BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Isnin, 30 Disember 2013

Umrah with family #6

Hari kelima

Selepas solat subuh kami pun menbuat umrah pertama kami...Naomi didukung oleh papanya dengan carrier...sepanjang tawaf dan saie Naomi hanya tidur sahaja dan tak menangis/merengek...cuaca pagi hari masih belum panas dan keletihan perjalanan semalam membuatkan dia tertidur sahaja...

Naomi melihat bukit Safa...

Naomi di atas bukit Marwa...

Dihadapan pintu masuk Masjidilharam...gambar last papa semasa masih ada rambut...

Menara jam...
setelah selesai umrah pertama papa pun bertahalul dengan bercukur licin rambutnya...hehe...Naomi makin pelik tengok rupa baru papanya...hehe...

Selepas solat zuhur kami bertolak untuk ziarah ke beberapa tempat...cuaca yang agak panas serta kekangan waktu menjadikan ziarah ini agak singkat...lagipun sebelum pulang kami perlu bermiqat di Jahranah untuk umrah kedua...

Waktu kami lebih banyak dihabiskan di masjid sekiranya tidak keluar berziarah...semasa menunggu masuk waktu Isya Naomi jumpa kawan baru semasa di masjid...tak faham pun sepatah haram yang dia cakapkan..komunikasi kami lebih kepada isyarat daripada bahasa pertuturan...hehe...

Naomi dengan kawan barunya...elok lak dia main sama...
Nota kaki: hari ni memang agak penat bagi kami yang tak biasa lagi berjalan jauh untuk saie...perlu stamina yang tinggi untuk berumrah nampaknya...

0 comments:

Catat Ulasan