BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Khamis, 30 Jun 2011

Kucing

Aku ni jenis yang suka sangat-sangat dengan kucing...walaupun diri sendiri ni agak elergi dengan bulu kucing sampai boleh selesema 2 hari 2 malam tak baik-baik...tapi tetap suka dengan kucing...

Ok kali ni aku nak cerita sikit la pasal kucing...Kucing ni merupakan mamalia karnivor yang telah dijinakkan lebih kurang 3,500 tahun dahulu di Mesir purba sebagai penjaga bijirin di rumah daripada dimakan tikus (sumber: wikipedia)...Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w...kucing juga merupakan seekor haiwan yang penyayang dan manja...jadi tidak hairanlah sekiranya kucing dijadikan haiwan peliharaan di kebanyakan rumah-rumah...

Kucing juga merupakan haiwan yang pembersih dan unik...lidah kucing mempunyai enzim yang boleh membersihkan bulunya...kucing amat menyayangi ahli keluarganya...seekor ibu kucing akan sanggup menjaga anaknya daripada diganggu oleh musuh-musuhnya...ikatan kekeluargaan kucing tidak hanya terhad diantara ibu dan anak sahaja bahkan juga diantara adik beradik yang telah dewasa dengan adiknya yang masih kecil...sekiranya ibu kucing mati, si anak yang tua akan mengambil alih tugas ibunya untuk menjaga adik-adiknya...kadangkala kucing jantan juga akan menjaga adik-adiknya yang masih kecil...

dua gambar ini menunjukan seekor kucing jantan menjaga adiknya yang masih kecil setelah kehilangan ibu mereka...kucing ini merupakan kucing peliharaan keluarga aku dikampung...



Terdapat juga situasi kucing menjadikan haiwan lain sebagai anak angkatnya...lebih-lebih lagi sekiranya haiwan tersebut telah kehilangan ibu kandung mereka...ada kes dimana seekor ibu kucing menjadikan anak anjing dan anak ayam menjadi anak angkat mereka...




Kucing juga mempunyai perangai yang unik...mereka suka bermain dengan benda-benda yang kecil seperti bola, tali, manik dan juga serangga-serangga kecil...keletah kucing juga merupakan salah satu terapi yang baik untuk manusia...perangai setiap kucing tidak sama antara satu dengan yang lain...ini menjadikan kucing peliharaan setiap individu unik dan tersendiri...contohnya kucing peliharaan aku yang diberi nama michan yang amat gemar dengan kotak kosong...michan akan masuk ke dalam kotak sekirannya terdapat ruang kosong yang muat dengan badannya...kadang-kala kotak kecil pun michan akan masuk juga...




michan yang pantang nampak kotak kosong...kecik ke besar ke dia tetap nak masuk gak...

nota kaki: suka tengok keletah kucing yang macam-macam ragam...kalau kat kedai makan ada kucing minta makan mesti bagi walau comot mana kucing tu...kesian kat kucing tu...tak ada orang nak bela dia...

Rabu, 29 Jun 2011

Perantau...

Semalam aku dapat satu berita gembira...dalam aku susah hati dok fikir pasal gaji aku yang tak masuk-masuk ni ada gak berita baik aku dapat...my bie dah dapat pindah ke kulim...alhamdulillah...dekat sikit la kan...

betul kata orang kadang-kadang kita tak tau apa akan kita dapat...dugaan aku 3 bulan lebih tak ada gaji...tapi my bie dapat pindah...ada hikmah disebalik semua tu kan...bersabar lah wahai hati...bersyukurlah dengan apa yang ada...ya Allah...semoga kau berkati perpindahan kami ini...sekarang nampaknya makin jauh lah kami merantau dari kampung halaman...mungkin tunggu aku bersara la nampaknya baru aku dapat balik duduk kat negeri tanah tumpah darahku itu...waa...rindu lama tak balik chaah...huhuhu...

p/s: doa semoga kami sentiasa dikurniakan kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang halal...next plan nak bertiga lak...usaha pasti jaya...cayok2...

nota kaki: hai gaji...harap-harap 30hb ni ko masuk lah...letih dah aku dok call sana sini untuk urusan gaji je...susah sangat ke nak bayar gaji aku yang tak sebanding gaji menteri tu?...tak kan ni salah satu kaedah penjimatan KERAJAAN kot...

Khamis, 23 Jun 2011

3 bulan tanpa gaji

Teruk betul la...semalam kemain la aku ingat gaji aku masuk hari ni cam orang lain...tapi hampeh...harapan je la...masuk okerja tadi awal-awal lagi aku dah cek akaun CIMB aku...mengecewakan...slip gaji ada...tapi gaji tak ada...pe kes...aku tak suka nak marah-marah dalam blog...tapi kes gaji tak dapat ni memang aku marah sangat sebab kawan yang lapor diri pada masa yang sama, hari yang sama dengan aku dah dapat gaji lagi bulan lepas dah...pesal aku tak dapat lak???...

3 bulan ni aku terpaksa survive pinjam ngan adik beradik je nak tampung hidup...mujur ada adik beradik yang memahami, yang boleh tolong, tak berkira langsung...syukur...tapi aku malu gak sebab masuk ni dah 3 bulan pinjam tapi tak bayar-bayar lagi...kalo kereta dah kena tarik balik dah dengan pihak bank...boleh tak korang yang buat gaji tu faham perasaan aku ni...aku ada kereta yang nak kena bayar tiap-tiap bulan...minyak yang nak kena isi untuk pergi kerja...perut yang lapar nak minta makanan...untuk apa aku kerja kalau gaji tak dapat-dapat???...sukarelawan pun ada elaun tau tak!!!!

nota kaki: macam-macam alasan la yang korang bagi bila aku tanya kenapa gaji tak masuk lagi...KERAJAAN dah nak bankrup ke sampai gaji aku yang seciput tu pun tak boleh bayar nak compare dengan gaji pak-pak menteri yang berkali-kali ganda dari aku tu????

Rabu, 22 Jun 2011

Satu hari lagi

Haha...aku tak tau nak post apa hari ni...besok adalah masa yang dinanti-nantikan...

aku suka sangat...besok nak balik jumpa my bie...lagi la aku suka...haha...

alhamdulillah...penantian akan berakhir...TUNGGUUU....


gambo kucing tengah gelak suka...
sumber: pakcik google.com

Ahad, 19 Jun 2011

Seafood Kuala Perlis

kali ni aku nak cerita pasal makan lak...hehe...jumaat malam sabtu baru ni aku dan my bie pergi makan-makan kat kuala perlis...dah nama pun pergi kuala perlis confirm la layan seafood punya...memang sedap dan harga pun berpatutan...walaupun makan dua orang je, tapi order boleh makan untuk 4 orang...haha...sekali sekala pekena seafood...


meja no 7 ya..

sementara tunggu makanan siap amik gambo dulu


sedap-sedap...ada ikan, ketam, kerang


ketam masak pedas...slurp...memang terangkat


kerang bakar...sekilo rm8...yang ni mahal lak aku rasa...haha


ikan siakap masak 3 rasa...abis licin my bie ratah...

memang terangkat la...lain kali nak pergi lagi la...tapi kena tunggu gaji masuk la nampaknya...tapi yang tak bestnya balik-balik je mata belah kanan aku bengkak...ntah sejak bila la gaknya aku ni elergi ngan seafood...tak kira nak makan gak...haha...


aku ni pantang jumpa kucing...mesti amik gambo...sempat la bagi 3, 4 ekor kerang bakar kat miew ni...cian lak aku tengok...hehe...doakan aku murah rezeki ya sang miew yang comel...amin..

Selasa, 14 Jun 2011

Gunung Jerai

Baru-baru ni aku pergi jalan-jalan ke gunung jerai...duduk kat kedah dah 3 bulan baru ni la dapat pergi sana...ok gak la view kat sana...lawa tu nampak sawah...kalau la aku ada DSLR memang aku dah amik dah view-view yang mengancam kat sana...tapi nak buat macam mana kan...mampu guna kamera kompak kodak 12MP je...tu pun syukur ada gak kamera nak merakam kenangan kan...so let the picture tell the story la...
view yang tak berapa nak nampak...















wtc telah berjaya mendaki puncak jerai sehingga ketinggian 1200m dari aras laut..



puncak jerai yang diseliputi kabus (gambar kiri)...bergambar kenang-kenangan (gambar kanan)


laluan menuju ke padang tok sheikh


muka gembira sebab dapat gak ajak my bie pergi naik gunung jerai ni...sejuk dan nyaman udaranya...hehe

Ahad, 5 Jun 2011

Kemalangan berlaku dimana-mana

Aku bukan nak cerita pasal kemalangan jalanraya yang makin lama makin naik statistiknya...tapi nak bagi lagi luas skop kemalangan ni...jatuh tangga pun dikira kemalangan gak..so kemalangan boleh berlaku dimana sahaja dan dengan macam-macam sebab serta akibat yang perlu kita tanggung...

