BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Selasa, 31 Mei 2011

Antara Arak Halal & Arak Haram

Alahai tajuk je dah lain macam je bunyinya kan...bingung kejap...arak boleh ada yang halal boleh ada yang haram eh?...

Semalam semua umat islam di Malaysia mungkin ada terbaca dan terdengar berita wujudnya arak halal ataupun bir halal ni...waa...alu baru tau weh..mak ai tak mengikuti perkembangan semasa langsung...yang aku tak faham camne la Kerajaan boleh halalkan penjualan bir ni...kalau dah namanya arak bukan ke haram...lain kali kena cek betul-betul..jangan dah terantuk baru nak terngadah...kan ke aniaya orang namanya...














sumber gambar: pakcik 'google'






Bila dinilai kembali sejak 2, 3 tahun kebelakangan ni macam-macam kes makanan/minuman tak halal aku dah dengar...pasal ayam tak sembelihlah, pasal makanan dalam tin ada enzim baa alif baa yaa lah dan macam-macam lagi...ni semalam pasal arak halal lak...hai macam-macam...belum cerita pasal kilang/premis kotor, tak ikut piawaian yang dah ditetapkan, gaji pekerja bukan islam dan lain-lain yang menambah lagi keraguan umat islam kat Malaysia ni...sampai dah rasa macam duduk kat oversea lak...nak makan kat luar pun ragu-ragu...nak beli ayam dan daging mentah pun risau...

Isunya kat sini orang-orang yang berkenaan kena la amik berat berkenaan soal halal haram ni...dah banyak sangat yang haram dari yang halal kat Malaysia ni...bukan ke agama rasmi Negara ni Islam...so tunjukanlah melalui kepimpinan dan pemerintahan...nak komen panjang-panjang pun kena saman lak nanti...dah lah gaji tak dapat lagi ni...camne nak bayar saman lak...wahaha...

p/s: masak dan makan sendiri kat rumah kot lagi selamat...tapi pastikan la sumber bahan mentah dan duit yang digunakan tu halal..baru hidup berkat kan...peace...

Ahad, 29 Mei 2011

Nur Kasih the movie & Harry Potter The Deathly Hollow part 2

Baru-baru ni aku pergi tengok wayang cerita Nur Kasih The Movie dengan my luvly hubby...komen aku pasal cerita ni memang best...kualiti memang ada...jalan cerita pun memang menjawab segala persoalan lepas menonton drama bersiri dia...walaupun ramai gak yang kondem filem ni tapi bagi aku ni salah satu filem melayu yang berjaya tarik aku nak tengok kat panggung selain merong mahawangsa (i like epic film)...cuma ada beberapa babak yang agak spoil sebab nampak tak real contohnya time ada orang terbakar masa keretapi terbalik, kereta adam bawak tu tertimbus dalam ribut pasir lepas dia terbabas, parut nur amina yang berubah-ubah tempat...tapi tu tak jadikan filem ni teruk...aku suka view dalam cerita ni...scene dia memang cantik...tak kira time kat sawah padi or tengah padang pasir...rasa cam nak gi berdating ngan hubby aku kat tempat tu lak...hehe

secara keseluruhannya memang puas hati...rasa tak rugi la beli tiket rm9 untuk tengok cerita Nur Kasih The Movie...sebelum ni asal cerita melayu je mesti download kat internet je kalau nak tengok...rasa not worth it lak gi tengok kat panggung...just want to support our own film...

pastu semasa iklan sebelum movie nur kasih ni mula ada la trailer cerita Harry Potter The Deadly Hollow Part 2...akan ditayangkan bulan Julai nanti...sungguh tak sabar aku nak tengok...aku memang die hard fan cerita Harry Potter ni...even dah tau pun final cerita ni sebab aku dah abis baca kesemua buku cerita dia...tapi nak tengok gak movie dia...saja nak compare antara movie ngan filem...seronok tau bila tengok filem yang adaptasi dari buku...kita boleh compare movie ngan buku mana best...tapi bagi aku antara movie ngan buku masing-masing ada kelebihan tersendiri...movie boleh nampak scene setiap plot...buku lak boleh tulis panjang-panjang serta guna ayat-ayat yang lebih mantap...

terpulang pada individu...pandangan orang tak sama kan...ni pandangan aku...so siapa-siapa nak kondem pandangan aku terpulang...itu hak diorang...dan hak aku, aku boleh tulis apa yang aku suka kat blog aku...muahaha...

