BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Selasa, 16 September 2014

Resepi #21 Yong Tau Foo

Hari ni tekak nak makan chinese food lak..Yong Tau Foo...memandangkan tengah minggu ni pasar malam tak ada...kalau ada pun tunggu petang baru boleh beli...jadi kita cuba lah buat sendiri...resepi hasil google dan diolah semula ikut bahan yang ada kat dapur rumah kecik aku ni...bahan yang tak ada tak tah bubuh...hehe...jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahan untuk sup...
-segenggam ikan bilis
-sebiji bawang besar dihiris
-3 ulas bawang putih dititik
-1 inci halia dititik
-1kiub pati ayam
-sedikit minyak
-garam secukupnya

Cara-cara
-tumis bawang putih dan goreng ikan bilis...dalam masanya sama panaskan 2cawan air..
-setelah air mendidih masukkan kesemua bahan lain termasuk bawamg putih dan ikan bilis...
-kecilkan api dan biarkan.ia mereneh selama sejam...

Bahan-bahan sos hitam...
-secawan air
-setengah cawan kicap pekat
-2 sudu besar taucu dibasuh dan dilenyek-lenyek
-1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
-gula secukup rasa
-sedikit minyak

Cara-cara
-tumis taucu sehingga naik bau...masukkan air biar sehingga mendidih..
-masukkan gula dan kicap cair...kacau hingga mendidih...masukkan tepung jagung kacau dan biarkan sebentar sebelum di angkat...

Bahan-bahan sos pedas...
-2 sudu besar lada kering yang telah dikisar halus
-secawan air
-garam dan gula secukupnya
-1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara...
-masak air sehingga mendidih...masukkan lada kisar...biar sehingga lada masak...
-masukkan gula dan garam secukupnya..kacau sebentar...
-masukkan tepung jagung kacau sebentar sebelum di angkat...

Bahan-bahan isi
-sosej, fillet ikan, bebola ikan, bebola sotong, bebola udang, fillet ketam, kangkung dll dicelur sebentar...angkat dan potong kecil-kecil sebelum dihidang..

Siap untuk dihidang...

Nota kaki: makan panas-panas sedap...sesuai untuk minum petang...kalau beli kat pasar malam dekat RM 20 nak dapat banyak macam tu..sos siap ada lebih boleh simpan dalam peti sejuk...

Jumaat, 12 September 2014

Bila umur dah tambah lagi..

Ok sebab hari ni angka aku bertambah lagi mari sama-sama doakan aku yang baik-baik saja boleh?..haha..tak malu betul..apa-apa pun terima kasih banyak-banyak untuk sedara mara, kawan-kawan yang wish..hadiah tak ada ke?..hehe..

Tak ada yang special sangat pun..sambut macam hari biasa je..tapi dapat suprise gift dari my bie..susah payah tu sampai pergi kilang beli sebab kat kedai tak ada stok..waaa..thank you so much sayang..tak minta pun..tapi orang da bagi amik je la..haha..sebenarnya.teringin yang model lain..sekali dia bagi model yang lagi banyak fungsi..mesti rasa tertanya-tanya apa hadiahnya kan..

Tat taraaaa...

Nota kaki: nampaknya kena tambah rajin masuk dapur la ni..tak boleh poteng da..haha

Khamis, 11 September 2014

Resepi #20 Nasi Arab (Kambing)

Lama dah nak share resepi ni...masak pun masa besday my bie..tapi kesibukan membataskan waktu..ayat puitis sangat lak..haha..resepi ni hasil olahan aku mengikut cita rasa dan ke'available'an bahan-bahan tersebut kat dapur kecik aku tu..lepas google pastu cek ubah mana yang patut hasilnya my bie puji bertingkat-tingkat..haha..perasan..jom layan..

Bahan-bahan untuk rebus
-3-4 keping daging kambing frozen (boleh beli kat pasaraya tak pun tukar kepada ayam/lembu)
-1sdb serbuk ketumbar
-1sdb serbuk jintan manis
-1sdk serbuk kunyit
-garam

bahan-bahan untuk dikisar kering
-1sdb jintan manis
-1sdb jintan putih
-1sdb ketumbar
-1sdb lada hitam
-1sdb buah pelaga

bahan-bahan tumis
-1biji bawang besar
-2-3 ulas bawang putih
-kulit kayu manis
-bunga lawang
-buah pelaga
-sedikit minyak zaitun

Cara-cara
-rebus daging dengan bahan-bahan rebusan selama 1-2 jam dengan api perlahan untuk dapatkan stok daging...
-cuci 3 cawan beras dan toskan..
-tumbuk bahan-bahan tumis dan tumiskan sehingga naik bau...masukkan bahan-bahan kisar kering dan gaul sebentar...
-masukkan beras yang telah dicuci dan goreng sebentar bersama rempah...pindahkan beras ke dalam periuk nasi dan tambah stok rebusan daging...
-setelah nasi masak titiskan sedikit pewarna kuning dan masukkan daging kambing..tutup semua periuk nasi dan biarkan dalam keadaan warm sementara menyediakan sambal dan salad..

bahan-bahan salad
-2-3 biji tomato dipotong dadu..
-1biji timun dipotong dadu...
-1batang lobak merah dipotong dadu..
-1biji bawang besar dipotong dadu..
-1biji lada besar dihiris..
-sedikit garam, gula dan cuka..
*kesemua bahan dicampur dan digaul secukup rasa masin, manis dan masamnnya...

bahan-bahan sambal
-3 biji lada besar (merah)
-2-3 biji lada cili api (ikut kepedasan)
-1biji tomato
-1biji bawang besar
-belacan, garam, gula dan jus limau
*kesemua bahan dikisar halus dan dicampur perasa secukupnya...

*untuk kuah boleh gunakan air stok rebusan kambing sebagai sup..

makan 3 orang pun tak habis..huhu..terbanyak lak masak..
Nota kaki: aku dengan my bie memang peminat daging kambing..so kalau masak nasi arab memang layan kambing je..beras tu aku guna beras biasa je so tak la dapat nasi panjang-panjang..hehe