BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Ahad, 4 Ogos 2013

Kehilangan...

Bulan Jun merupakan waktu yang amat sukar bagi sorang member lepak kat tempat kerja aku ni...beliau telah kehilangan suami tercinta dalam satu nahas jalan raya...disebabkan kami agak rapat aku pun terasa tempiasnya...sedih dan terkilan...walaupun kami kenal baru setahun lebih tapi sebab kami mengandung sama-sama, dapat anak pun sebaya jadi kami selalu berkongsi cerita dan rahsia..kami berasal dari negeri yang sama merantau jauh ke tempat orang demi mencari rezeki...kebetulan arwah suaminya pun bekerja di Kulim dan berulang alik hari-hari ke Jitra...sama macam my bie...bawak moto pun sama...semua tu betul-betul meninggalkan kesan yang amat pada aku...kejadian berlaku sewaktu arwah suaminya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja...kecederaan di kepala yang parah dikatakan punca kematianya...

Aku di antara orang terawal yang tahu berita disebabkan telefon kawan aku tu tak dapat dihubungi...dan kebetulan pula aku berada di KL semasa hari kejadian...terpaksa meminta tolong seorang lagi teman melepak untuk menyampaikan berita...berita kemalangan tu menyentap tangkai jantungku membuatkan aku kelu tak berkata...arwah suaminya koma sehari sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor...kebetulan aku sekali lagi berada disisi kawanku itu...tidur aku jadi tak lena bila terkenangkan dia...tangisan dan keluhannya masih terngiang-ngiang ditelinga...aduannya bila mana anaknya yang masih kecil telah kehilangan ayah membuatkan aku rasa betapa mudahnya Dia mengambil semula apa yang Dia telah beri pada kita...rasa mampukah aku menanggung sekiranya itu yang terjadi kepadaku...aduh...terasa amat kerdil diri ini...menginsafi kekhilafan selama ini...hidup bukan untuk menongkat dunia...buat temanku, ku harap kau bersabar di atas dugaanNya...kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan...walaupun jodohmu di dunia hanya sebentar cuma, tapi yakinlah Dia tau itu yang terbaik buatmu...

Kehilangan dalam masa umat islam sedang menunggu ketibaan Ramadhan pasti terasa amat sukar buatnya...dengan keluarga jauh...berdua diperantauan dengan anak yang masih kecil...tapi ketahuilah teman kesukaran dan kesedihan mu tebalas jua dengan berita gembira bila mana permohonan pindahmu berjaya jua...kini aku terasa kehilangan lagi...kurang seorang kawan melepak bersama...tiada lagi cerita suka duka membesarkan anak, tiada lagi ceria tawa dan gurau senda di cafe tengah...aku doakan penghijrahanmu kembali ke tanah kelahiran dilimpahi berkah dariNya...doakan kejayaan permohonan aku juga ya...

nota kaki: post ni special aku karang untuk kau Nurizan Tahir...semoga kau gembira di PIS disamping keluarga tercinta...jangan lupakan kami kat sini ya...waaa...tetiba rasa sayu lak hati ni...

Selasa, 30 Julai 2013

Lamanya dah tak menulis

Last entri awal bulan 6...sekarang ni da hujung bulan 7...rindu sangat nak menulis kat blog ni tapi disebabkan kekangan masa tak sempat...banyak entri pasal umrah dok pending lagi tu...tak habis karang lagi...balik umrah hari tu baru mula semester baru...jadi agak sibuk dengan urursan pendaftaran...lepas tu masuk minggu kuliah sibuk dengan kelas...semester ni dapat ngajar subjek baru...terkontang kanting sat nak belajar benda baru...dengan nota tak cukup lagi...

Kerja sampingan yang berlari-lari masuk dalam bakul IN daripada duduk kat bakul OUT buat aku jadi stress...bos cuti bersalin so semua kerja dia kena take over...ni baru dapat bernafas sikit sebab akhirnya nampak dah jalan...nampak dah cahaya...kerja banyak dah setel...LEGA...harap boleh setel semuanya sebelum cuti raya ni...kerja kalau kena tunggu respon orang ni yang payah ni...kena call balik remind...tapi tak pe la...kadang-kadang diri ni terlupa terkhilaf gak...merungut-rungut...padahal kerja tu satu ibadah...nak-nak dalam bulan yang mulia ni...jom berusaha mengIKHLASkan diri dalam bekerja...insyaALLAH diberi GANJARAN yang BESAR...selamat bekerja untuk semua yang bekerja...tak kisahlah kerja sendiri ke kerja rumah ke...semua tu tetap kerja yang menjanjikan PAHALA...asalkan bukan kerja yang HARAM dan SALAH disisi AGAMA...ops terberi tazkirah lak...

Nota kaki: curi masa sikit sambil marking kuiz student...hehe...

Jumaat, 7 Jun 2013

Umrah with family #3

Hari kedua

Semua jemaah perlu membiasakan diri dengan perubahan masa...beza masa disini dengan di Malaysia lebih kurang 5 jam lewat...disebabkan kami sampai di Madinah sudah hampir masuk waktu subuh, maka jadual terpaksa dirombak semula...lawatan ke masjid nabawi dan raudah yang dijadualkan pada awal pagi sebelum subuh ditunda kepada selepas waktu zuhur...Alhamdulillah dipermudahkan Allah kami untuk masuk ke raudah melawat makam Rasulullah swt dan bersolat di sana...azam kami untuk pergi lagi selepas waktu isyak diperkenankan walaupun perlu menunggu agak lama...naomi aku tinggal dengan my bie...my bie yang bawa naomi solat dan masuk ke raudah...terasa kesayuan hati ini takala berada di raudah...gembira dan sedih bercampur baur...moga kami diberi kesempatan lagi untuk ke sana semula...

Hari kedua ditamatkan dengan aktiviti membasuh baju...hehe...balik dari masjid nabawi dengan keadaan lapar tak makan tu...demi masuk ke raudah...semoga pengorbanan kami ini diredhai olehNya...

Nota kaki: selepas asar kami sempat berjalan-jalan disekitar kawasan masjid...tengok dan beli barang-barang kat situ...

posted from Bloggeroid

Umrah with family #2

Hari pertama

Perjalanan yang panjang dan hari yang panjang pernah aku lalui...disebabkan kami bermusafir ke sebelah barat maka kami seperti mengejar siang...siang yang biasa dilalui hanya 12 jam bertambah menjadi kira-kira 16 jam...badan dah kata malam tapi keadaan sekeliling masih terang...

Perjalanan bermula dari KLIA - Muscat selama 6 jam dengan pesawat Oman Air...dalam kapal terbang naomi mula meragam...nak main...aku pun biar je dia main kat ruang kaki aku...masuk bawah kerusi je la kerja dia...





Makanan sepanjang penerbangan memang best...tak sempat lapar dah makan lagi...6 jam tu kerjanya makan, tengok movie, tidur...haha...









Naomi pun dapat makanan gak...penat main...perut pun kenyang dia tidur macam mama dia ni tilam yang paling empuk sekali...baru la rilex sikit bila dia dah tidur...tapi tak boleh bergerak kemana la...

Sampai muscat terpaksa lepak kat airport je...2 jam tu tengok orang lalu lalang je la...naomi mula ngamuk minta lepaskan...nak bebas main atas lantai...

Perjalanan dari muscat ke jeddah lak 6 jam...dapat sekali makan tapi mata dan badan dah tak larat jadi makanan tu masuk dalam beg je la...sampai jeddah nak check out dari airport ambil masa yang sangat lama...my mil kata dugaan je semua ni...yela niat nak pergi tempat baik kan...banyak la dugaannya...hampir 2 jam urusan nak check out je...lepas solat terus naik bas untuk ke madinah...4 jam lebih kurang dalam bas semua tidur kepenatan...berhenti sebentar kat rnr untuk makan malam sebab waktu kat sana baru lepas isyak...tapi kalau kat malaysia dah masuk awal pagi dah...makan pun sikit je...my bie tak makan langsung...sampai madinah dah hampir waktu subuh...kat sana waktu subuh pukul 4 pagi...lepas check in hotel terus bersiap untuk solat subuh di masjid nabawi...lepas solat dan breakfast masing-masing tidur kepenatan kat bilik...