Pengangkutan awam di Malaysia

ok...kali ni aku nak cerita pasal pe aku tak puas hati sangat ngan public transport kat malaysia ni...bukan nak memburukkan...tapi dah memang kenyataan walaupun tak dinafikan terdapat gak syarikat-syarikat pengendali punblic transport yang tiptop service nya...

disebabkan keadaan aku yang sekarang ni berkhidmat jauh diperantauan, so sekarang ni aku boleh digolongkan dalam golongan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam yang agak tegar...disebabkan kos tol dan minyak yang makin melambung tinggi dan meningkat setiap tahun membuatkan aku berfikir 2, 3 kali untuk drive sendiri SAGA BLM aku tu balik ke kampung halaman...mau rabak poket...lalala...

nak dijadikan cerita 26 Mei 2011 yang lepas aku dijadualkan menaiki bas syarikat Shamisha Holiday dari Jitra ke Kuala Lumpur pada jam 4 petang dan dijadualkan akan tiba di KL kira-kira jam 10.30 malam hari yang sama dengan harapan aku akan sempat untuk naik star lrt ke bandar tasik selatan dan sekiranya bernasib baik menyambung perjalanan dengan erl ke putrajaya...kalau tak sempat naik erl pun at least takde la jauh sangat suami aku nak ambil aku naik motor kat bandar tasik selatan compare to puduraya...disebabkan tarikh tersebut juga adalah permulaan cuti sekolah, suami aku dah beli dah tiket tu awal-awal pada 18 Mei 2011 di kaunter stesen bas jitra...diulang sekali lagi beli kat kaunter okey bukan ngan ulat tiket tepi jalan....

so petang 26 Mei lepas habis kerja aku terus bekejar ke stesen bas...bas tiba agak lewat kira-kira jam 4.20 petang...its normal kalau naik bas kat Malaysia ni...tapi kalau penumpang lewat seminit pun diorang tinggal jer...takde perikemanusiaan langsung...seat aku yang tertera pada tiket tersebut adalah no. 19...bila naik bas sistem no yang digunakan berbeza ngan yang tertera pada tiket...ala yang no 1A,1B,2A,2B tu...bila aku tanya dengan pemeriksa tiket dia kate ikut no yang diorang tulis dengan marker pen kat sebelah label no seat tu...masalah berlaku lagi bila no seat aku dah ada penumpang lain yang duduk dengan menggunakan sistem no yang asal (no yang ada a,b,c tu)...korang nak untung lebih ke jual 1 seat kepada 2 orang penumpang???...bila aku ajukan masalah pada pemeriksa tiket dia suruh aku duduk kat seat belakangnya...aku ingat masalah dah selesai kat situ...

bila sampai di stesen bas alor setar, bas berhenti untuk ambil penumpang...kat sini la masalah sebenar bermula...ada penumpang lain bagitau seat yang aku duduk sekarang ni seat dia...aku beralah lah sebab dalam tiket dia memang terang-terang no seat yang aku duduk tu...sekali lagi aku ajukan masalah tu pada pemeriksa tiket...dia boleh lak bagitau ngan aku dia tak tau...HOI SAYANG, AKU NI PELANGGAN OK, TAK DE ORANG CAM AKU YANG SUDI NAIK BAS, KORANG TAK MAKAN OK...ELOK-ELOK LA LAYAN SUMBER REZEKI KORANG...mujurlah tahap kesabaran aku masih lagi tinggi dikala itu...aku dengan cool tunggu dia nak setel masalah tu...then akhirnya aku ngan sorang lagi penumpang lain dicampakkan untuk naik bas lain yang arah dan tujuannya hanya ke IPOH...aku yang dah panas hati aku marah la pemandu dan pemeriksa tiket syarikat BAS SHAMISHA HOLIDAYS...aku kalau tak disebabkan mengejar masa untuk sampai ke KL pada hari yang sama mungkin aku tak semarah tu...tahap amarah dan kesabaran aku memang diuji bila mana pekerja syarikat bas shamisha tersebut meyakinkan aku yang bas yang akan aku naik akan tiba dalam masa yang hampir sama dengan bas syarikatnya setelah aku memaklumkan situasi aku yang perlu tiba awal di KL namun kata-kata tu hanya janji kosong sahaja...bas tersebut bergerak dari alor setar pada jam 5.30 petang...aku dah mula tak sedap hati bila bas berhenti di Yan pula untuk mengambil penumpang...

alamat sampai lambatlah aku di KL...bila tiba di Ipoh, bas terus menuju ke stesen bas ipoh untuk menurunkan penumpang dan menyuruh penumpang yang ingin ke KL bertukar bas lain...masa tu jam tangan dah menunjukan pukul 10 malam...bas hanya bergerak ke KL pada jam 10.35 malam...tahap sabar aku dah sampai ke tahap maksimum...patutnya aku dah sampai kat KL dah pada waktu tu...aku pun sms kepada orang kaunter bas shamisha di jitra menyatakan betapa kesalnya aku menggunakan perkhidmatan bas syarikat mereka...memang aku boikot bas ko camni...tak lama selepas aku sms seorang wakil syarikat call aku balik bertanyakan hal tersebut dan aku dengan pantasnya menyatakan betapa aku kesal dan amat tak puas hati dengan perkhidmatan yang diorang dah berikan tu...memang agak pedas ayat-ayat yang aku gunakan...nasib ko la labu...

