kisah terkini dibawah pokok rambutan...alangkah seronok kalau dapat bercuti lama...lepas zohor aku sempat mengupas kepala muda yang ayah aku ambil pagi hari tu...my bie lak tolong bakar ayam tua untuk juadah buka puasa...seronok rasanya...penat dan letih tak terasa...

lepas tu kami sekeluarga pergi ke parit sulung untuk beli kerepek dan kuih raya...parit sulung amat sinomin dengan kerepek ubi dan bazar ramadhan yang meriah...kami sempat ditutus hujan semasa melilau-lilau dibazar ramadhan parit sulung...hujan turun agak lebat mengiringi kepulangan kami ke rumah....

buka puasa meja penuh dengan pelbagai juadah...dari air kelapa muda ke abc, dari murtabak daging ke ayam tua masak ungkep...memang enak...buah durian dan buah tembikai susu pun ada...sampai tak habis makan semuanya...lepas solat maghrib my bie dan ayah pergi ke Chaah...nak gunting rambut katanya...tunggu punya tunggu sampai dekat 2 jam tak balik-balik lagi...rupanya menyinggah di rumah Wak Jamin (abang ayah) melawat sepupuku yang sakit akibat ditimpa kemalangan...


waktu malam rumah agak sunyi sebab semua kepenatan dengan pelbagai aktiviti di siang hari...waktu sahur kami makan je lauk berbuka yang tak habis...ditambah dengan lauk telur masak istimewa mak...memang menaikan selera di awal pagi...my bie yang jarang makan banyak masa bersahur makan agak banyak kali ni...hehe...

pukul 7.45 pagi aku dan my bie bertolak ke stesen bas segamat untuk pulang ke jitra...dihantar oleh angah dan isterinya serta mak...sayu rasa hati sebab tak dapat bercuti lama di kampung...tunggu raya baru dapat cuti lama sikit...

perjalanan pulang memang mencabar kesabaran kami sebab bas berhenti di banyak perhentian untuk mengambil dan menurunkan penumpang...serasa macam naik bas berhenti-henti lak...perjalanan yang seharusnya hanya memakan masa kira-kira 9 jam jadi 13 jam...berkematu rasa punggung sebab duduk terlalu lama...atas sebab tu aku dan my bie ambik keputusan untuk drive saja kalau nak balik johor lain kali...rasa membazir masa lak naik bas kalau macam tu...

kepulangan kami kerumah disambut oleh kucing peliharaan kami michan...kesian dia kena tinggal sekor-sekor di rumah...raya nanti kena tinggal lagi lama sebab kami bercuti seminggu...kena sediakan stok makanan yang banyak sebab selera dia makin bertambah semenjak pindah ke sini...rasanya sampai sini je la post kali ni...panjang lebar lak post ni...hehe...

nota kaki:post ni ambil masa 2 hari untuk siap atas kekangan tugas yang agak padat...curi-curi masa je ni untuk hilangkan stress sebentar...

Khamis, 11 Ogos 2011

Special dinner merangkap berbuka puasa sempena Besday my Bie...

malas nak cerita panjang-panjang....jom layan gambar je la...lama dah aku tak tulis entry dengan gambar banyak-banyak...hehe


view dari tepi...






khas untuk my bie...

nota kaki: menu berbuka hari ni...homemade chiken chop, roti sosej, teh panas & air yogurt blackcurrant....tak lupa gak kurma....yummy...


Happy birthday to Mohd Hafiz Hakimi Bin Zahkai

entry kali ni dah lama dah aku karang...karang dalam minda je la...yela nak kasi surprise kat my bie...hehe

so hari ni entry memang khas untuk beliau...kepada siapa-siapa yang rasa menyampah nak baca sila tinggalkan page ini sebab ayat-ayat dalam ni mungkin akan membuatkan korang menyampah setengah jiwa...hehe

ucapan ni ditujukan khas buat my bie...

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-26 kepada suamiku yang tercinta Mohd Hafiz Hakimi bin Zahkai...sila sayang bie sangat-sangat...semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sejahtera di dalam lingkungan rahmat dan keredhaan dari-Nya yang Maha Kuasa...terima kasih diucapkan atas semua yang telah diberikan sepanjang perkenalan, perbalahan, pertunangan dan perkahwinan kita...alhamdulillah segala dugaan dan cabaran dapat kita atasi bersama...semoga tahun ni kita beroleh rezeki yang lebih bermakna setelah lama menunggu...ameen...

ok nak cite sat la pasal besday my bie tahun ni...so layan gambar sekali la ya...zasss...


ni lah dia my bie aku...tengah siap-siap nak g keje




lokasi pertama untuk plan surprise aku...selalu pagi-pagi bangun sahur my bie akan pergi masak air dulu...sekali pagi tadi dia pergi mandi dulu lak...spoil plan aku...


back up plan...letak dalam mangkuk je la nampaknya...hehe


ni la rupa kad hasil tangan aku yang terlebih kaku ni...memang x kreatif la aku tengok....ngeh3...