Nota kaki: kami duduk 4 orang sebilik...disebabkan naomi pun dapat katil maka my bie pindah masuk duduk sebilik dengan aku...hehe..

posted from Bloggeroid

Isnin, 13 Mei 2013

Kimi Jr. menu #3 (pasta with tomato chicken)

Menu untuk naomi 2 minggu lepas...bosan da makan bubur je..lagi pun orang dah ada banyak gigi la katakan..hehe...

Bahan-bahan
-pasta (direbus sehingga lembut)
-seulas bawang putih (dicincang)
-minyak zaitun
-isi ayam (dicincang)
-tomato ceri (dicincang dqn dilenyek)
-italian herb

Cara-cara
-toskan pasta yang telah direbus dan ketepikan
-tumis bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau
-masukkan ayam da n kacau hingga masak
-masukkan tomato da biarkan sebentar
-masukkan sedikit italian herb sebagai perisa
-masukkan pasta yang telah ditoskan dan kacau rata
-sedia untuk dihidang



Nota kaki: budak ada gigi laju la makan..yang tak ada gigi lagi boleh la diblend semuanya lepas masak..tambah sedikit air masak..

posted from Bloggeroid

Ahad, 12 Mei 2013

Kimi Jr. menu #2 (sup pasta)

Kali ni nak share resepi sup pasta lak...seronok lak dapat masak macam-macam menu untuk naomi sekarang ni...al-maklum lah gigi dia da banyak...kalau tengok dia makan biskut lagi syok...krap krup bunyinya...disebabkan naomi ni suka makan benda berkuah mama dia pun try la masak sup pasta...suka betul dia hirup sup tu...

Bahan-bahan
-seulas bawang putih dicincang
-sedikit minyak zaitun untuk menumis
-sayur seperti lobak,kacang peas,batang saderi dipotong dadu (saiz agak-agak boleh makan la)
-pasta (ikut la nak banyak mana)
-air
-sedikit serbuk ikan bilis

Cara-cara
-tumis bawang putih sampai naik bau
-tuang air dan biarkan mendidih
-masukkan sayur-sayuran da biarkan seketika
-masukkan pasta dan biarkan sehingga pasta lembut
-tambahkan sedikit serbuk ikan bilis sebagai perasa



Nota kaki: serbuk ikan bilis tu boleh dibuat sendiri...gunakan ikan bilis yang telah dibelah dan dibuang tulang...basuh dan toskan sebelum digoreng tanpa minyak (sangai) sehingga garing...sejukkan dan kisar sehingga hancur...

posted from Bloggeroid

Kimi Jr. Menu #1 (nasi goreng cina)

Lama dah rasanya tak menulis kat blog ni...kekangan masa dengan tugas ditempat kerja dan dirumah yang semakin bertambah...dengan audit mqa yang akhirnya dapat dilalui dengan jayanya dan tugasan seharian sebagai isteri+mama...fuh...memang rasa makin tercabar...

Ok hari ni nak share resipi baru untuk naomi...1st time nak introduce telur dalam diet dia...

Bahan-bahan
-nasi (beras perang)
-seulas bawang putih dicincang
-sedikit minyak zaitun
-daging ayam (dipanggang dan dicincang)
-lobak (dicincang)
-sayur sawi (dicincang)
-sedikit serbuk ikan bilis
-sebiji telur (kuning sahaja)

Cara-cara
-tumis bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau
-masukkan sebiji telur kuning kacau sehingga masak
-masukkan lobak dan sawi masak sehingga agak empuk dan masukkan ayam
-masukkan nasi dan gaul rata
-tambahkan sedikit serbuk ikan bilis sebagai perasa
-siap untuk dihidangkan



Kemain laju lagi naomi makan..suka betul..harap-harap dia ok la makan telur tu..buat masa ni tak ada tanda elergi lagi...

Nota kaki: tunggu lagi resepi kimi jr. yang seterusnya...

posted from Bloggeroid