akhirnya pada jam 1.30pagi 27 Mei 2011 aku selamat tiba di KL...kesian suami aku yang datang jemput aku naik motor di awal pagi...dah la besok dia kerja...thanks my bie sebab susah payah datang ambil isterimu ini...love u my dear...ops... ter emo lak...haha...

ni la salah satu pengalaman buruk aku bila naik pengangkutan awam kat malaysia ni...belum lagi cerita bas rosak tengah jalan disebabkan syarikat bas tak buat preventive maintenance (PM), aircond rosak sepanjang 4 jam perjalanan, seat bas yang rosak dan uzur dsb...karang makin panjang entry aku ni...paling teruk ialah perkhidmatan awam yang saling tak berkomunikasi sesama sendiri sebagai contoh naik star lrt turun kat plaza rakyat perlu jalan kaki sejauh lebih kurang 1km untuk naik putra lrt di pasar seni...buatlah yang ada kesinambungan...baru lah rakyat rasa berbaloi nak guna perkhidmatan pengangkutan awam ni....

buat perkhidmatan bas express lak upgrade la sistem tiket korang...janganlah menyusahkan pengguna yang dah serba susah ni...kalau boleh buat sistem tiket dengan nama pengguna supaya seat yang dah dibeli tak akan dijual kepada orang lain lagi...macam naik kapal terbang tu...kalau ada sebarang kemalangan berlaku kan ke mudah nak tahu siapa mangsa yang terlibat sebab syarikat ada senarai nama penumpang...zaman sekarang dah canggih...tak kan nak labur sikit modal untuk bangunkan sistem tu pun tak boleh...untuk keselesaan, kemudahan pengguna @ pelanggan dan KAMU juga...

Engineering Mathematics 2

Tajuk je da gempak kan...haha...sebenarnya ni la subject 1st aku kena ajar untuk short semester kali ni selepas bergelar PPPT...memang mencabar betul mengajar subject ni...kebetulan dapat chapter application differentiation...(untuk 1 subject 4 orang pensyarah ditugaskan mengajar untuk short semester ni...so bagi-bagi ikut chapter la ye)...nak bagi students faham memang payah...kena terang berulang kali...baru pusing sikit soalan terus tak faham...memang menguji kesabaran betul...cabaran untuk aku tu...

1st quiz memang agak teruk walaupun ada yang boleh buat...masuk 2nd quiz alhamdulillah hampir semua students boleh buat...tapi still ade yang tak boleh buat gak...aku dah buat sehabis baik bantu mana yang boleh...sekarang semua tu terpulang la pada diri diorang masing-masing...nak usaha lebih atau tak...peluang aku dah bagi kalau diorang tak faham boleh datang bertanya...so siapa yang usaha lebih insya'allah berjaya la kan...

bila tengok diorang faham apa yang kita ajar jadi seronok lak...pemankin diri kan...tapi satu kes yang men"down"kan semangat aku ialah bila GAJI AKU TAK MASUK LAGI BULAN NI WEH!!!!!...memang menguji kesabaran ditahap yang paling extrim...waaaa...paling tak boleh blah bila 2 orang member yang lapor diri sekali kat sini dah dapat gaji...PESAL AKU BOLEH TAK DAPAT NI?????....bila ditanya pada yang bertanggungjawab macam-macam la alasan yang diorang bagi...borang dapat lambat la apa la...padahal aku dah hantar segala dokumen yang diorang minta since 1st week kat sini lagi...apa kes ni wahai orang-orang yang buat kerja...makan gaji buta ke pe???...

sekarang ni aku tengah mengawal tahap KEMARAHAN aku...sabar la duhai hati...insya'allah rezeki aku bulan depan baru dapat...

p/s: bukan sebab ni je aku bengang...tapi ada kes lain....next post aku citer lak...waaaa...bulan ni penuh dengan cabaran yang menguji kesabaran...

Jumaat, 6 Mei 2011

Siapalah kita...

disebabkan ramai sangat yang tulis dah pasal kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu, jadi aku tak rasa nak tulis gak...karang silap-silap ulang ayat yang sama lak...hehe...tapi macam semua yang sedia maklum siapalah kita ni tanya seorang ibu...semua manusia yang ada kat dunia ni wujud pun sebab adanya ibu...so fikir-fikirkan lah...

SIAPALAH KITA TANPA IBU, TANPA KASIH SAYANG IBU...

SELAMAT HARI IBU

BUAT MAK
NORHAYATI BINTI MOHD TAB

DAN

IBU MERTUA
SAUDAH BINTI MOHAMAD