BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Rabu, 25 Disember 2013

Umrah with family #1

Syukur alhamdulillah rezeki kami untuk pergi ke tanah suci tiba agak awal dari disangka...terima kasih banyak-banyak yang teramat sangat pada my mil sebab sudi support kami bertiga...rezeki naomi juga belum berumur setahun dah dapat menjejaki bumi para anbia ini...memang satu pengalaman yang paling indah bagi kami...Insya'Allah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki akan kami jejaki lagi tanah suci ini...
Perjalanan pergi terasa amat panjang bila naomi mula resah gelisah semasa dalam penerbangan...bermula dari KLIA ke Muscat selama kira-kira 6 jam...transit selama kira-kira 2 jam di Muscat...terbang semula dari Muscat ke Jeddah kira-kira 2 jam sebelum perjalanan disambung dengan menaiki bas ke Madinah selama kira-kira 6 jam...naik kematu punggung...cabaran pertama menunaikan umrah telah berjaya dilepasi...Alhamdulillah...
Satu cabaran dalam kemanisan apabila pergi umrah dengan membawa si kecil yang belum mengerti apa-apa...penat tapi rasa amat berbaloi...dengan cuaca yang kadang kala melebihi 40 darjah celcius...paling tinggi 48 darjah celcius...panas dan kering...pipi naomi jadi merah dan kering...bibir pun sama...tak terkecuali mama dan juga papanya...jadi amat penting untuk bawa bersama pelembab bibir dan losyen untuk mengelakkan kulit dan bibir kering...
Semua pengalaman berharga ni akan aku kongsikan dalam entry yang akan datang...terlalu banyak yang ingin diceritakan...


Masjid Nabawi dibawah cahaya bulan...ingin aku kunjungi lagi..


Nota kaki: seronok sangat sebab dapat 2 kali masuk dan solat di Raudah...5 kali buat umrah...post ni dah lama duduk dalam draf...baru berkesempatan nak publish...

0 comments:

Catat Ulasan