BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Isnin, 28 Mei 2012

Cerita Hujung Minggu #8

Cerita hujung minggu kali ni tak panjang sangat pun...sebab tak ke mana-mana...duduk rumah berehat je memandangkan badan pun dah semakin memberat...tak larat nak tampung diri...haha...macam biasa disebabkan cuti hujung minggu aku dengan my bie tak sama (aku cuti jumaat-sabtu, my bie lak sabtu-ahad)...hanya hari sabtu je la peluang aku nak bermanja dan bermalas-malasan dengan yang tersayang...hehe...dah petang baru kitorang keluar rumah...boring lak terperap je dari hari jumaat kan (untuk aku je la, my bie kerja hari jumaat)...tujuan utama nak pergi tepi bendang ambil gambar sawah padi yang baru mula ditanam...hijau saujana mata memandang...tapi sebelum tu sempat lagi pergi ke Gaint Alor Setar beli lauk sikit untuk seminggu ni sebelum bercuti panjang 3 bulan...disebabkan cuaca yang agak panas aku ajak my bie pergi minum air kelapa pandan kat Mergong...memang syok la panas-panas minum air kelapa yang segar dan sejuk tu kan...nyummy...

Lepas puas shopping yang tak seberapa tu, kitorang pun pergi la cari port cantik untuk ambil gambar...ni la kali pertama dalam hidup aku pergi turun kat petak sawah nuuu...macam orang jakun lak...al-maklumlah anak jati Johor ni dibesarkan dengan pokok sawit jer...haha...dengan terboyot-boyot bawak perut ada hati nak jalan atas batas...dalam hati cuak gak kalau ada parasit yang tak sepatutnya menggigit karang...mau jerit kuat-kuat nanti...haha...tapi agaknya haiwan-haiwan parasit tu kesian kat mak buyung ni jadi diorang pun tak kacau la aku...haha...selamat...ok jom layan gambar lak...view memang best la sebab time tu dah lewat petang dan matahari pun nak terbenam dah...subhanallah...memang cantik alam ciptaan Allah ni...

subhanallah
smile...

ada rumah orang tu kat situ...



my bie...
mak buyung...;p


cantik kan...

view matahari nak terbenam...

kami dekat pintu air...

alamak gemuknya aku...waaa...

tak clear lak gambar ni..

 

 

nota kaki: memang nampak cam orang jakun kan...haha...mujur plat kereta no wilayah, kalau orang tengok pun tak pelik la kan...orang bandar masuk bendang...harharhar....


Isnin, 21 Mei 2012

Cerita Hujung Minggu #7

Cerita hujung minggu kali ni aku nak rangkumkan sekali untuk beberapa hujung minggu sepanjang bulan Mei ni...almaklumlah ke'bizi'an melanda dikala musim mengawan ops exam bermula...sekarang ni sebab segala macam urusan exam dah setel (eh tinggal kerja print transkrip jela...) aku pun dah jadi tak tau nak buat apa...update blog je la...kebetulan officemates ramai pergi kursus solekan anjuran PUSPANITA...aku je yang tak minat nak solek-solek ni...rimas kot...hahaha...

Ok cerita bermula dengan hujung minggu penghujung bulan April, aku amik cuti sampai hari pekerja...balik Johor...yela lepas ni kena kuarantin tak boleh jalan jauh-jauh dah...balik sana pun sebab sepupu kawen sekali buat majlis doa selamat untuk bakal-bakal cucu mak ayah aku nanti...setahun sekali dapat dua tu...hehe...dah memang ditunggu-tunggu...sempat gak la bershoping sakan kat segamat...dari Jakel sampai ke Kips Mart...naik bengkak kaki aku sebab banyak sangat berjalan...akak ipar aku rilex je sekali malam semput...hehe...penangan terlebih berjalan la tu...

hasil tangkapan kat pasar...hehe...
tang ketam yang syok tu...
ni gambar sepupu aku kawen...

Hujung minggu pertama bulan Mei lak aku amik cuti lagi sampai hari isnin...kali ni balik Terengganu lak...lama dah tak balik sebab tak ada cuti panjang...lepas ni raya gaknya baru sampai Terengganu balik kot...sebab pantang pun kat Johor...disebabkan dah lama tak balik so aktiviti melawat rumah sedara mara pun berjalan seperti dirancang...shopping lagi kali ni kat Mydin lak...memang kopak la aku bulan ni...haish...plan konon-konon nak amik gambar perut buncit tepi pantai terpaksa dibatalkan sebab kamera terlupa nak bawak balik...hai kempunan mak baby...bukan baby tau...haha...sempat la beli keropok sira banyak-banyak untuk jamu offficemates...tu pun diorang kata tak cukup...ramai sangat staf JKE ni...balik dari Terengganu boleh pergi singgah kat Cameron Highland tu sebab my bie tak nak bagi wife kesayangan dia ni kempunan tak dapat makan buah strawberi dengan jagung manis CH...tak pasal-pasal ngences Kimi Jr. karang....hehe...

Hujung minggu seterusnya aktiviti bersantai-santai dirumah jer bersama my bie tercinta...ngeeee...pastu kena paksa dengan my bie pergi klinik gigi sebab tampalan gigi pecah 2hari sebelum tu...terseksa nak makan weh...dah la dok lapar manjang...berat pun mencanak naik dah ni...tampal 2 batang gigi geraham belah bawah kanan dan kiri dengan kos RM130...wow kaya la Dr. Gigi kan...haha...mujur la my bie boleh claim dengan company tempat dia kerja...kalau tak nganga je la tengok duit tu hangus...lepas tampal tu memang syok la makan...daging keras pun boleh gigit dah...hehe...

Akhir sekali hujung minggu baru ni...aktiviti bersantai diteruskan sebab aku dah tak larat nak berjalan sangat...tapi sempat lagi pergi shopping barang dapur sikit kat Tesco Mergong tu...lalala...my bie sempat gak tolong belek bunga ros aku yang dah kena serangan ulat tu...aku tolong tengok je dari muka pintu sebab tak larat dah nak belek bunga lama-lama...sakit pinggang nak mencangkung lama-lama...habis rosak bunga aku dikerjakan sang ulat durjana...waaaaa...sayang woo beli kat Cameron Highland tu...habis togel dah pokok aku sebab terpaksa gunting daun-daun dan bunga-bunga yang rosak...racun baru je beli kat Tesco tak sempat nak sembur lagi...tunggu hujung minggu ni lak kot...lalala...

nota kaki: post kali ni tak ada gambar sebab penyakit M telah menyebabkan aku tak cukup masa nak transfer gambar dari kamera...muahahaha...

Jumaat, 18 Mei 2012

Kimi Jr. #4

barang terakhir yang aku beli untuk persediaan nak sambut orang baru kali ni adalah breast pump dengan set bersalin...dua-dua benda ni yang paling mahal aku beli...sebab mahal jadi tetiap bulan kena la simpan sikit-sikit dan akhirnya dapat gak...breast pump aku beli jenama spectra3...aku beli sebab boleh buat double pumping...tengok akak kat office tu guna cam best je...hehe...siap amik testimoni dia lagi...pump tu aku beli bayar bulan-bulan start dari bulan Disember tahun lepas lagi...azam nak bagi fully breastfeed kat first baby yang ditunggu-tunggu memang membuak-buak...mau taknya baru preggy 3 bulan dah start survey dah breast pump...hehe...aku beli harga dia dalam RM300++...demi baby mahal sikit pun tak pe la kan...

semalam lak set bersalin yang aku order sampai...beli by post je sebab akak tu bg harga bawah rm300...kos penghantaran percuma...baca testimoni orang yang beli dengan dia semua puas hati je...ok la kan...lagipun nak pergi jengah dari satu kedai ke satu kedai jamu untuk banding harga tak berbaloi lak rasanya...kaki pun da start bengkak mau tak larat nak jalan lama-lama...

tada...ni la barangnya...hehe...
nota kaki: agak-agak baby ni jadi anak johor ke kedah la ek?...hehe