ok la dipendekkan cerita, hari khamis baru ni suami aku atau nama manjanya yang aku beri my bie telah ditimpa kemalangan (maaf ayat agak skema sebab aku tengah belajar balik menulis dengan bahasa melayu yang lengkap...tak nak short form lagi dah...bagi semua boleh baca)...mak ayah aku dah rancang untuk buat kenduri doa selamat pada hari khamis malam jumaat baru ni...so kitorang satu family dengan bantuan mak dan bapa saudara yang tinggal berdekatan pun pakat la rewang petang khamis tu untuk masak juadah kenduri...

my bie macam biasalah, tak reti duduk diam...ada je benda dia nak buat/tolong...ni yang tambah sayang ni...rajinnya dia...disebabkan perlu masak untuk makan orang yang agak ramai, mak pun pinjam la periuk dapur gas yang besar dari mak long untuk masak nasi...periuk ni mak long sorang je la yang reti guna...dah nama pun periuk dia kan...masa masak 1st batch nasi, mak long yang hidupkan api periuk ni...periuk ni guna gas...masa nak masak yang 2nd batch lak my bie la yang tolong basuh beras dan isi beras dalam periuk tu...kebetulan masa nak hidupkan api periuk nasi tu mak long tengah sibuk nak menumis sayur campur...so my bie try lah nak hidupkan sendiri dapur tu berbekalkan sedikit pesanan dan tunjuk ajar mak long sebelum tu...

ntah macam mana boleh lak api menyambar kat muka my bie...abis bulu mata dia sebelah terbakar...masa tu sikit punya risau...takut jadi apa-apa kan...terus bekejar pergi klinik...doktor kata mata just luka jer...dapat la macam-macam ubat...syukur tak ada apa-apa kesan sampingan...tengok la gambo my bie yang dah tak ada bulu mata...ciannye dia....;)

so korang semua hati-hati la pasni ya...malang tak berbau...hehe

Khamis, 2 Jun 2011

Bercuti di kampung memang menyeronokkan...

Aku sebenarnya da lama tak balik kampung kat johor ni...ada la 2 bulan gak...almaklumlah duduk dan kerja makin jauh...nak bagi kewangan stabil dulu balik...baru bleh plan nak balik kampung bagai...hehe...

Selasa malam yang lepas aku naik keretapi dari Alor Setar ke Kuala Lumpur...panjang betul perjalanan aku nak balik kampung kali ni...dari keretapi aku bertukar naik komuter dari KL Sentral ke Bandar Tasik Selatan untuk ke Terminal Bas Selatan (TBS)...dari TBS aku naik bas Cepat Express lak ke Segamat dengan my hubby yang datang dari putrajaya dengan ERL...Kat sebelah ni lah gambar stesen KTMB Alor Setar...bangunan zaman british tu...walaupun lama tapi still nampak kukuh lagi tu...kagum-kagum dengan kemampuan orang-orang zaman tu...aku sempat la ronda-ronda kawasan sekitar...diorang ada bela burung...tak tau burung apa...warna biru...lawa...tapi aku tak ambik lak gambarnya...hehe...

Gambar kedua ni gambar TBS...memang terasa cam naik mesin masa lak...dari bangunan zaman kolonial ke bangunan yang serba canggih cam ala-ala airport gitu...sistem tiket yang teratur, jadual ketibaan dan pelepasan yang jelas tertera pada skrin besar...memang rasa cam kat airport la...siap ada polis bantuan yang akan cek boarding pas sebelum masuk ke balai berlepas...bas pun berlepas mengikut masa yang dah ditetapkan...tak lewat dan tak cepat...cam ni baru nampak kemajuan...hehe...tapi yang failed sikit kat sini bila waktu awal pagi ada 1 je kedai buka...kedai nasi kandar yang tak best mana pun...aku nak breakfast pun terbantut...memang ilang selera la...kedai makan banyak...tapi pagi-pagi tak buka lagi lak...padahal TBS ni da start beroperasi pada awal pagi lagi...rasa bas first dia pukul 7.15 pagi...so kepada para-para penyewa kedai makan kat TBS tu...buka la awal sikit...ramai je pengguna perkhidmatan bas express yang bersedia nak jadi pelangan awal pagi korang...kalau makanan sedap lagi la orang datang...banyak sikit pilihan kedai kalau camtu kan...