BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Isnin, 13 Mei 2013

Kimi Jr. menu (pasta with tomato chicken)

Menu untuk naomi 2 minggu lepas...bosan da makan bubur je..lagi pun orang dah ada banyak gigi la katakan..hehe...

Bahan-bahan
-pasta (direbus sehingga lembut)
-seulas bawang putih (dicincang)
-minyak zaitun
-isi ayam (dicincang)
-tomato ceri (dicincang dqn dilenyek)
-italian herb

Cara-cara
-toskan pasta yang telah direbus dan ketepikan
-tumis bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau
-masukkan ayam da n kacau hingga masak
-masukkan tomato da biarkan sebentar
-masukkan sedikit italian herb sebagai perisa
-masukkan pasta yang telah ditoskan dan kacau rata
-sedia untuk dihidang



Nota kaki: budak ada gigi laju la makan..yang tak ada gigi lagi boleh la diblend semuanya lepas masak..tambah sedikit air masak..

posted from Bloggeroid

Ahad, 12 Mei 2013

Kimi Jr. menu (sup pasta)

Kali ni nak share resepi sup pasta lak...seronok lak dapat masak macam-macam menu untuk naomi sekarang ni...al-maklum lah gigi dia da banyak...kalau tengok dia makan biskut lagi syok...krap krup bunyinya...disebabkan naomi ni suka makan benda berkuah mama dia pun try la masak sup pasta...suka betul dia hirup sup tu...

Bahan-bahan
-seulas bawang putih dicincang
-sedikit minyak zaitun untuk menumis
-sayur seperti lobak,kacang peas,batang saderi dipotong dadu (saiz agak-agak boleh makan la)
-pasta (ikut la nak banyak mana)
-air
-sedikit serbuk ikan bilis

Cara-cara
-tumis bawang putih sampai naik bau
-tuang air dan biarkan mendidih
-masukkan sayur-sayuran da biarkan seketika
-masukkan pasta dan biarkan sehingga pasta lembut
-tambahkan sedikit serbuk ikan bilis sebagai perasa



Nota kaki: serbuk ikan bilis tu boleh dibuat sendiri...gunakan ikan bilis yang telah dibelah dan dibuang tulang...basuh dan toskan sebelum digoreng tanpa minyak (sangai) sehingga garing...sejukkan dan kisar sehingga hancur...

posted from Bloggeroid

Kimi Jr. Menu (nasi goreng cina)

Lama dah rasanya tak menulis kat blog ni...kekangan masa dengan tugas ditempat kerja dan dirumah yang semakin bertambah...dengan audit mqa yang akhirnya dapat dilalui dengan jayanya dan tugasan seharian sebagai isteri+mama...fuh...memang rasa makin tercabar...

Ok hari ni nak share resipi baru untuk naomi...1st time nak introduce telur dalam diet dia...

Bahan-bahan
-nasi (beras perang)
-seulas bawang putih dicincang
-sedikit minyak zaitun
-daging ayam (dipanggang dan dicincang)
-lobak (dicincang)
-sayur sawi (dicincang)
-sedikit serbuk ikan bilis
-sebiji telur (kuning sahaja)

Cara-cara
-tumis bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau
-masukkan sebiji telur kuning kacau sehingga masak
-masukkan lobak dan sawi masak sehingga agak empuk dan masukkan ayam
-masukkan nasi dan gaul rata
-tambahkan sedikit serbuk ikan bilis sebagai perasa
-siap untuk dihidangkan



Kemain laju lagi naomi makan..suka betul..harap-harap dia ok la makan telur tu..buat masa ni tak ada tanda elergi lagi...

Nota kaki: tunggu lagi resepi kimi jr. yang seterusnya...

posted from Bloggeroid

Rabu, 27 Februari 2013

Gelagat naomi...

Suka sangat post entry pasal naomi...bukan je untuk kenangan aku tapi untuk tatapan dia gak bila dah besar nanti...naomi mesti senyum je kan bila baca blog mama ni nanti...macam-macam cerita mama nak abadikan kat sini...lebih kurang seminggu lagi anak mama ni dah nak masuk 9 bulan...makin aktif dan sangat bijak...plus banyak cakap macam mama dia gak...main sorang-sorang pun membebel je mulutnya...kadang-kadang aku dengan my bie gelak sakan tengok gelagat naomi ni...

Perangai baru dia sekarang kalau orang tak pakai tudung dia tak nak ikut...kalau orang pakai tudung elok je dia nak ikut...al-maklumlah cucu ustazah...hehe...kalau kat rumah ibu dia (pengasuh) ada orang datang tak pakai tudung dia akan nangis pastu sembam muka dia kat pangku ibu dia...

Makin kuat makan dan minum susu mama...sehari dulu 6botol cukup dah...sekarang kena tambah 1 lagi...(sebotol lebih kurang 3oz)...makan bubur, buah dengan biskut...semua homemade punya...confirm licin tak berbaki...dua tiga hari ni dah mula pandai berdiri pegang meja tak pun orang...tak lama lagi dapat kaki pengsan la mama nak kejar...jadi combat pun mama dah makin kurus orang cakap...ops ni orang cakap eh bukan aku cakap...haha...





