BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Jumaat, 29 Jun 2012

Koleksi buku #3 Harry Potter and The Philosopher's Stone

Aku mula berminat baca buku cerita Harry Potter ni masa belajar kat UiTM dulu...masa tu tetiba je hati ni tergerak nak belajar membaca novel omputih...tengok orang lain baca macam best je...lagipun rasa dah mula bosan baca novel melayu cintan cintun tu...nak berubah angin sikit...novel melayu kalau cerita pasal sains fiksyen ni kureng sikit imaginasinya...jadi aku pun beralih arah sambil nak menambah lagi vocab english aku ni...al maklumlah SPM english dapat 7 je...haha...

masa mula-mula nak start baca novel english ni aku dok fikir-fikir gak cerita apa la yang best nak dibaca...kebetulan masa tu cerita Harry Potter tengah panas kat panggung...masa tu dah ceritanyang ke4 dah...Goblet of Fire...jadi tu la novel english pertama yang jadi milik aku...Harry Potter and The Goblet of Fire...mula-mula baca memang merangkak gak...bahasa dia nak kata tinggi sangat tak la...tapi sebab aku ni yang naif sangat tak cukup vocab memang mencabar...kadang-kadang buka kamus cari maksud...yela saya budak baru belajar kan...hehe...

ok la panjang sangat dah melalut ni...berbalik pada tujuan asal aku menulis entry kali ni...saja nak review buku cerita Harry Potter yang pertama...Harry Potter and The Philosopher's Stone...dalam bahasa melayunya Harry Potter dan Batu Hikmat...cerita ni bermula dengan kisah macam mana seorang budak bernama Harry Potter menjadi yatim piatu lepas mak ayah dia kena bunuh dengan musuh utama golongan ahli magik (witch and wizard) iaitu Lord Voldermort...disebabkan Harry tak ada ahli keluarga yang lain maka dia pun diserahkan kepada makcik dia (kakak mak dia) untuk dipelihara...keluarga makcik dia tak suka dengan Harry dan bermula la macam-macam penderitaan si Harry ni sampai la umur dia 13 tahun dan dia dapat masuk sekolah magik (Hogward School Witchcraft and Wizardry)...disebabkan keluarga makcik dia semuanya orang biasa (muggle) bukan ahli magik maka Harry pun tak dibenarkan pergi ke sekolah magik tu...makcik dia jeles sebenarnya...hehe...

tapi disebabkan Harry ni sangat glemer dalam dunia magik akhirnya dia dapat gak masuk sekolah tu...dan dia baru tahu kisah sebenar kematian mak ayah dia dan siapa dia yang sebenarnya...kat sekolah tu dia dapat 2 orang kawan baik Ron dan Hermione...Harry ni agak jakun dengan dunia magik sebab sebelum ni dia tak pernah tau pun dunia magik ni wujud, Ron lak memeng dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga ahli magik manakala Hermione lak walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan oleh orang biasa (mak ayah dia muggle) tapi sebab dia ni seorang yang sangat rajin dan pandai macam-macam perkara dalam dunia magik dia tau...dalam ramai-ramai kawan sekolah Harry ni ada seorang budak tu Malfoy namanya memang tak suka sangat-sangat dengan Harry ni...dia paling benci bila muggle masuk sekolah magik...bagi dia magik hanya untuk keluarga ahli magik je...ada gak seorang cikgu dia namanya Snape yang selalu cari salah Harry sebab dia penah ada hati dengan mak Harry tapi cinta tak berbalas...

dalam siri pertama ni mengisahkan Harry dengan 2 orang kawan dia tu dapat cari batu ajaib yang boleh menjadikan pemiliknya hidup selama-lamanya...si Lord Voldermort tu memang tercari-cari batu tu lepas dia jadi hilang kuasa masa nak bunuh Harry lepas bunuh mak ayah Harry...macam-macam la rintangan yang diorang hadapi masa tu...tapi akhirnya batu tu dapat diselamatkan daripada jatuh ke tangan Lord Voldermort...

masa baca novel ni memang rasa tak nak berhenti sebab suspen dia banyak sangat...sayang nak tinggal...novel ni aku download je dari internet...tak beli pun...satu je buku Harry Potter yang aku beli...lain-lain semua download...paperless kata orang kan...hehe...padahal nak jimat duit sebab harga buku di mahal...

nota kaki: siapa-siapa yang berminat nak baca buku ni secara paperless boleh pm aku...tapi buat masa ni aku tak boleh bagi lagi ebook tu sebab cd ebook aku tu masih lagi dalam laptop yang jadi barang kes pecah rumah aku tu...ada lagi kat balai polis sampai sekarang tak dapat-dapat lagi...hangin aku...haish...

0 comments:

Catat Ulasan