BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Jumaat, 7 Jun 2013

Umrah with family #3

Hari kedua

Semua jemaah perlu membiasakan diri dengan perubahan masa...beza masa disini dengan di Malaysia lebih kurang 5 jam lewat...disebabkan kami sampai di Madinah sudah hampir masuk waktu subuh, maka jadual terpaksa dirombak semula...lawatan ke masjid nabawi dan raudah yang dijadualkan pada awal pagi sebelum subuh ditunda kepada selepas waktu zuhur...Alhamdulillah dipermudahkan Allah kami untuk masuk ke raudah melawat makam Rasulullah swt dan bersolat di sana...azam kami untuk pergi lagi selepas waktu isyak diperkenankan walaupun perlu menunggu agak lama...naomi aku tinggal dengan my bie...my bie yang bawa naomi solat dan masuk ke raudah...terasa kesayuan hati ini takala berada di raudah...gembira dan sedih bercampur baur...moga kami diberi kesempatan lagi untuk ke sana semula...

Hari kedua ditamatkan dengan aktiviti membasuh baju...hehe...balik dari masjid nabawi dengan keadaan lapar tak makan tu...demi masuk ke raudah...semoga pengorbanan kami ini diredhai olehNya...

Nota kaki: selepas asar kami sempat berjalan-jalan disekitar kawasan masjid...tengok dan beli barang-barang kat situ...

posted from Bloggeroid

Umrah with family #2

Hari pertama

Perjalanan yang panjang dan hari yang panjang pernah aku lalui...disebabkan kami bermusafir ke sebelah barat maka kami seperti mengejar siang...siang yang biasa dilalui hanya 12 jam bertambah menjadi kira-kira 16 jam...badan dah kata malam tapi keadaan sekeliling masih terang...

Perjalanan bermula dari KLIA - Muscat selama 6 jam dengan pesawat Oman Air...dalam kapal terbang naomi mula meragam...nak main...aku pun biar je dia main kat ruang kaki aku...masuk bawah kerusi je la kerja dia...





Makanan sepanjang penerbangan memang best...tak sempat lapar dah makan lagi...6 jam tu kerjanya makan, tengok movie, tidur...haha...









Naomi pun dapat makanan gak...penat main...perut pun kenyang dia tidur macam mama dia ni tilam yang paling empuk sekali...baru la rilex sikit bila dia dah tidur...tapi tak boleh bergerak kemana la...

Sampai muscat terpaksa lepak kat airport je...2 jam tu tengok orang lalu lalang je la...naomi mula ngamuk minta lepaskan...nak bebas main atas lantai...

Perjalanan dari muscat ke jeddah lak 6 jam...dapat sekali makan tapi mata dan badan dah tak larat jadi makanan tu masuk dalam beg je la...sampai jeddah nak check out dari airport ambil masa yang sangat lama...my mil kata dugaan je semua ni...yela niat nak pergi tempat baik kan...banyak la dugaannya...hampir 2 jam urusan nak check out je...lepas solat terus naik bas untuk ke madinah...4 jam lebih kurang dalam bas semua tidur kepenatan...berhenti sebentar kat rnr untuk makan malam sebab waktu kat sana baru lepas isyak...tapi kalau kat malaysia dah masuk awal pagi dah...makan pun sikit je...my bie tak makan langsung...sampai madinah dah hampir waktu subuh...kat sana waktu subuh pukul 4 pagi...lepas check in hotel terus bersiap untuk solat subuh di masjid nabawi...lepas solat dan breakfast masing-masing tidur kepenatan kat bilik...

Nota kaki: kami duduk 4 orang sebilik...disebabkan naomi pun dapat katil maka my bie pindah masuk duduk sebilik dengan aku...hehe..

posted from Bloggeroid