BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
do wat ever u want but dont cross d line...who ever u'r juz make u proud to be urself...life is easy if we make it simpe...no matter wat, juz enjoy ur life...

Click Here

Jumaat, 6 April 2012

Resepi #3 home made mushroom burger


ni la rupanya burger yang aku buat untuk dinner malam ni...yang ada tomato dengan hirisan bawang besar je...salad tak ada...tepi tu kentang lenyek versi suka hati gak...ngeee


dinner malam ni aku jadi terlebih rajin lak...semalam disebabkan tak ada cerita menarik kat tv aku pun tengok la AFC Channel (asian food channel)...kalau dah tengok rancangan masak-masak ni faham-faham je la...dalam otak terus plan nak buat macam-macam...nak-nak malam ni my bie balik rumah lagi lah gigih nak masak yang special untuk dia...

pagi tadi bangun cek dalam peti sejuk adalah bahan-bahan nak membuat burger ni...aku guna apa yang ada je...

bahan-bahan untuk daging burger
- sebungkus daging cincang (aku guna tak sampai sebungkus sebab dah guna sikit buat masak spaghetti hari tu)
- setengah tin cendawan butang (cincang ala-ala dadu gitu)
- setengah labu bawang besar (potong dadu -nak buh lebih pun tak pe)
- 2 genggam serbuk roti (dalam 3/4 cawan)
- sedikit keju parmesan (parut)
- sedikit sos perasa (jenama maggi)
- sedikit rempah oregano
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit serbuk lada putih
- sedikit garam


bahan-bahan lain
- roti burger (kat rumah ada roti biasa je)
- kepingan keju
- hirisan tomato

cara-cara (daging burger)
- campurkan semua bahan-bahan dan gaul rata
- buat bentuk burger, saiz ikut suka...aku buat tadi dapat 4 keping yang super duper tebal
- masukkan sebentar dalam peti sejuk
- sambil tu panaskan kuali...letak sedikit minyak (kalau daging banyak lemak jangan bubuh banyak sangat minyak nanti lemak daging tu boleh jadi minyak untuk masakkan daging)
- panggang daging burger dengan api yang perlahan (agak-agak jangan bagi hangit)
- biarkan dalam tempoh 5-6 minit untuk setiap belah daging masak...

cara-cara (burgernya)
- panggang roti beserta kepingan keju dalam microwave oven lebih kurang 3 minit pada suhu rendah...kalau guna oven biasa pun boleh gak...kalau tak ada boleh panggang atas kuali je...tapi jangan bubuh keju, extra cair lak keju tu nanti...
- susun roti burger, daging burger, tomato, bawang dan apa-apa je la yang korang nak buh dalam tu...
- nak makan baru bubuh sos...
- tarraaa...siap dah home made mushroom burger macam dalam gambar kat atas tu...

resepi ni resepi suka hati aku je nak buh apa...bahan-bahan terpulang pada korang semua...nak yang pedas buh banyak-banyak black pepper...aku buat ni ikut bahan yang ada kat rumah je...campak-campak, gaul-gaul je kata orang...hehe...

untuk dinner malam ni juga aku buat kentang lenyek simple...saja nak bagi lebih kabohidrat...padahal berat nak over naik dah ni...ngeee...yang best tu my bie puji sedap...wahaha...dapat husband suka makan ni syok gak...buat je la pe je...dia telan je...kalau sedap lagi la dia minta extra...haha

nota kaki: resepi kentang lenyek simple tu aku kongsi next post la...panjang sangat lak post ni...

0 comments:

Catat Ulasan