DIY kali ni guna mesin jahit baru la...lama dah nak beli tu...dah dapat kena la gunakan...projek pertama nak jahit instant shawl...kain dah beli lama dah...malam tu gak excited nak menjahit...sekali benang tak lekat...tanya dengan pakcik google kena tukar tapak dengan guna jarum emas sebab kain lycra tak boleh guna jarum biasa...terbantut hasrat...jadi misi mencari jarum dan tapak lain lak...jarum dah dapat tapak lak tak ada stok...dari sumber blogger tukang jahit boleh cuba letak pita pelekat kat bahagian bawah tapak...dan akhirnya berjaya gak jahit shawl pertama...walaupun jahitan sememeh...dengan bengkang bengkok macam ular kena palu...kelim tepi pun huru hara kejap besar kejap kecik saiznya...tapi tetap puas hati dapat jahit sendiri...hehe...semalam siap beli kain lagi nak buat shawl lagi...kain lycra senang tak payah gosok..ngeee...
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
5 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan