BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Ahad, 4 Ogos 2013

Kehilangan...

Bulan Jun merupakan waktu yang amat sukar bagi sorang member lepak kat tempat kerja aku ni...beliau telah kehilangan suami tercinta dalam satu nahas jalan raya...disebabkan kami agak rapat aku pun terasa tempiasnya...sedih dan terkilan...walaupun kami kenal baru setahun lebih tapi sebab kami mengandung sama-sama, dapat anak pun sebaya jadi kami selalu berkongsi cerita dan rahsia..kami berasal dari negeri yang sama merantau jauh ke tempat orang demi mencari rezeki...kebetulan arwah suaminya pun bekerja di Kulim dan berulang alik hari-hari ke Jitra...sama macam my bie...bawak moto pun sama...semua tu betul-betul meninggalkan kesan yang amat pada aku...kejadian berlaku sewaktu arwah suaminya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja...kecederaan di kepala yang parah dikatakan punca kematianya...

Aku di antara orang terawal yang tahu berita disebabkan telefon kawan aku tu tak dapat dihubungi...dan kebetulan pula aku berada di KL semasa hari kejadian...terpaksa meminta tolong seorang lagi teman melepak untuk menyampaikan berita...berita kemalangan tu menyentap tangkai jantungku membuatkan aku kelu tak berkata...arwah suaminya koma sehari sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor...kebetulan aku sekali lagi berada disisi kawanku itu...tidur aku jadi tak lena bila terkenangkan dia...tangisan dan keluhannya masih terngiang-ngiang ditelinga...aduannya bila mana anaknya yang masih kecil telah kehilangan ayah membuatkan aku rasa betapa mudahnya Dia mengambil semula apa yang Dia telah beri pada kita...rasa mampukah aku menanggung sekiranya itu yang terjadi kepadaku...aduh...terasa amat kerdil diri ini...menginsafi kekhilafan selama ini...hidup bukan untuk menongkat dunia...buat temanku, ku harap kau bersabar di atas dugaanNya...kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan...walaupun jodohmu di dunia hanya sebentar cuma, tapi yakinlah Dia tau itu yang terbaik buatmu...

Kehilangan dalam masa umat islam sedang menunggu ketibaan Ramadhan pasti terasa amat sukar buatnya...dengan keluarga jauh...berdua diperantauan dengan anak yang masih kecil...tapi ketahuilah teman kesukaran dan kesedihan mu tebalas jua dengan berita gembira bila mana permohonan pindahmu berjaya jua...kini aku terasa kehilangan lagi...kurang seorang kawan melepak bersama...tiada lagi cerita suka duka membesarkan anak, tiada lagi ceria tawa dan gurau senda di cafe tengah...aku doakan penghijrahanmu kembali ke tanah kelahiran dilimpahi berkah dariNya...doakan kejayaan permohonan aku juga ya...

nota kaki: post ni special aku karang untuk kau Nurizan Tahir...semoga kau gembira di PIS disamping keluarga tercinta...jangan lupakan kami kat sini ya...waaa...tetiba rasa sayu lak hati ni...