TADA!!!!....ni la hadiah untuk si Dia tahun ni...hehe...suke x suke x?


gambar ni diambil beberapa hari sebelum besday beliau...projek menyiapkan kad dan hadiah...buat lepas sahur tu...lepas my bie gie keje...hehe....

nota kaki: malam ni nak buat special dinner lak merangkap berbuka puasa la kan...tunggu entry seterusnya kalau nak tau masakan pe aku nak masak tu...hehe....;p

Rabu, 10 Ogos 2011

Wordless Wednesday #1



nota kaki: ni first post aku untuk entry wordless Wednesday...

Selasa, 9 Ogos 2011

rezeki bulan puasa

Alhamdulillah...bulan puasa tahun ni banyak berita baik yang aku dapat...syukur...kalau pun bukan untuk aku tapi untuk family aku, kawan-kawan aku, orang-orang disekeliling aku gak...rasa seronok kan bila orang disekeliling kita happy jer...

semalam dapat berita pasal bonus...pastu bulan puasa kali ni aku dah berjaya turunkan berat badan aku sebanyak 2kg...hehe...sikit-sikit lama-lama jadi bukit...ye tak?...aku tak ada la diet untuk turunkan berat ni...hanya kurangkan pengambilan kuantiti nasi je tiap-tiap hari..

dalam pada dengar macam-macam berita baik, ada gak la aku dengar berita yang tak best didengar...isu paling menarik perhatian aku ialah pasal saman menyaman...parents saman cikgu...cikgu saman parents...tunang saman bekas tunang...suami saman bini dan macam-macam jenis saman lagi la...haish...manusia sekarang memang nampak duit je kan...

kadang-kadang bila difikirkan kembali dah macam tak ada kepercayaan kepada qada dan qadar Allah dah...segala yang berlaku dah ditentukan...jodoh kalau dah tak ada lagi sejam nak nikah pun boleh tak jadi gak...sebab tu dalam islam dah diajarkan konsep wahsatiah...bersederhana dalam kehidupan...bersederhana dalam berbelanja...bersederhana dalam bekerja...bersederhana dalam segala macam aspek kehidupan sama ada didunia mahupun akhirat...membazir tu bukan amalan yang baik...aku rasa kalau kita sentiasa bersederhana tak akan ada kes saman menyaman ni...tak ada yang akan rasa kerugian yang besar bila buat majlis pertunangan yang gilang gemilang....tak akan ada parents yang akan saman guru kalau guru sentiasa bersederhana dalam menghukum murid...

walau apa pun yang terjadi kesalahan tak perlulah diletakan dibahu sebelah pihak jer...kaji dan dalamilah diri masing-masing...sedarilah tiada manusia yang sempurna...percaya dan berpegang teguhlah kepada qada dan qadar Allah...salah satu daripada rukun iman tu...apa guna belajar agama islam jika tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian...

pesanan ni bukan untuk pembaca je bahkan pada diri aku juga...jadikan peringatan dan jangan cepat melatah...tak bermakna makin tinggi taraf pendidikan kita bermakna kita tidak perlu belajar lagi...setiap detik dalam hidup kita merupakan pelajaran yang amat bermakna bagi meneruskan kehidupan yang mendatang...

nota kaki: wahsatiah...aku sentiasa cuba untuk terus mengamalkannya...kadang-kadang hasutan nafsu memang sukar dikawal...marah-marah dan meradang...haish...semoga aku mampu untuk jadi yang lebih baik dari semalam...amin...
p/s: kalau ada terkasar dan tersilap bahasa mohon ditegur dan salam kemaafan kuhulur...bukan sengaja diatas kekhilafan diri ini...;p


Selasa, 2 Ogos 2011

Selamat Berpuasa semua!!!!

walaupun hari ni dah masuk 2 ramadhan aku harap aku belum lagi terlambat untuk wish selamat berpuasa kepada semua pembaca blog aku ni (haish cam ramai je yang baca)...

semalam bermulalah satu episod baru bagi ramai kawan-kawan aku...yang paling best member aku nasirah dah bergelar seorang ibu kepada baby girl yang sangat comel...geram aku tengok gambar baby dia...selamat menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa kepada wan & ira...aku ni ntah bila la nak bergelar ibu kan...semoga ada la rezeki untuk aku dan my hubby nanti...amin...(doakan aku ya kawan-kawan)...

pastu ramai gak yang merasai pengalaman pertama berpuasa, bersahur dan berbuka sebagai isteri/suami...bagi isteri-isteri tu merasa lah bangun pagi masak untuk sahur dan yang suami tu merasalah jadi imam untuk solat tarawikh/pergi ajak isteri ke masjid solat tarawikh...kepada zana & arif, ayie & awie, su & suami, nani & suami, najib & shu, noora & hafiz (ops nama hubby kite sama lah...haha), ela & suami serta yang lain-lain lagi (tak mampu nak tulis semua)...selamat merasai pengalaman pertama itu...hehe...aku da kali kedua dah....

itu je la aku nak tulis hari ni....hehe

p/s: balik raya jauh aku kali ni...waaa