BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Ahad, 5 Jun 2011

Kemalangan berlaku dimana-mana

Aku bukan nak cerita pasal kemalangan jalanraya yang makin lama makin naik statistiknya...tapi nak bagi lagi luas skop kemalangan ni...jatuh tangga pun dikira kemalangan gak..so kemalangan boleh berlaku dimana sahaja dan dengan macam-macam sebab serta akibat yang perlu kita tanggung...

ok la dipendekkan cerita, hari khamis baru ni suami aku atau nama manjanya yang aku beri my bie telah ditimpa kemalangan (maaf ayat agak skema sebab aku tengah belajar balik menulis dengan bahasa melayu yang lengkap...tak nak short form lagi dah...bagi semua boleh baca)...mak ayah aku dah rancang untuk buat kenduri doa selamat pada hari khamis malam jumaat baru ni...so kitorang satu family dengan bantuan mak dan bapa saudara yang tinggal berdekatan pun pakat la rewang petang khamis tu untuk masak juadah kenduri...

my bie macam biasalah, tak reti duduk diam...ada je benda dia nak buat/tolong...ni yang tambah sayang ni...rajinnya dia...disebabkan perlu masak untuk makan orang yang agak ramai, mak pun pinjam la periuk dapur gas yang besar dari mak long untuk masak nasi...periuk ni mak long sorang je la yang reti guna...dah nama pun periuk dia kan...masa masak 1st batch nasi, mak long yang hidupkan api periuk ni...periuk ni guna gas...masa nak masak yang 2nd batch lak my bie la yang tolong basuh beras dan isi beras dalam periuk tu...kebetulan masa nak hidupkan api periuk nasi tu mak long tengah sibuk nak menumis sayur campur...so my bie try lah nak hidupkan sendiri dapur tu berbekalkan sedikit pesanan dan tunjuk ajar mak long sebelum tu...

ntah macam mana boleh lak api menyambar kat muka my bie...abis bulu mata dia sebelah terbakar...masa tu sikit punya risau...takut jadi apa-apa kan...terus bekejar pergi klinik...doktor kata mata just luka jer...dapat la macam-macam ubat...syukur tak ada apa-apa kesan sampingan...tengok la gambo my bie yang dah tak ada bulu mata...ciannye dia....;)

so korang semua hati-hati la pasni ya...malang tak berbau...hehe

0 comments:

Catat Ulasan