BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Khamis, 11 September 2014

Resepi #20 Nasi Arab (Kambing)

Lama dah nak share resepi ni...masak pun masa besday my bie..tapi kesibukan membataskan waktu..ayat puitis sangat lak..haha..resepi ni hasil olahan aku mengikut cita rasa dan ke'available'an bahan-bahan tersebut kat dapur kecik aku tu..lepas google pastu cek ubah mana yang patut hasilnya my bie puji bertingkat-tingkat..haha..perasan..jom layan..

Bahan-bahan untuk rebus
-3-4 keping daging kambing frozen (boleh beli kat pasaraya tak pun tukar kepada ayam/lembu)
-1sdb serbuk ketumbar
-1sdb serbuk jintan manis
-1sdk serbuk kunyit
-garam

bahan-bahan untuk dikisar kering
-1sdb jintan manis
-1sdb jintan putih
-1sdb ketumbar
-1sdb lada hitam
-1sdb buah pelaga

bahan-bahan tumis
-1biji bawang besar
-2-3 ulas bawang putih
-kulit kayu manis
-bunga lawang
-buah pelaga
-sedikit minyak zaitun

Cara-cara
-rebus daging dengan bahan-bahan rebusan selama 1-2 jam dengan api perlahan untuk dapatkan stok daging...
-cuci 3 cawan beras dan toskan..
-tumbuk bahan-bahan tumis dan tumiskan sehingga naik bau...masukkan bahan-bahan kisar kering dan gaul sebentar...
-masukkan beras yang telah dicuci dan goreng sebentar bersama rempah...pindahkan beras ke dalam periuk nasi dan tambah stok rebusan daging...
-setelah nasi masak titiskan sedikit pewarna kuning dan masukkan daging kambing..tutup semua periuk nasi dan biarkan dalam keadaan warm sementara menyediakan sambal dan salad..

bahan-bahan salad
-2-3 biji tomato dipotong dadu..
-1biji timun dipotong dadu...
-1batang lobak merah dipotong dadu..
-1biji bawang besar dipotong dadu..
-1biji lada besar dihiris..
-sedikit garam, gula dan cuka..
*kesemua bahan dicampur dan digaul secukup rasa masin, manis dan masamnnya...

bahan-bahan sambal
-3 biji lada besar (merah)
-2-3 biji lada cili api (ikut kepedasan)
-1biji tomato
-1biji bawang besar
-belacan, garam, gula dan jus limau
*kesemua bahan dikisar halus dan dicampur perasa secukupnya...

*untuk kuah boleh gunakan air stok rebusan kambing sebagai sup..

makan 3 orang pun tak habis..huhu..terbanyak lak masak..
Nota kaki: aku dengan my bie memang peminat daging kambing..so kalau masak nasi arab memang layan kambing je..beras tu aku guna beras biasa je so tak la dapat nasi panjang-panjang..hehe

0 comments:

Catat Ulasan