BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Jumaat, 7 Oktober 2011

Cerita Hujung Minggu #3 dan Tanaman dari Cameron Highland

Hujung minggu lepas aku dengan my bie pergi lagi ke Cameron Highland (CH)...kitorang pergi pun lepas aku habis kursus induksi...nak lepaskan stress berkursus 2 minggu...hehe...


hari Khamis lepas je habis exam, aku dengan yang lain-lain pergi lunch dulu sebelum check out...lepas check out, kawan aku yani datang ambil aku kat De Palma Hotel...Thanks yani sebab sudi hantar dan ambil aku hari tu...kitorang pergi la shopping jap kat SACC Mall sebelum dia hantar aku ke stesen komuter...sempat la sambar 2 buah buku dengan sehelai t-shirt...lama dah aku tak shopping baju rasanya...kebetulan ade sale...ambil kesempatan la...gaji pun dah masuk kan...hehe....

tepat jam 5.35 petang aku pun gerak ke ipoh dengan menaiki ETS dari KL sentral...perjalanan selama 2 jam 20 minit tak terasa bosan sebab pihak ETS menayangkan cerita kegemaran aku...Harry Potter...tapi akhirnya aku tertidur...tak sempat nak tengok cerita sampai habis...haha...nampak sangat penat...

Sampai kat ipoh, my bie dah tunggu...cian dia kena drive dari kulim lepas kerja...tak buang masa kitorang terus gerak ke CH...jam dah menunjukkan pukul 8.15 malam...sampai kat Kg Raja, CH, view dia memang la sangat cantik sebab diorang pasang lampu yang banyak kat kebun sayur diorang...tapi rugi sebab terlupa nak ambil gambar...ntah bila dapat pergi lagi Kg. Raja tu malam-malam lagi...rasa macam dalam cerita korea lak view kat situ...hehe...

Pukul 10.30 malam, kami pun sampai kat Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) CH...kami sampai dah lewat jadi pejabat pun dah tutup...mujur ada pak guard yang sangat baik hati...siap tinggalkan no telefon kat pondok pengawal sebab dia pergi meronda...lepas selesai urusan check in, kami pun naik ke bilik...buka je pintu bilik... WAAHH!!! luasnya bilik...boleh letak 1 double bed lagi...ni kalau bawa family pun boleh ni...amat berbaloi dengan harga sewa yang hanya rm25 semalam...tak rugi susah payah aku booking hari tu...hehe...

ini lah kami...dalam bilik di RPP CH yang sangat luas

view kawasan RPP dari balkoni bilik sewa kami

dalam bilik ada 2 katil single, tv, astro, 2 sofa, meja kopi,
peti sejuk mini, cerek air elektrik dan almari baju...
memang amat puas hati dan berbaloi-baloi

breakfast kami di pagi jumaat...roti tu beli siap-siap kat KL Sentral

lepas mandi kami keluar balik cari makan...tak dinner lagi...satu je kedai yang kami terfikir nak pergi lewat malam macam ni...restoran en. nik (macam nama ex-bos aku daaa...hehe)...kedai ni terletak kat brinchang...dekat dengan lokasi tapak pasar malam...kami pernah makan steamboat kat situ...sebab tu tau kedai tu buka sampai pagi...hehe...lepas makan balik bilik dan zzzz...penat daa jalan jauh...

pagi jumaat bangun dan breakfast apa yang ada je...malas nak keluar sebab nak keluar untuk check out je terus...disebabkan lokasi RPP ni agak masuk ke dalam dari jalan besar jadi kalau rasa malas nak keluar cari breakfast pagi-pagi, sediakanlah roti dan 3 in 1 untuk alas perut...

lepas check out, lokasi pertama kami pergi adalah MARDI CH...dah pergi banyak kali ke CH tapi tak pernah lagi masuk mardi...macam-macam jenis pokok kami jumpa...yang local ada yang international pun ada...disebabkan gambar ada dalam kamera lagi, tak dapat la aku upload kat sini...hehe...first time aku tengok pokok epal dan pear...macam-macam jenis herba ada...memang menarik tempat ni...ada arnab dan burung yang diorang bela...lama gak kami jalan-jalan kat situ...sampai masuk waktu solat jumaat...

lepas tu kami gerak ke kg sedia...nak makan aiskrim strawberi best buatan orang melayu...bukan aiskrim dalam plastik panjang tu tau...aku suka sangat aiskrim ni sebab owner kedai akan letak sos strawberi atas aiskrim tu...yummy2...lepas tu naik ke brinchang balik untuk lunch...lunch kat foodcourd je...ramai gak students yang datang buat lawatan sambil belajar...maklumlah baru lepas UPSR...hehe

next station kea farm...nak beli sayur-sayuran segar la kan...macam-macam jenis sayur ada kat sini...kalau aku beli memang boleh buat stok untuk sebulan...jagung CH pun tak lupa beli...memang sedap dan manism gitu...kali ni aku tertarik betul nak beli pokok bunga ros...tak tau kenapa...sebab aku ni bukan jenis yang rajin jaga pokok...tapi rasa nak beli gak...jalan punya jalan kat kea farm tu jumpa la yang berkenan dihati...rm12 untuk 2 pokok...angkut je la kan...bunga dia banyak lak tu...hehe...

ni la pokok bunga rosnya...cantik tak?...hehe



ni lagi 1 pokoknya...wangi tau bunga ros ni...

yang ni pokok kaktus aku beli awal tahun masa pergi
bercuti sempena 1st anniversary

susun kat tepi rumah...

lepas beli belah apa yang patut sampai dah masanya untuk gerak balik ke Jitra...walaupun kali ni datang kejap je tapi aku suka sangat sebab apa yang diniatkan dihati dah pun ditunaikan...so kepada penjawat-penjawat awam yang bercadang nak pergi ke CH, bolehlah booking RPP CH...memang berbaloi sebab dapat menjimatkan bajet korang...bajet lebih boleh buat shopping sayur-sayuran segar...hehe

nota kaki: kawan-kawan semua kata tak bosan ke pergi CH selalu...aku memang terus terang kata tak bosan...sebab best dan ada macam-macam kat sana...hehe...sejuk lak tu...maklumlah Jitra tu kalau tak musim hujan cuaca sangat la panas...RPP CH ada gak apartment 2 bilik selain dari bilik biasa...sewa semalam rm50 je...tak ke berbaloi-baloi camtu...

0 comments:

Catat Ulasan