Nota kaki: hari-hari ada je dia nak buat untuk buli mama...

posted from Bloggeroid

Ahad, 24 Februari 2013

Kisah Suami Isteri #3

Semalam kami suami isteri buat kerja tak dirancang...kitorang ni memang suka main terjah je...pergi berjalan pun ikut suka je nak pergi mana...yang tak ada dalam planning tu la tiba-tiba je jadi...nak dijadikan cerita semalam plan nak pergi jalan-jalan ke Danok je...makan-makan dan cari handbag aku dengan jaket my bie...sekali sampai ke Hatyai dijelajahnya...hehe...sebabnya nak cukupkan niat nak beli baju Naomi yang tak dapat beli minggu lepas...

Ok tutup cerita tu sebab ni nak cerita yang lain ni...masa tengah on the way ke Hatyai tu macm biasa la borak-borak kan...pastu aku nampak lah Toyota Commuter...

Aku : Bie kat sini banyak betul orang bawak Commuter kan..
My Bie : A'ah...
Aku : Apa beza Commuter dengan Hiace ek?
My Bie : Commuter ni besar sikit dari Hiace..
Aku : Ooo...boleh bawak lagi ramai la ek...patutlah orang guna untuk sewa...kat Thailand tak ada ke jual Hiace?
My Bie : tak ada rasanya...
Aku : So kat Malaysia ada Hiace kat Thailand ada Commuter la kan...nape la yang kecik masuk Malaysia yang besar masuk Thailand kan...
My Bie : Eh kat Thailand ada Toyota Commuter...kat Malaysia ada KTM Commuter...lagi besar apa...
Aku : Malas la nak cakap dengan bie..main-main lak...(dalam hati..terkena aku...adeh..)

Aku memang selalu terkena kalau borak-borak dengan my bie ni...ada je idea dia...kadang-kadang nak serius pun dia main-main gak...sabar je la...tapi yang tu la jadi penyerinya...kalau straight je karang bosan lak kan...hehe...

ni KTM antarabandar yang melintas masa kitorang on the way ke Hatyai...
kepala dia keretapi Thailand tapi gerabak KTMB punya...
Kepala keretapi Thailand warna oren ke merah-merahan...nampak gerabak KTMB kat belakang tu...
tapi KTM Commuter tak masuk Thailand ya...hehe...

Nota kaki : Suami isteri ni memang kaki terjah...kata nak pergi tempat lain...tapi tempat lain yang diterjahnya...hehe...

Naomi 1st traning makan buah sendiri...

Tengok la budak bulat ni makan..mula-mula elok je...sekali lepa je sikit terbalik pinggan dibuatnya...















Nota kaki: geram ada comel pun ada...tengok la muka kantoi pastu buat rupa tak bersalah tu...

posted from Bloggeroid

Sabtu, 23 Februari 2013

Cerita Hujung Minggu #12 (Wang Kelian)

Cerita ni dah lama dah..sebelum aku pergi Hatyai lagi..tapi nak cerita gak..hehe..tujuan aku pergi Wang Kelian ni sebab nak beli beras siam..sambil tu cuci-cuci mata la sekali..kononnya tak nak beli benda lain..sekali ada je yang berkenan di hati nak kena beli gak...haha..perempuan memang pantang kan nampak benda yang menarik sikit...nafsu nak membeli tu payah nak tahan...ngeee...----
Wang Kelian ni merupakan sempadan Perlis, Malaysia dengan Satun, Thailand...kat sini rakyat Malaysia dan Thailand bebas keluar masuk tanpa dokumen seperti pasport ataupun border pass tetapi terhad sehingga 1km dari pintu sempadan...kalau dekat sebelah Malaysia ruang niaga yang disediakan merupakan bangunan bertingkat tetapi disebelah Thailand lebih kepada gerai tepi jalan...aku dan my bie pernah pergi sekali dulu masa tahun 2011 dan gerainya hanya menggunakan payung seperti di pasar malam/ pasar sehari di Malaysia...tapi lawatan kali ni aku tengok kerajaan Thailand telah membina gerai kayu di tepi jalan untuk para peniaga...agak menarik dan lebih tersusun kelihatannya...

My bie dgn Naomi kat depan salah satu gerai...cuaca panas tapi angin kuat...

gerai bergerak...jual air, makanan...

kiri kanan penuh dengan gerai...

nampak tersusun je kan...tak ada la serabut dengan payung bagai...

tak muat kat dalam kedai tambah kat luar gak...

kat sini boleh guna duit MYR..tapi ada masalah bahasa sikit sebab tak
semua peniaga reti bahasa melayu...

kat pintu masuk sempadan...tengok la hasil beli belah...
niat nak beli beras je..sekali dengan tikar, beg pun hangkut gak...

Naomi buat muka pelik lak...

Mama dengan Naomi tengok screen...papa je tengok kamera...hehe

Laluan pejalan kaki kat tepi atas simen tu...

ni kat tepi pagar sempadan....
Nota kaki: walaupun cuaca panas tapi angin kuat jadi tak berapa berpeluh...yang penting bawa payung dan payung tu kukuh...kalau tak terbang dek angin je karang...hehe

posted from Bloggeroid