Khamis, 17 Mei 2012

Pati Delima Gulsan

hari ni hari untuk rilex-rilex je...kerja kat unit exam dah siap, x-compile pun dah buat...students pun dah cuti, kelas tak ada...memang horay la nampaknya...horay kejap je sebab minggu depan datang kerja lain lak...print transkrip, attend kursus...hehe...

tadi sempat la borak-borak kejap dengan akak-akak officemates...macam-macam cerita keluar...dari hal-hal kesihatan sampai la barang kegunaan rumah...gosip-gosip tak ada ya kali ni sebab semua perkongsian ilmu je...dalam banyak-banyak cerita tu aku tertarik la dengan satu produk berkaitan kesihatan ni...PATI DELIMA GULSAN...akak-akak ni bagitau banyak khasiat dia...ada sorang akak tu mak dia ada darah tinggi dengan kencing manis...bila ambil pati ni alhamdulillah dengan kuasa Allah dah semakin baik...sebelum ni dah macam-macam ubat dan cara dia buat...

sambil-sambil tu aku pun rajinkan tangan la tanya dengan pakcik GOOGLE pasal pati ni...banyak betul khasiatnya...memang nak cuba la gak...lagipun dari hari tu mak aku dah suruh makan buah delima, tapi aku je yang malas sebab nak abiskan sebiji tu 'bercinta' la jawabnya...biji halus sangat...penat nak habiskan...ni bila tau ada pati macam ni lagi senang...terus ngap je...haha...tak senonoh betul ayat...so aku nak share la khasiat buah delima ni kat semua pembaca blog ni...macam ramai je yang baca kan...perasan betul...keh3...khasiat yang paling menarik bagi aku ialah sebab sesuai untuk kerharmonian rumah tangga...untuk jaga yang dalam-dalam tu...hehe...ops...sensored...

ni la rupanya PATI DELIMA GULSAN tu...

~KHASIAT PATI DELIMA GULSHAN~

Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-

  1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
  4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
  5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
  6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
  7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
  8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
  9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
  10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
  11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
  12. Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
  13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
  14. Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
  15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
  16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
  17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang...!!! :)
  18. Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
  19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata
Additional info >>>

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

Jus Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-
  1. Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
  2. Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal 
  3. Membersihkan hati dan urethra
  4. Memperkuatkan sistem penghadaman
  5. Membuang lemak-lemak berlebihan
  6. Meningkatkan tenaga
  7. Mencegah ‘morning sickness’
  8. Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
  9. Mencantikkan dan mencerahkan kulit
  10. Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
  11. Boleh meghilangkan kahak
  12. Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
  13. Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua
Diingatkan bahawa kita hanya berusaha...yang akan sembuhkan adalah dari ALLAH TAALA...

kredit to

nota kaki: rehat ni gak aku nak pergi kedai tu nak beli pati delima gulsan ni...hehe...semangat betul kan...

update: mak aku dah cuba dah...sebelum ni gula dalam darah dia tinggi...lepas amakkan minum pati ni 2 kali sehari, sekali pagi dan sekali malam alhamdulillah kembali normal dah...tekanan darah dia pun dah stabil...kalau tak selalu naik tinggi...so kepada siapa-siapa berminat nak cuba pati delima ni boleh la PM aku...sila03fs@yahoo.com...boleh kasi best price punya...hehe...

Selasa, 15 Mei 2012

Permohonan tukar suka sama suka

hari ni keputusan permohonan pertukaran PPPT dah keluar...dengan bersemangatnya masing-masing yang memohon buka portal esis (yang mohon je la ye...hehe)...tak terkecuali aku...sekali buka tengok-tengok keluar result 'masih dalam pertimbangan'...adeh keciwa jap...dah minta tukar suka sama suka pun tak dapat gak lagi ke...sabar je la...dekat jabatan aku dalam ramai-ramai yang mintak sorang je yang dapat...ini tidak adil...waaaaa...baru berangan nak pindah...

nota kaki: sokongan KJ dah dapat, pengarah pun lepaskan kenapa la masih tak dapat lagi gaknya...harap-harap rayuan kali ni di terima la...